Iraq akan hantar tentera Syria rejim Assad pulang ke tanah air
Lebih 3,000 tentera Syria melarikan diri ke Iraq berikutan kejatuhan rejim Bashar Assad pada 8 Disember.
Bernama
Thu Dec 19 2024
Menurut laporan media, lebih 3,000 tentera Syria melarikan diri ke Iraq berikutan kejatuhan rejim Bashar Assad pada 8 Disember. - AP
ANKARA: Iraq mengumumkan pada Khamis bahawa ia akan memulakan penghantaran pulang tentera Syria daripada rejim Assad yang digulingkan ke Syria, lapor Agensi Anadolu (AA).
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Miqdad Miri berkata proses memulangkan tentera Syria ke negara asal mereka akan bermula lewat hari ini, lapor agensi berita negara INA.
"Proses itu akan dijalankan selepas penyelarasan dengan pihak berkuasa Syria, tambahnya.
Menurut laporan media, lebih 3,000 tentera Syria melarikan diri ke Iraq berikutan kejatuhan rejim Bashar Assad pada 8 Disember.
Assad yang memerintah Syria selama hampir 25 tahun, melarikan diri ke Rusia selepas perang saudara selama 13 tahun dan beberapa dekad pemerintahan keluarganya.