TEHRAN: Pemimpin tertinggi Iran mendakwa beberapa kejadian keracunan yang berlaku di sekolah perempuan di negara itu adalah dirancang sesetengah pihak.
Tegas Ayatollah Ali Khamenei, mereka yang sengaja berbuat demikian akan berdepan hukuman berat dan perbuatan jenayah itu tidak boleh dimaafkan.
Bagaimanapun, Iran belum mendedahkan dalang di sebalik kejadian dan apakah jenis bahan yang digunakan untuk memastikan pelajar mengalami keracunan.
Setakat ini, pihak berkuasa memaklumkan, lebih 50 sekolah daripada 21 daerah di Iran dikesan mengalami masalah itu dan rata-ratanya melibatkan kanak-kanak.
Kesemua pelajar yang dirawat mengadu mereka mengalami sakit kepala, jantung berdebar-debar, lesu dan tidak boleh bergerak.
Kejadian dilaporkan bermula sejak November tahun lalu dan sehingga kini 400 pelajar kanak-kanak mengalami keracunan.
Bagaimanapun, setakat ini, kejadian tidak melibatkan kematian.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkan situasi dihadapi Iran itu serupa dengan kejadian Afghanistan dari tahun 2009 hingga 2012, apabila ratusan remaja perempuan di seluruh negara mengadu mengenai bau pelik dan mengalami keracunan.
WHO juga tidak menolak kemungkinan apa yang berlaku di Iran sebagai "penyakit psikogenik besar-besaran."
Agensi
Mon Mar 06 2023

Ayatollah Ali Khamenei mendakwa kejadian keracunan di sekolah perempuan negara itu dirancang sesetengah pihak. -Gambar fail
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan
"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan

Jumlah perdagangan Afghanistan melebihi US$12 bilion pada 2024
Jumlah keseluruhan perdagangan Afghanistan pada 2024 melebihi US$12 bilion, mencatatkan peningkatan 38 peratus dalam import berbanding tahun sebelumnya dan penurunan empat peratus dalam eksport.

Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.

Kyrgyzstan keluarkan Taliban daripada senarai organisasi pengganas
Kyrgyzstan mengeluarkan Taliban daripada senarai organisasi yang diharamkan, menurut Kementerian Luar Kyrgyz pada Jumaat, lapor Xinhua.

Afghanistan siap sedia sambut Aidiladha meski berdepan cabaran ekonomi
Kadar pengangguran dan kemiskinan yang tinggi mengurangkan kuasa beli rakyat Afghanistan secara drastik, menyukarkan mereka untuk melaksanakan ibadah korban.

Tehran dakwa penjajahan asing sebagai punca utama masalah Afghanistan
Punca masalah dan cabaran Afghanistan ialah pendudukan negara itu sebelum ini dan kurangnya perhatian terhadap pembangunan ekonominya oleh bekas penjajah.

Pilihan raya Pakistan: Perkhidmatan rangkaian mudah alih digantung, sempadan ditutup
Pihak berkuasa Pakistan menggantung perkhidmatan mudah alih dan menutup sempadan dengan negara jiran Afghanistan dan Iran selepas insiden pengeboman.

150,000 wanita dan sektor kesihatan, hak tidak diabaikan - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Seramai 150,000 wanita berkhidmat dalam sektor kesihatan Afghanistan ketika ini dengan pelbagai cabang kepakaran.

Afghanistan ketika ini 100 peratus aman - Menteri Kesihatan Awam Afghanistan
Situasi di Afghanistan jauh lebih baik berbanding 20 tahun lalu yang menyaksikan ratusan orang maut akibat peperangan.

Afghanistan perlu raih semula penghormatan untuk membangun - Penganalisis
Afghanistan perlu memecahkan persepsi negatif terhadap negaranya dan meraih semula penghormatan komuniti antarabangsa untuk membangun.