Isteri kepada seorang lelaki Chechnya yang dituduh oleh Rusia merancang pembunuhan Presiden Vladimir Putin mati ditembak di pinggir bandar Kiev pada Isnin.
Menurut laporan Reuters, Pegawai Kementerian Dalam Negeri Ukraine berkata, dalam serangan sama suaminya turut tercedera.
Penasihat Kementerian Dalam Negeri, Anton Gerashchenko dan Zoryan Shkiryak berkata, Amina Okuyeva yang merupakan warga Ukraine itu berada di dalam kenderaan bersama suaminya Adam Osmayev ketika ditembak dari arah semak yang berdekatan persimpangan kereta api di pinggir ibu kota.
Serangan tersebut menyusul sejurus selepas pengeboman kenderaan di Kiev, Khamis lepas, di mana dua orang terbunuh dan tiga cedera termasuk anggota Parti Radikal, Ihor Mosiychuk.
Okuyeva pernah bekerja sebelum ini bersama Mosiychuk.
“Amina meninggal dunia akibat dari kecederaan itu manakala Adam Osmayev cedera parah tapi masih hidup. Saya baru bercakap dengannya melalui panggilan telefon,” kata Gerashchenko.
Insiden tersebut merupakan percubaan kedua dalam tahun ini untuk membunuh Osmayev yang berasal dari rantau Chechnya yang kebanyakannya penganut Islam.
Jun lepas, Osmayev terselamat dalam satu serangan oleh seorang lelaki bersenjata, manakala Okuyeva telah membalas tembakan itu dan mencederakan penyerang tersebut.
Mosiychuk menyalahkan Rusia atas insiden pengeboman minggu lepas, manakala pasukan polis Ukraine berkata penglibatan Rusia adalah salah satu motif yang akan disiasat.
Rusia telah menafikan tuduhan tersebut yang dikatakan tercetus dari sentimen anti-Rusia di Ukraine.
Hubungan antara Kiev dan Moscow musnah pada tahun 2014 selepas Rusia berjaya merampas semenanjung Crimea selain menyokong pemberontakan pro-Rusia di wilayah timur Ukraine.
Agensi
Tue Oct 31 2017
![Isteri lelaki Chechnya dituduh rancang bunuh Putin mati ditembak Isteri lelaki Chechnya dituduh rancang bunuh Putin mati ditembak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/41509416699_tbUkraineMurder.jpg)
Amina Okuyeva, iaitu isteri kepada seorang lelaki Chechnya yang dituduh merancang pembunuhan Putin, mati ditembak. - REUTERS
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Siasatan kematian tahanan Penjara Taiping masih berjalan - Saifuddin Nasution Siasatan kematian tahanan Penjara Taiping masih berjalan - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739272819_SaifuddinNasutionI.jpg)
Siasatan kematian tahanan Penjara Taiping masih berjalan - Saifuddin Nasution
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
![ASEAN: KDN beri tumpuan aspek jenayah rentas sempadan dan jenayah siber ASEAN: KDN beri tumpuan aspek jenayah rentas sempadan dan jenayah siber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737801409_tbSaifuddinNasution.jpg)
ASEAN: KDN beri tumpuan aspek jenayah rentas sempadan dan jenayah siber
Aspek jenayah rentas sempadan dan jenayah siber antara tumpuan Kementerian Dalam Negeri sepanjang berlangsungnya Kepengerusian ASEAN 2025, kata Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
![Tempoh proses permit masuk hanya enam bulan - Saifuddin Nasution Tempoh proses permit masuk hanya enam bulan - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737801409_tbSaifuddinNasution.jpg)
Tempoh proses permit masuk hanya enam bulan - Saifuddin Nasution
Tempoh proses permohonan permit masuk kini telah dipertingkatkan dengan hanya mengambil masa maksimum enam bulan selepas dokumen lengkap dikemukakan.
![KDN jadi pemudah cara perhimpunan antirasuah esok - Saifuddin Nasution KDN jadi pemudah cara perhimpunan antirasuah esok - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736563245_SaifuddinNasution.jpg)
KDN jadi pemudah cara perhimpunan antirasuah esok - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan bertindak sebagai pemudah cara untuk memastikan kelancaran perhimpunan antirasuah yang dijadualkan berlangsung esok di Kuala Lumpur.
![KDN teroka teknologi AI beri perkhidmatan terbaik pada rakyat - Saifuddin Nasution KDN teroka teknologi AI beri perkhidmatan terbaik pada rakyat - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737544851_SaifuddinNasution.jpg)
KDN teroka teknologi AI beri perkhidmatan terbaik pada rakyat - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri dan agensi di bawahnya akan menerokai teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam usahanya untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cekap kepada rakyat.
![PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731600860_HannahYeoh.jpg)
PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
![AISSE' 25: Lebih RM1.22b kerugian akibat jenayah siber, rentas sempadan dicatat pada 2024 – TKSU KDN AISSE' 25: Lebih RM1.22b kerugian akibat jenayah siber, rentas sempadan dicatat pada 2024 – TKSU KDN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732627476_CyberAttack.jpg)
AISSE' 25: Lebih RM1.22b kerugian akibat jenayah siber, rentas sempadan dicatat pada 2024 – TKSU KDN
AISSE25 yang bakal berlangsung 20 Jan ini di PICC, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya jenayah siber yang sema
![196 etnik Rohingya ditahan di Pantai Teluk Yu 196 etnik Rohingya ditahan di Pantai Teluk Yu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81735900681_TBPATI.jpg)
196 etnik Rohingya ditahan di Pantai Teluk Yu
Polis menahan 196 etnik Rohingya yang telah mendarat di kawasan Pantai Teluk Yu, Langkawi, awal pagi tadi.
![Kerajaan lanjut pengecualian visa rakyat India sehingga 2026 Kerajaan lanjut pengecualian visa rakyat India sehingga 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720587093_MasyarakatTionghua.jpg)
Kerajaan lanjut pengecualian visa rakyat India sehingga 2026
Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan pengecualian visa bagi rakyat India yang sepatutnya berakhir pada 31 Disember ini selama dua tahun lagi, iaitu sehingga 31 Disember 2026.
![KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733987519_TBSaifuddinNasution.jpg)
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.