TEHRAN: Iran sekali lagi menggesa negara-negara Islam untuk memutuskan hubungan politik dan ekonomi dengan Zionis Israel.
Gesaan itu dibuat pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei pada Selasa.
Beliau berkata, negara Islam menuntut gencatan senjata sedangkan mereka tidak mempunyai kawalan
ke atas perkara itu.
"Ada perkara yang ada di tangan anda, tetapi anda tidak melakukannya. Apa itu? Memotong urat penting kepada rejim Zionis. Ini di tangan anda.
"Anda boleh berhenti membantu dan menyokong (Israel), anda boleh memutuskan hubungan politik dan ekonomi (dengan Israel)," katanya.
Khamenei berkata, negara-negara Islam harus memutuskan "saluran penting" dengan Israel, meminta dihentikan bekalan makanan dan bahan api ke negara itu.
Beliau menggesa untuk memotong bekalan ke Israel sejak rejim itu melancarkan kempen ketenteraan terhadap Hamas.
Serangan Israel di Gaza merupakan salah satu kempen ketenteraan paling dahsyat dan paling merosakkan dalam sejarahnya.
Israel telah membunuh lebih 25,000 rakyat Palestin dan menyebabkan kemusnahan mega.
Lebih 80 peratus daripada 2.3 juta penduduk wilayah itu telah melarikan diri dari rumah mereka.
Perang telah mencetuskan ketegangan di Asia Barat selain berupaya mengancam untuk mencetuskan konflik lain di luar rantau.
Astro Awani
Wed Jan 24 2024

Khamenei menggesa untuk memotong bekalan ke Israel sejak rejim itu melancarkan kempen ketenteraan terhadap Hamas. - Foto AP

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global.

Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza - Kementerian
Konflik di Gaza menyebabkan 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.
Tumpuan Isnin – 10 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (9 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sindiket penipuan: Ribuan terperangkap selepas dipaksa jadi 'scammer'
Bulan lalu, satu operasi oleh pihak berkuasa Thailand, China dan Myanmar membawa kepada pembebasan lebih 7,000 mangsa dari lokasi di mana mereka terpaksa memperdayakan orang ramai untuk melabur wang simpanan mereka.
BN tiada masalah cari calon sesuai
Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk mencari calon yang sesuai bagi mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.
Jalan TAR meriah, warga kota buat persiapan awal Hari Raya
Meskipun baru seminggu umat Islam berpuasa, warga kota sudah memulakan persiapan awal bagi menyambut Aidilfitri.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Mayat lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai
Mayat seorang lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai berdekatan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Angkasapuri, pada 4.39 petang tadi.

Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza - Kementerian
Konflik di Gaza menyebabkan 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.

Israel tidak hormat Ramadan, sasar masjid di Tebing Barat
Masjid tersebut hangus dan sebahagiannya terbakar selepas operasi ketenteraan yang dilaporkan berlaku antara pukul 2 pagi dan 6.30 pagi.

9,500 rakyat Palestin masih ditahan di penjara Israel
3,405 rakyat Palestin ditahan tanpa tuduhan atau perbicaraan di bawah dasar kontroversi Israel yang dikenali sebagai tahanan pentadbiran.

Gabungan NGO anjur Himpunan Hari Al-Quds, serah nota bantahan ke Kedutaan AS
Perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan Kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.

Peneroka haram Israel tingkatkan pencerobohan masjid Al-Aqsa ketika Ramadan
Peneroka haram Israel meningkatkan pencerobohan ke dalam kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki sepanjang bulan suci Ramadan.

Israel tidak mahu gencatan senjata, takut hilang kelebihan dalam rundingan dengan Hamas - Penganalisis
Israel dilihat tidak mempunyai sebarang hasrat untuk memastikan keamanan yang kekal di Palestin.

Israel harus dipaksa bayar kos pembinaan semula Gaza - Putera Turki Al-Faisal
"Kita tidak boleh menerima keadaan setiap kali kita bina semula Gaza atau Tebing Barat, Israel datang dan merobohkan apa yang telah dibina semula."

Tahanan Palestin rindu solat di Masjid Al-Aqsa
Warga Palestin, Hamza al-Kalouti, menyifatkan kegembiraan selepas dibebaskan tidak lengkap apabila dia tidak dibenarkan masuk untuk beribadah di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis pada Sabtu.

Rundingan gencatan senjata Gaza di Kaherah gagal mara ke fasa kedua: Laporan
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara gerakan penentangan Palestin Hamas dan rejim Israel telah gagal, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Israel umum ‘sekatan keselamatan’ di al-Aqsa sempena Ramadan
Hanya lelaki berumur 55 tahun ke atas dan wanita berumur lebih 50 tahun dibenarkan memasuki pekarangan masjid "atas sebab keselamatan."