ISRAEL memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa mereka tidak akan memperbaharui visa untuk pegawai tertinggi bantuan kemanusiaan PBB berkunjung ke Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.
Menurut jurucakap PBB di Palestin, Lynn Hastings, beliau telah dimaklumkan oleh pihak berkuasa Israel berkenaan perkara itu pada Jumaat.
"Kami telah dimaklumkan oleh pihak berkuasa Israel bahawa mereka tidak akan memperbaharui visa pegawai PBB di Palestin melepasi tarikh tamat tempoh pada akhir bulan ini," kata Stephane Dujarric kepada pemberita.
Hal ini sekali gus mengundang persoalan adakah terdapat wakil PBB yang baharu di Palestin untuk menyelaraskan bantuan kemanusian daripada PBB.
Ia susulan Israel menuduh PBB bersikap berat sebelah terhadap konflik dan lebih mengutamakan Palestin berbanding mereka.
Pada penghujung Oktober lalu, Kementerian Luar Israel menuduh Hastings gagal untuk bersikap saksama dan objektif, namun perkara itu dinafikan oleh PBB.
Hastings turut dikecam oleh puak pro-Israel di media sosial sehingga menyebabkan keselamatan dirinya terancam.
Sejak serangan 7 Oktober, Israel telah menumpukan serangan balas terhadap Hamas di Gaza, mengebomnya dari udara, mengenakan kepungan dan melancarkan serangan darat.
Lebih 15,000 orang awam Palestin disahkan terbunuh, kira-kira 40 peratus daripada mereka di bawah umur 18 tahun dan ramai lagi yang dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan. - Agensi
Fahmi Izuddin
Sat Dec 02 2023

Israel memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa mereka tidak akan memperbaharui visa untuk pegawai tertinggi bantuan kemanusiaan PBB berkunjung ke Semenanjung Gaza dan Tebing Barat. - Gambar fail REUTERS
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Israel tidak akan perbaharui visa pegawai tertinggi PBB di Palestin
Hal ini mengundang persoalan adakah terdapat wakil PBB yang baharu di Palestin untuk menyelaraskan bantuan kemanusian daripada PBB.