JAKARTA: Kementerian Luar Indonesia pada Isnin terputus hubungan dengan tiga rakyatnya selepas tentera pendudukan Israel mengebom Hospital Indonesia di Gaza Utara, Palestin.
Menterinya Retno Marsudi berkata beliau telah menghubungi Agensi Bantuan dan Kerja Raya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Gaza untuk mengetahui keadaan di hospital itu.
"Maklum balas daripada UNRWA menyatakan mereka tidak dapat berhubung dengan sesiapapun di hospital itu pada masa ini," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau juga cuba menghubungi Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan Palang Merah Antarabangsa, namun tidak mendapat jawapan.
"Saya akan terus menghubungi pelbagai pihak untuk mendapatkan maklumat berhubung Hospital Indonesia dan keselamatan tiga warganya.
"Kami sedang menyelaraskan usaha bersama Jawatankuasa Penyelamat Kecemasan Perubatan (MER-C) Indonesia di Jakarta. Doakanlah keselamatan mereka dan semoga mereka sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT," katanya.
Ketiga-tiga individu itu, sukarelawan dari MER-C Indonesia, memilih untuk tidak dipindahkan dan kekal di hospital.
Retno berkata serangan terbaru ini jelas melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa, sambil menekankan bahawa semua negara, terutama yang mempunyai hubungan rapat dengan Israel, mesti menggunakan pengaruh mereka untuk mendesak Israel menghentikan kekejamannya.
Agensi Anadolu yang memetik kenyataan Kementerian Kesihatan melaporkan bahawa serangan Israel ke atas Hospital Indonesia membunuh sekurang-kurangnya 12 orang dan mencederakan ramai penduduk.
Retno kini berada di Beijing, China, bersama rakan sejawat dari Arab Saudi, Jordan, Mesir, Palestin, dan setiausaha agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 20 2023

Kementerian Luar Indonesia pada Isnin terputus hubungan dengan tiga rakyatnya selepas tentera pendudukan Israel mengebom Hospital Indonesia di Gaza. - Reuters

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Pusat mengundi Pemilu 2024 di Kuala Lumpur terbesar di dunia - Duta Indonesia
Pusat mengundi di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini bagi warga Indonesia di perantauan sempena Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 pada Rabu depan (14 Feb) merupakan yang terbesar di dunia.

Pelancongan perubatan terus gamit rakyat Indonesia ke Malaysia - Duta Besar
Kedatangan rakyat Indonesia ke Malaysia termasuk bagi tujuan pelancongan perubatan dijangka terus meningkat semasa rantau ini terus pulih daripada pandemik COVID-19.

Indonesia beri vaksin COVID-19 percuma untuk rakyat
Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) hari ini mengumumkan vaksin COVID-19 akan diberikan secara percuma kepada rakyat republik berkenaan.

Kuarantin: Duta serta 54 individu tiba dari Iran dibenarkan pulang hari ini
Proses kuarantin bagi 55 individu terdiri daripada warga Malaysia dan tanggungan serta bukan warganegara yang tiba di tanah air dari Iran, pada 22 Mac, tamat hari ini.

Rakyat Indonesia dikhuatiri lemas, bot angkut sawit karam
Seorang rakyat Indonesia dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki dengan dua rakannya tenggelam dalam insiden di Batang Suai, Batu Niah berhampiran Kampung Iran di sini pagi tad

Kumpulan penculik minta wang tebusan RM4 juta dari keluarga mangsa
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata isteri seorang daripada mangsa yang berada di Sulawesi menerima panggilan telefon daripada kumpulan itu pada 18 Sept lalu kira-kira 10.24 pagi.

Tangkapan warga Indonesia rancang serang Singapura: Keselamatan negara terkawal
Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri sentiasa mengambil tindakan proaktif berikutan kes-kes serangan pengganas yang berlaku di negara jiran sebelum ini.