Selepas kira-kira dua tahun dilanda pandemik COVID-19, Singapura mengakui banyak pengajaran yang diperoleh dan harus dipelajari susulan tempoh sukar itu.
Menteri Kesihatan Singapura, Ong Ye Kung mengenal pasti lapan pengajaran daripada COVID-19 dan akan terus dijadikan sebagai panduan dalam menghadapi krisis pandemik.
Lapan pengajaran itu adalah:
1. Pengajaran supaya sentiasa mengikuti sains. Ia berikutan pandemik adalah kuasa alam yang perlu ditangani dengan memahami virus dan merumuskan setiap respons dengan sewajarnya.
2. Sentiasa bersedia untuk mengubah pemikiran melalui pelarasan yang diperlukan ke atas
garis panduan dan dasar.
3. Sentiasa bersedia untuk menggunakan semua peralatan yang ada.
4. Kebergantungan kepada tanggungjawab sendiri, menjadi pengajaran terbesar daripada pandemik. Ia berikutan akan sentiasa ada kumpulan minoriti yang tidak mahu bekerjasama dan polisi yang diwujudkan bagi mendapatkan kerjasama secara keseluruhan.
5. Sokongan daripada kakitangan kesihatan, di mana Singapura perlu menunjukkan solidariti dan menyokong mereka dalam melawan COVID-19.
6. Komunikasi secara jujur dan jelas sesama manusia kerana sikap berkenaan akan memastikan setiap orang menangani sesuatu situasi tidak dijangka dengan lebih baik.
7. Kepercayaan adalah tunjang kejayaan sebarang tindak balas dalam krisis.
8. Kepentingan kolaborasi antarabangsa kerana virus tidak mengenal sempadan, kaum dan agama.
BACA: COVID-19: Singapura longgarkan kawalan sempadan, namun ambil sikap berhati-hati
BACA: Sempadan darat Malaysia-Singapura dibuka bermula 1 April
Astro Awani
Thu Mar 24 2022

Selepas kira-kira dua tahun dilanda pandemik COVID-19, Singapura mengakui banyak pengajaran yang diperoleh dan harus dipelajari susulan tempoh sukar itu. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka kukuh, ini 7 faktor pemacu pertumbuhan
Dengan beberapa langkah strategik kerajaan dan peranan sebagai Pengerusi ASEAN, ekonomi Malaysia dijangka berkembang pesat walaupun berdepan cabaran global.

Ini lapan pengajaran dipelajari Singapura daripada COVID-19
Selepas kira-kira dua tahun dilanda pandemik COVID-19, Singapura mengakui banyak pengajaran yang diperoleh dan harus dipelajari susulan tempoh sukar itu.

PKPD di tiga kawasan di Kedah dan Pahang antara tumpuan kenyataan Ismail Sabri hari ini
Lima perkara penting daripada kenyataan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad

PKP di 6 daerah di Selangor, ini 5 tumpuan sidang media Menteri Kanan Pertahanan
Berikut lima tumpuan dalam sidang media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

COVID-19: Kluster pendidikan antara tujuh lagi kluster baharu dikesan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti tujuh kluster baharu pada hari ini.

208 ditahan kerana ingkar SOP, ini lima tumpuan kenyataan Ismail Sabri
Lapan lokaliti di Tawau, Sabah dikenakankan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 12 April ini.

Individu ingkar SOP meningkat, ini 5 tumpuan kenyataan Menteri Kanan Pertahanan
Jumlah individu yang ditahan kerana ingkar SOP PKP meningkat kepada 181 orang berbanding 100 orang pada hari sebelumnya.

PKPD Kampung Serian tamat, antara lima perkara penting kenyataan Ismail Sabri hari ini
Lima perkara penting kenyataan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini

Kes baharu COVID-19 terus menurun, ini lima tumpuan kenyataan KKM
Kes jangkitan baharu COVID-19 di Malaysia terus mengalami penurunan hari ini.

14 lagi kematian, ini lima tumpuan kenyataan media Dr Noor Hisham
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 14 kematian baharu akibat COVID-19 pada hari ini.