TEHRAN: Presiden Ebrahim Raisi akan mengetuai delegasi Iran mengadakan lawatan ke Indonesia pada Isnin, 22 Mei, lapor IRNA.
Pengumuman itu dibuat selepas kedua-dua pihak menamatkan rundingan pusingan ketujuh, dengan kedua-dua kerajaan kini boleh menandatangani dokumen Perjanjian Perdagangan Keutamaan Indonesia-Iran (II-PTA).
Menurut Kementerian Perdagangan Indonesia, kedua-dua negara akan menandatangani perjanjian perdagangan itu semasa lawatan Raisi ke Jakarta antara 22 dan 24 Mei.
"Iran ialah rakan perdagangan bukan tradisi Indonesia dan menerusi PTA ini, kami berharap dapat meluaskan peluang eksport dan jangkauan pasaran, terutama di Asia Barat dan Parsi," menurut pengarah rundingan dua hala kementerian itu, Johnny Martha.
Indonesia sedang mengenal pasti pasaran baharu untuk mempelbagaikan pilihan eksportnya dan oleh itu dapat mengurangkan pergantungan kepada rakan dagangan tradisi yang kebanyakannya terjejas akibat ekonomi global yang lemah dan risiko geopolitik.
Julai tahun lepas, Indonesia menandatangani perjanjian perkongsian ekonomi komprehensif (CEPA) dengan Emiriah Arab Bersatu selain meneruskan kerjasama serupa dengan negara Teluk Parsi yang lain, termasuk CEPA dengan Arab Saudi sejak 2018.
--BERNAMA-IRNA
Bernama
Sun May 21 2023
Presiden Ebrahim Raisi akan mengetuai delegasi Iran mengadakan lawatan ke Indonesia pada Isnin, 22 Mei. - Gambar fail REUTERS
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
Toyota kekal peneraju pengeluar kereta terbesar dunia pada 2024
Toyota Motor Corp mengekalkan gelaran sebagai pengeluar kereta terbesar dunia berdasarkan jumlah jualan untuk tahun kelima berturut-turut pada 2024, didorong oleh permintaan kukuh bagi kenderaan hibrid, menurut data yang dikeluarkan pada Khamis.
Masjid, surau di Sarawak diarah laksana solat hajat bencana banjir selepas Jumaat
Solat ini bertujuan memohon kesejahteraan mangsa banjir serta agar bencana tersebut segera diangkat.
Kemalangan Ebrahim Raisi disebabkan cuaca - Laporan
Siasatan nahas itu telah selesai dan dirumuskan bahawa apa yang berlaku merupakan satu kemalangan.
Tempoh pengundian bagi pilihan raya presiden Iran tamat
Pilihan raya presiden ke-14 Iran telah berakhir secara rasmi selepas proses pengundian berlangsung selama 18 jam.
Hubungan Iran-Malaysia akan terus berkembang maju - Duta
Iran dijangka meneruskan dasar luar dan hubungan dua hala yang sedia ada.
Calon Presiden Iran kemuka hujah ekonomi dalam siri debat pertama
Ia menjelang Pilihan Raya Presiden 28 Jun ini susulan nahas helikopter bulan lalu yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi.
Iran namakan jalan, lebuh raya sempena Raisi dan Amirabdollahian
Tehran telah memutuskan untuk menamakan dua jalan dan sebuah lebuh raya sempena Ebrahim Raisi dan Hossein Amirabdollahian.
Perjalanan terakhir : Ebrahim Raisi dikebumi di bandar suci Mashhad
Presiden Ebrahim Raisi dikebumikan di bandar suci Iran, Mashhad pada Khamis dengan ribuan rakyat mengiringi perjalanan akhir pemimpin kesayangan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tehran adakan pengebumian besar-besaran untuk Presiden Raisi dan mangsa nahas helikopter
Rakyat Iran dari seluruh pelosok negara berhimpun di Tehran bagi menyertai upacara perarakan jenazah presiden dan mangsa-mangsa nahas.
Menteri Luar Malaysia tandatangan nota takziah di kedutaan Iran
Menteri Luar mengunjungi Kedutaan Iran untuk menyampaikan ucapan takziah bagi pihak rakyat Malaysia atas pemergian Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran, Dr Hossein Amirabdollahian.
Putin puji hubungan Rusia dengan Iran
Putin juga memberi jaminan akan memastikan hubungan baik dengan republik itu berterusan.