Indonesia akan menubuhkan ‘pusat krisis’ yang diketuai Presiden Joko Widodo, bagi menangani situasi keselamatan melibatkan rakyatnya di luar negara, ujar seorang menteri kanan republik itu pada Isnin.
Kenyataan itu dibuat selepas beberapa kes penculikan rakyatnya di perairan Filipina, lapor Reuters.
Pusat itu turut disertai menteri-menteri kanan, pemimpin tentera dan ketua polis serta dirangka bagi bertindak pantas terhadap situasi-situasi dengan impak strategik, ujar Ketua Menteri Keselamatan Luhut Pandjaitan.
“Kami berharap pusat ini akan beroperasi secepat mungkin,” ujarnya.
Sejak memegang tampuk pentadbiran pada 2014, ketua negara yang mesra dengan panggilan Jokowi itu telah meletakkan tahap keselamatan maritim negara itu ke peringkat yang lebih tinggi.
Indonesia sebelum ini menyuarakan kebimbangan mengenai aktiviti lanun di perairan antara Indonesia dan Filipina yang semakin meruncing, dan dilihat menyamai ancaman seumpamanya seperti di Somalia.
Kapal dan bot juga telah diberikan peringatan agar menjauhi kawasan berbahaya.
Sejumlah 18 orang warga Indonesia dan Malaysia telah diculik dalam tiga serangan pada minggu-minggu kebelakangan ini di perairan Filipina oleh kumpulan yang disyaki mempunyai kaitan dengan rangkaian militan Abu Sayyaf.
Abu Sayyaf, yang telah memuat naik video ke media sosial dan berikrar setia kepada militan Daish di Iraq dan Syria, telah meminta bayaran bernilai 50 juta peso (RM11.2 juta) bagi membebaskan tebusan, namun pemerintah Indonesia bertegas tidak akan tunduk dengan tekanan itu.
Agensi
Mon Apr 25 2016
Isu keselamatan maritim di kawasan selatan Filipina meresahkan Indonesia dan juga Malaysia. - Gambar fail
Tumpu Pan Borneo, JKR Sabah tidak abai jalan daerah dan luar bandar
Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah sedang memberi tumpuan terhadap proejk pembinaan lebuh raya Pan Borneo, namun keadaan jalan persekutuan, negeri, daerah dan jalan luar bandar tidak di abaikan dan sentiasa dipantau.
Ekonomi AS kekal kukuh di sebalik jangkaan kenaikan tarif import
Ekonomi AS terus menunjukkan ketahanan di sebalik pengumuman Trump mengenai potensi kenaikan tarif import. Pakar ekonomi membincangkan impak terhadap inflasi, pertumbuhan GDP, dan unjuran pasaran kewangan.
Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 100 orang
PPS Dewan Rumah Dayak di Saratok yang dibuka pada 19 Jan lepas menjadi tempat berlindung kepada 90 mangsa daripada 21 keluarga manakala PPS Rumah Steven di Tatau yang mula beroperasi semalam menempatkan 10 mangsa daripada 10 keluarga
Beberapa daerah di Sarawak diramal dilanda banjir
Susulan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) oleh Jabatan Meteorologi Malaysia bertarikh 24 Januari 2025, diramalkan kemungkinan banjir akan berlaku di beberapa daerah Negeri Sarawak
Perkhidmatan aerotrain KLIA akan disambung semula pada Q2, kata MAHB
Perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka beroperasi semula pada suku kedua 2025, menurut Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Mohd Izani Ghani.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Sarawak bermula 27 Jan (Isnin) sehingga 30 Jan (Khamis).
Pantau Agenda Reformasi: Hari Pendidikan Antarabangsa
UNESCO mengangkat tema AI and Education: Preserving human agency in a world of automation untuk sambutan tahun ini, apa yang dapat kita fahami. Ikuti perbincangan bersama pakar.
Saya yakin cek RM600,000 dikeluarkan najib adalah duitnya sendiri - Saksi
Ibrahim memberitahu bahawa sangat yakin bahawa cek RM600,000 yang diterimanya daripada Najib adalah wang peribadi beliau dan bukannya milik anak syarikat SRC International.
WEF2025: Rewriting Development
Some 6 billion people live in middle-income countries yet growth in many of these economies is stagnating or slowing due to global disruptions.
How can leaders challenge the status quo to overcome a premature slowdown in development?
How can leaders challenge the status quo to overcome a premature slowdown in development?
Pengarah syarikat bergelar 'Datuk' didakwa pecah amanah wang syarikat
Seorang pengarah syarikat pinjaman wang berlesen didakwa atas lima pertuduhan melakukan pecah amanah berjumlah RM551,130, antara 2020 hingga 2024.
Indonesia tubuh 'pusat krisis' selepas isu penculikan di selatan Filipina
Indonesia sebelum ini menyuarakan kebimbangan mengenai aktiviti lanun di perairan antara Indonesia dan Filipina yang semakin meruncing.