SINGAPURA: Bekalan barangan, khususnya dari Eropah ke rantau ini mungkin terjejas buat sementara waktu berikutan insiden sebuah kapal kontena sepanjang 400 meter yang telah terkandas di Terusan Suez, kata Menteri Pengangkutan Singapura Ong Ye Kung.
"Halangan yang berlanjutan ini, akan menyebabkan beberapa pengeluaran inventori terjejas. Insiden itu menghalang kapal daripada berlayar ke sekitar benua Afrika - Tanjung Harapan - dan seterusnya ke Asia. Tempoh perjalanan akan bertambah antara seminggu atau dua minggu," katanya dalam catatan yang dimuat naik menerusi laman Facebooknya.
Sekiranya gangguan itu berterusan, Ong berkata, PSA, pengendali pelabuhan Singapura, menjangkakan berlaku kelewatan setelah syarikat perkapalan mengubah jadual perjalanan kapal mereka.
"Mereka harus merancang lebih awal dan memastikan operasi tetap berjalan lancar," kata Ong.
BACA: Pemilik kapal kargo tersangkut di Terusan Suez mohon maaf
BACA: Perdagangan dunia terjejas kerana sebuah kapal
Ong dalam catatannya itu memaklumkan kapal kontena berkenaan tersadai di Terusan Suez akibat ribut yang berlaku sehingga menyebabkan kesesakan di laluan perdagangan perkapalan yang terpenting di dunia dengan ia menjadi laluan kepada kira-kira 10 peratus pedagangan antarabangsa.
Berbeza dengan Selat Melaka dan Singapura, menteri itu berkata perairan ini menyediakan laluan untuk kira-kira satu pertiga daripada perdagangan laut global.
"Jika anda melihat pada peta dunia, anda akan menyedari bahawa kedua-duanya saling berkait, menghubungkan Eropah, Timur Tengah dan Asia," katanya.
Ong menyifatkan bahawa sekatan yang berlaku di Terusan Suez itu umpama sebatang pokok besar yang tumbang di Lebuhraya Utama Singapura (CTE) dan telah menyebabkan kesesakan di setiap lebuh raya yang dihubungkan dengan CTE.
"Ini merupakan satu lagi insiden yang menggambarkan mengenai bagaimana dunia kini saling berkaitan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 26 2021
Kapal kontena berkenaan tersadai di Terusan Suez akibat ribut yang berlaku sehingga menyebabkan kesesakan di laluan perdagangan perkapalan yang terpenting di dunia. - Foto Agensi
Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.
Suspek lari dari IPD Tangkak ditahan semula
Polis menahan semula penjenayah yang melarikan diri dari tahanan IPD Tangkak, di sebuah rumah di Kluang pagi tadi.
Polis tembak mati 3 suspek jenayah samun, curi kenderaan
Polis menembak mati tiga individu dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di Persiaran Kota Emerald, Rawang, Selangor pada Sabtu.
Penduduk masih belum dibenarkan pulang
Puluhan ribu penduduk Los Angeles yang terpaksa berpindah akibat kebakaran dahsyat, masih tidak dibenarkan pulang ke kediaman mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu.
Bas penumpang hampir terjunam berhampiran jambatan Bronx
Sebuah bas New York terbabas dan tergantung di ketinggian 3.7 meteri berhampiran jambatan Henry Hudson Parkway, New York.
Lebih 10,000 syarikat di Jepun muflis tahun lalu
Kenaikan harga, kekurangan buruh yang semakin teruk dan kejatuhan nilai yen di Jepun mengakibatkan kegagalan perniagaannya hingga menyebabkan 10,006 syarikat muflis pada 2024.
Kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya selama empat hari sempena Tahun Baharu Cina
Kenderaan barangan dilarang berada di atas jalan raya selama empat hari sempena sambutan Tahun Baharu Cina ini.
Gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa 8.30 pagi Ahad
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas akan berkuat kuasa pada 08:30 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Gencatan senjata Gaza bermula 8.30 pagi Ahad - Qatar
Kementerian Luar Qatar mengumumkan bahawa perjanjian gencatan senjata di Gaza akan berkuat kuasa pada 8.30 pagi waktu tempatan Ahad, 19 Januari.
Tiga suspek jenayah samun, curi kenderaan mati ditembak polis di Rawang
Polis menembak mati tiga penjenayah aktif dalam kegiatan mencuri kereta dan samun selepas berbalas tembakan di Persiaran Kota Emerald, Rawang.
Shuib bangga, Talita bakal beraksi di Konsert Ajai & Mega Friends
Anak perempuan pelawak Shuib iaitu Dzahira Talita Zahra diberi peluang untuk mengadakan persembahan di Konsert By Ajai & Mega Friends di Singapura.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Hampir 100 lubang jalan dikesan di Singapura berikutan hujan lebat berterusan
Hampir 100 lubang jalan dikesan di seluruh Singapura dalam 12 hari pertama Januari 2025 berikutan hujan lebat yang berterusan.
Syed Saddiq peroleh pelepasan sementara pasport ke Singapura, Sabah
Syed Saddiq memaklumkan beliau akan kembali ke Kuala Lumpur pada 25 Jan dan memulangkan pasport kepada mahkamah pada 27 Jan ini.
Singapura pertingkat aspek keselamatan di pusat pemeriksaan mulai 9 Jan 2025
Singapura akan mempertingkatkan pemeriksaan keselamatan di pusat pemeriksaan darat, udara. dan lautnya dari 9 Jan hingga 22 Jan, menurut Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA).
Harris lawat Singapura, Bahrain, Jerman
Naib Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris dijadualkan mengadakan lawatan kerja ke Singapura pada 15 Jan.
JS-SEZ permulaan transformasi era baharu hubungan ekonomi Malaysia-Singapura
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai pada Selasa dijangka menjadi permulaan kepada tranformasi era baharu hubungan ekonomi antara Malaysia dan Singapura.
Malaysia, Singapura tandatangan MoU mengenai kerjasama tindakan iklim
Malaysia dan Singapura semalam menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) mengenai pendekatan bersama bagi menangani perubahan iklim selaras dengan Artikel 6, Perenggan 2 Perjanjian Paris.
Isu berlarutan: Malaysia, Singapura terus berbincang, cari penyelesaian holistik - PM
Anwar berkata, kerumitan isu-isu tersebut menuntut pendekatan yang lebih holistik dan komprehensif untuk menanganinya.
Perdana Menteri Singapura diberi sambutan rasmi
Ketibaannya disambut Anwar pada jam 9.50 pagi tadi, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.