BRUSSELS: Diplomat tertinggi Kesatuan Eropah (EU) berkata tindakan Israel mengenakan sekatan penuh dan meneruskan pengeboman di Genting Gaza sebagai melanggar Konvenysen Geneva.
Ketua Dasar Luar EU, Josep Borrell turut menegaskan bahawa hak mempertahankan diri perlu dilakukan mengikut undang-undang antarabangsa bukannya menyerang kawasan penempatan awam secara membabi buta.
Rejim Zionis sebelum ini mempertahankan tindakannya membedil kawasan awam di Genting Gaza yang dikepung sebagai hak mempertahankan diri selepas Hamas melancarkan serangan mengejut digelar Operasi Banjir al-Aqsa pada Sabtu lalu.
“Beberapa tindakan (oleh Israel) seperti memotong bekalan elektrik, air dan makanan ke atas orang awam adalah bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.
“Sebelum ini PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) juga telah menyatakan perkara sama bahawa beberapa tindakan Israel melanggar hak asasi manusia,” kata Borrell semasa mesyuarat secara maya bersama Menteri Luar EU bagi membincangkan konflik Hamas-Israel.
Tambahnya, hukuman menyeluruh ke atas semua warga Palestin tidak adil dan tidak mendatangkan apa-apa hasil.
Bagaimanapun, semasa mesyuarat tersebut blok 27 negara Eropah itu tidak menyatakan pendirian mereka sama ada ia akan mengambil tindakan terhadap Tel Aviv.
Kenyataan Borrell meletakkan EU tidak senada dengan mesej dari Washington di mana pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden setakat ini mengelak daripada mengkritik tindakan Israel di Gaza.
Ia juga merupakan kritikan paling keras oleh seorang tokoh kanan EU terhadap serangan ofensif Israel di Gaza yang setakat ini telah meragut sekitar 900 nyawa.
Dalam pada itu, Borrell memaklumkan bahawa majoriti Menteri Luar EU bersetuju untuk terus menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin.
Langkah itu sekali gus membatalkan pengumuman Pesuruhjaya Eropah, Olivier Varhelyi bahawa semua dana daripada program pembangunan EU untuk Palestin akan digantung segera sebaliknya ia disemak semula.
“Ia adalah satu kesilapan besar pada saat genting ini untuk menghentikan sokongan EU kepada pihak berkuasa Palestin.
“Pada masa ini, jumlah kematian di Gaza semakin meningkat dan keadaan kemanusiaan sangat teruk.
“EU perlu memberi sokongan tambahan, bukannya mengurangkan bantuan,” ujar Borrell.
Cadangan oleh Varhelyi mendapat kritikan meluas daripada Menteri Luar EU dengan Sepanyol, Perancis, Ireland dan Luxembourg tidak senada dengan diplomat dari Hungary itu.
GENOSID TERANG-TERANGAN
Utusan Khas Palestin ke PBB, Riyad Mansour pula menyifatkan tindakan Israel menyekat bekalan elektrik, air dan makanan ke Gaza umpama genosid atau pembunuhan beramai-ramai.
Menurut Riyad, tindakan rejim Zionis itu jelas membuktikan ia mahu penduduk di Gaza mati kelaparan.
“Israel menggunakan kelaparan sebagai kaedah peperangan. Mereka mengebom orang awam di Gaza dan cuba menghapuskan kewujudan Palestin.
“Semua tindakan ini adalah jenayah perang dan dibuat secara terang-terangan,” katanya.
Pada Isnin lalu, Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant mengumumkan mengenai sekatan total untuk menghentikan makanan dan bahan api ke Gaza.
Kepungan ke atas Tebing dikuatkuasakan oleh Israel dan Mesir sejak 2007, selepas pentadbiran Gaza diambil alih oleh Hamas yang menggantikan Fatah (pihak berkuasa Palestin).
Sejak itu, Gaza dikepung dan bertukar menjadi penjara terbuka terbesar di dunia melibatkan 2.3 juta warga Palestin di Gaza.
Sekatan yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa itu menyebabkan bekalan ubat, air, elektrik, keperluan asas seperti makanan dan penyelenggaraan prasarana terjejas teruk.
Keadaan lebih parah apabila Gaza diserang oleh tentera Israel dalam empat serangan besar antara 2009-2018 melibatkan kematian ribuan warga Palestin, puluhan ribu tercedera dan pemusnahan prasarana seperti sekolah, masjid, bangunan kerajaan, universiti, hospital, infrastruktur bekalan air serta elektrik. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Thu Oct 12 2023

Kawasan kejiranan di Gaza berubah menjadi padang jarak padang tekukur selepas menjadi sasaran serangan udara Israel. - Foto fail/REUTERS

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Malaysia-Perancis senada perkukuh kerjasama pelbagai bidang termasuk AI, pertahanan
Malaysia dan Perancis senada dalam memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan serta kecerdasan buatan (AI).

Malaysia, Mesir senada tolak usaha 'halau' rakyat Palestin dari bumi Gaza
Malaysia dan Mesir senada dalam pendirian menolak usaha "menghalau" rakyat Palestin keluar dari bumi Gaza.

Kelewatan gencatan Gaza berpunca dari senarai nama tebusan Israel dibebaskan
Senarai nama-nama tebusan Israel di Gaza yang bakal dibebaskan pada hari pertama gencatan senjata akan dikeluarkan dalam waktu terdekat.

Umat Islam wajib pertahan, sokong Palestin - MKI
Umat Islam wajib membela serta mempertahankan rakyat dan Palestin daripada segala bentuk kezaliman, pencerobohan dan penjajahan rejim Zionis Israel.

Malaysia kutuk keras peluasan penempatan haram Israel, serangan udara di Syria
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya keputusan rejim Zionis Israel untuk memperluas penempatan haram di Bukit Golan yang diduduki.

Malaysia ulangi komitmen sokongan padu terhadap Palestin, gesa gencatan senjata di Gaza dan Lubnan
Malaysia mengulangi komitmen berterusan dan sokongan padu terhadap perjuangan Palestin dan usaha damai yang mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka.

Israel lancar serangan udara di tengah Lubnan
Israel lancar serangan Udara yang memusnahkan sebuah bangunan berhampiran Jalan Hamra di tengah Beirut pada Selasa.

Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.

Jumlah kematian akibat serangan berterusan Israel di Gaza hampir 43,400 orang
Seramai 102,261 orang lagi pula dilaporkan cedera dalam serangan yang masih berlangsung.

Lebih 150 pesakit, kakitangan terperangkap dalam serangan di Hospital Kamal Adwan
Hospital Kamal Adwan berkemungkinan besar menjadi satu pusara besar apabila dianggarkan seorang pesakit meninggal dunia setiap jam akibat tindakan tidak berperikemanusiaan tentera Israel.