AKIBAT cemburu, seorang isteri ditikam suaminya bertubi-tubi sebanyak 20 kali di hadapan anak mereka, lapor Mirror.UK.
Theresa Tuley yang sedar akan niat suaminya itu cuba melarikan diri selepas pasangannya itu cuba memecah masuk ke rumah mereka pada awal pagi di Blackpool, England.
Tetapi, suaminya Andrew, 44, dapat mengejar Theresa sebelum melakukan serangan ganas itu di halaman rumah jiran mereka.
Difahamkan, jeritan kuat Theresa telah mengejutkan dua anak mereka yang sedang tidur pada ketika itu.
Menurut pihak polis, Theresa telah ditikam berulang kali di bahagian muka, leher dan belakang badannya hingga menyebabkan kecederaan yang teruk pada bahagian 'larinks.'
Anak perempuan mereka yang berusia 13 tahun berlari ke tempat kejadian untuk membantu ibunya yang sedang bertarung nyawa setelah suspek yang juga ayahnya meninggalkan tempat kejadian.
Anak sulung itu membuat panggilan kecemasan dan mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Walaupun mengalami luka tikaman yang teruk, pakar perubatan berjaya menyelamatkan mangsa setelah dia menjalani pembedahan selama lima jam.
Theresa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil manakala suaminya dijatuhi hukuman penjara 18 tahun selepas mengaku bersalah atas cubaan membunuh isterinya.
Menurut laporan, Andrew bertindak demikian kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa isterinya menjalinkan hubungan sulit.
Difahamkan, oleh kerana hubungan yang renggang, pasangan ini sudah berpisah dan tidak lagi tinggal bersama
Pasangan itu dilaporkan mempunyai tiga anak, berusia 13, 11 dan 7 tahun.
Kohilah Sekaran
Tue May 26 2015
Seorang isteri di Lancaster ditikam suaminya sebanyak 20 kali di hadapan anak mereka akibat cemburu. -Gambar hiasan
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Bekas guru taska kekal pengakuan tidak bersalah abai kanak-kanak hingga mati lemas
Seorang bekas guru sebuah taska dihadapkan semula di mahkamah di sini hari ini atas pertuduhan mengabaikan seorang kanak-kanak di bawah jagaannya sehingga menyebabkan mangsa mati lemas, April tahun le
'Tolong selamatkan bayi saya.' - Walaupun bertarung nyawa, ibu tetap fikirkan anak
Ternyata tiada yang lebih utama daripada anak yang dikandung berbanding nyawa sendiri.
Pesakit COVID, kongsi kisah 'perjalanan' ketika koma
Amira tidak sangka virus pembunuh yang dikatakan hanya cerita dongeng oleh segelintir pihak, meninggalkan impak begitu besar terhadapnya.
Pengalaman ngeri bekas pesakit COVID-19 bertarung nyawa di ICU
Semuanya bermula apabila dia makan malam dengan seorang rakan di sebuah restoran di Melaka pada 18 April lalu, dan kemudiannya dimaklumkan statusnya sebagai kontak rapat.
Dua beradik bertarung selamatkan ibu dari dipatuk ular
Tiga remaja layak dinobat sebagai wira apabila bertarung nyawa menyelamatkan seorang ibu tunggal daripada dimakan ular sawa batik.
Bayi bertarung nyawa akibat diratah anjing liar selepas dibuang
Seorang bayi malang yang dipercayai dibuang beberapa jam selepas dilahirkan kini bertarung nyawa akibat diserang dan digigit sekumpulan anjing liar.
Isteri ditikam suami 20 kali akibat cemburu
Seorang isteri di Lancaster ditikam suaminya sebanyak 20 kali di hadapan anak mereka akibat cemburu.