Perdana Menteri Iraq, Haidar Al-Abadi, berharap negaranya akan menjadi sebuah jambatan perantaraan untuk manfaat seluruh dunia dan bukan medan peperangan tempat pertumpahan darah.
Beliau berkata negara itu akan menjadi pintu perkongsian manfaat dan kepentingan untuk seluruh negara di rantau ini.
"Visi Iraq (yang baharu) adalah berdasarkan prinsip saling melengkapi dan menjadikan negara ini sebagai platform kerjasama lebih erat di samping memupuk persefahaman bersama.
"Suatu ketika, Iraq telah mengalami banyak halangan dalam melaksanakan perkembangan pelaburan seperti birokrasi, undang-undang tidak selaras dan rasuah pentadbiran yang menyebabkan negara ini mewujudkan peraturan baharu bagi persekitaran ekonomi yang kukuh," katanya ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa Kuwait Untuk Pembangunan Semula Iraq (KICRI) di sini pada Rabu.
KICRI, yang dipengerusikan bersama oleh Kuwait, Iraq, Kesatuan Eropah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Bank Dunia, bertujuan mengumpul dana daripada pelbagai pihak serta menggerakkan sokongan antarabangsa bagi pembinaan semula infrastruktur di Iraq selepas kemusnahan yang dilakukan kumpulan militan Daesh di negara itu.
Pada 10 Dis lepas, Al-Abadi, telah mengisytiharkan pembebasan sepenuhnya negara Iraq daripada cengkaman dan penguasaan Daish.
Mengulas lanjut, Al-Abadi berkata Iraq memerlukan pembaharuan infrastruktur dan tenaga kerja mahir untuk mengendalikan peluang pelaburan yang ada di negara itu.
Beliau juga berharap peserta persidangan akan bekerjasama dalam proses pembangunan semula Iraq untuk keamanan dan kesejahteraan berterusan di negara itu.
Katanya, Kuwait telah memainkan peranan penting dalam melaksanakan pembinaan semula Iraq menerusi penganjuran persidangan antarabangsa itu.
"Saya juga ingin berterima kasih kepada Emir Kuwait, Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah, atas inisiatif penganjuran persidangan ini dan seluruh peserta yang turut bersama memberi sokongan," katanya.
Turut hadir Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres, Pesuruhjaya Tinggi Kesatuan Eropah (EU) Federica Mugrini dan Presiden Bank Dunia Jim Young Kim.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 14 2018

Pada 10 Dis lepas, Al-Abadi (gambar) telah mengisytiharkan pembebasan sepenuhnya negara Iraq daripada cengkaman dan penguasaan Daesh.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

Pasangan suami isteri mengaku bersalah miliki bahan berkaitan kumpulan Daish
Sepasang suami isteri hari ini mengaku bersalah di dua Mahkamah Tinggi atas pertuduhan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daish pada Mei lepas.

Bicara kes operator kilang sokong kumpulan Daish bermula 12 Feb 2025
Muhammad Aabid didakwa menyimpan bahan letupan, memiliki sembilan video dan lima artikel berkaitan pengganas Daish, serta membuat bahan letupan sebagai persediaan untuk melakukan perbuatan pengganas.

Bapa penyerang Balai Polis Ulu Tiram didakwa sokong Daish, miliki senjata api
Radin Imran membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan semula di hadapan Hakim yang kemudiannya menetapkan 15 Nov ini untuk pengurusan kes.

Pengawal keselamatan didakwa miliki buku, lukisan bendera dan video Daish
Muhamad Norulaini Supardi, 33, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mazuliana Abdul Rashid.

Daish: Mahkamah Persekutuan kekal hukuman penjara 10 tahun terhadap bekas penjual cendol
Panel hakim membuat keputusan sebulat suara selepas menolak rayuan akhir Nahzatulazran A. Rahman, 44, terhadap hukuman penjara itu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

1,000 orang dipindahkan selepas ancaman bom sasar Kompleks Sukan Jamsil, Seoul
Sebanyak 14 kenderaan dan 58 anggota polis dikerah memindahkan kira-kira 1,000 peserta yang sedang membuat persiapan bagi sambutan Seoul Festa.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Israel secara rahsia selaras serangan udara ke atas Syria, elak konflik dengan kempen AS - Laporan
Israel secara rahsia menyelaraskan serangan udara ke atas Syria bersama tentera AS, bertujuan mengelak operasinya bertembung dengan kempen AS menentang kumpulan pengganas Daish.

Ketua PBB prihatin dengan kematian orang awam dalam tindakan AS membunuh pemimpin Daish
Antonio Guterres berkata, siasatan adalah penting dalam kes menentukan pihak yang bertanggungjawab atas kematian akibat serangan.