JAKARTA: Indonesia menegaskan keperluan untuk menyusun semula strategi memerangi keganasan alam siber bagi mengekang ancaman masa kini dan masa depan.
Menteri Luar Retno Marsudi membuat kenyataan itu ketika Mesyuarat Peringkat Menteri Forum Global Membanteras Keganasan (GCTF) ke-12 di New York pada Rabu.
Mesyuarat GCTF diadakan di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Peringkat bertujuan merancang keutamaan dan aktiviti pada masa hadapan.
Retno, yang mempengerusikan secara bersama mesyuarat kumpulan memerangi ekstremisme ganas, berkata: "Ancaman keganasan terus meningkat di alam siber."
Beliau menegaskan bahawa pendekatan secara menyeluruh melibatkan kerajaan serta masyarakat, terutamanya wanita amat penting dalam membanteras ekstremisme dan menangani keganasan.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, beliau menyeru pengukuhan kerjasama pakar teknologi untuk mencegah penggunaan infrastruktur maklumat bagi menangani keganasan siber.
Unit Perisikan Kewangan juga perlu bekerjasama dengan institusi perbankan dan kewangan untuk memutuskan rantaian pembiayaan keganasan, termasuk bertindak balas terhadap trend baharu, seperti penggunaan mata wang maya.
GCTF, ditubuhkan pada 2011, memberi tumpuan kepada pembinaan kapasiti dan rangkaian dalam memerangi keganasan, serta berkongsi pengalaman, pembinaan kapasiti, dan amalan terbaik.
Indonesia dan Australia baru-baru ini melancarkan pendekatan gender-sensitive untuk menangani ekstremisme.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 23 2022
![Indonesia tegaskan perlunya susun semula strategi perangi keganasan siber Indonesia tegaskan perlunya susun semula strategi perangi keganasan siber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-01/61452391705_RetnoMarsudi.jpg)
Retno Marsudi membuat kenyataan itu ketika Mesyuarat Peringkat Menteri Forum Global Membanteras Keganasan (GCTF) ke-12 di New York pada Rabu. - Gambar fail
![Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738939880_congo.jpg)
Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB
Aktivis hak asasi manusia melaporkan penganiayaan oleh pemberontak dan tentera Rwanda.
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
![Perpaduan global penting atasi ancaman tidak kelihatan - PM Korea Selatan Perpaduan global penting atasi ancaman tidak kelihatan - PM Korea Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726044978_HanDucksoo.jpg)
Perpaduan global penting atasi ancaman tidak kelihatan - PM Korea Selatan
Ancaman tidak kelihatan tidak boleh ditangani semata-mata melalui pertahanan negara, menurut PM Korea Selatan Han Duck Soo.
![Indonesia tegaskan perlunya susun semula strategi perangi keganasan siber Indonesia tegaskan perlunya susun semula strategi perangi keganasan siber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-01/61452391705_RetnoMarsudi.jpg)
Indonesia tegaskan perlunya susun semula strategi perangi keganasan siber
Retno Marsudi membuat kenyataan itu ketika Mesyuarat Peringkat Menteri Forum Global Membanteras Keganasan (GCTF) ke-12 di New York pada Rabu.