KETIKA golongan usahawan dan ahli politik masih berdepan dengan pelbagai ketidaktentuan dan potensi risiko akibat rundingan Brexit yang belum selesai, kumpulan pengurusan dan penjaga zoo juga turut berasa bimbang.
Kebimbangan itu antara lain melibatkan sekumpulan okapi, iaitu spesies haiwan dari keluarga zirafah yang semakin jarang ditemui.
Sejumlah 73 ekor okapi, iaitu spesies terancam yang berasal dari Republik Demokratik Congo, tinggal dalam jagaan zoo di Kesatuan Eropah (EU), di mana peraturan mengenai pergerakan bebas antara negara selama ini menyokong projek pembiakan haiwan itu.
Menurut Ketua Kurator Zoo Antwerp di Belgium, Sander Hofman, sekiranya Britain, yang mempunyai 15 ekor haiwan itu, keluar dari blok EU tanpa perjanjian, ia akan menjejaskan kesalinghubungan dalam projek tersebut.
Hofman bertanggungjawab dalam menyelaraskan pemindahan okapi untuk tujuan pembiakan.
"Brexit adalah berita buruk bagi usaha konservasi dan pembiakan.
"Sejumlah 15 daripada 73 ekor okapi berada dalam United Kingdom. Anda boleh bayangkan, jika saya terpaksa memindahkan 15 ekor okapi ini, ia akan menjadi tamparan hebat pada populasi yang diusahakan di sini, dan bagi negara-negara EU lain, ia menjadi lebih teruk ,” ujarnya.
Dalam Kesatuan Eropah, sekitar 350 buah zoo adalah di bawah naungan Persatuan Zoo dan Akuarium Eropah (EAZA), yang membenarkan pemindahan haiwan antara negara-negara EU bagi tujuan pembiakan.
Britain pula mempunyai 40 buah zoo dalam persatuan itu, termasuk Chester yang merupakan zoo terbesar di Eropah.
Namun, EAZA menasihatkan pihak pengurusan zoo supaya segera memindahkan haiwan yang perlu keluar atau masuk ke Britain, sekiranya Brexit tanpa perjanjian menyeluruh diputuskan.
Perdana Menteri Britain Theresa May kini memperjuangkan versi perjanjian Brexit yang lebih ringkas di Parlimen dalam usaha mendapatkan sokongan majoriti.
Di Britain, bukan hanya spesies okapi yang terjejas dengan situasi semasa. Menurut Hofman, gajah juga berdepan nasib tidak menentu.
“Sangat sukar untuk merancang pengangkutan dan pemindahan gajah. Anda boleh bayangkan bagaimana sukarnya nanti apabila anda sendiri tidak tahu kertas kerja apa yang perlu disiapkan, atau pelabuhan mana yang perlu dituju,” keluhnya.
Agensi
Mon Apr 01 2019
Projek konservasi dan pembiakan okapi boleh terjejas dengan suasana perkembangan Brexit yang tidak menentu. - Reuters
AWANI Ringkas: Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ASEAN 2025: Malaysia ulangi sokongan jadikan Timor Leste anggota penuh
Timor Leste yang memperoleh kemerdekaan pada 2002 memohon untuk menyertai ASEAN pada 2011.
Kerajaan India siasat kematian misteri di Kashmir
Kerajaan persekutuan India mengarahkan pembentukan pasukan antara kementerian untuk menyiasat kematian misteri di sebuah kampung di Kashmir yang dikuasai India.
One Cent Thief 2 dilancar dengan gimik mendebarkan satu Bukit Bintang
Gimik pelancaran One Cent Thief musim kedua yang berlangsung di Bukit Bintang malam tadi berjaya mencuri perhatian ramai dengan elemen dramatik yang memukau.
PUSPAKOM jalankan siasatan dalaman isu video tular petugas ditampar
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) menjalankan siasatan dalaman bagi mengetahui punca kejadian seorang pelanggan menampar petugas pemeriksa kenderaan Puspakom cawangan Johor Bahru, yang tular di media sosial baru-baru ini.
KPDN rampas 667 kg minyak masak botol dijual melebihi harga pasaran
KPDN Perak merampas 667 kilogram (kg) minyak masak botol bernilai RM4,148.70 selepas disyaki dijual melebihi harga kawalan ditetapkan.
Jumlah mangsa banjir Sabah 1,054 mangsa
Jumlah mangsa banjir di Sabah kekal 1,054 mangsa daripada 355 keluarga pagi ini.
Amaran ribut petir, hujan di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di beberapa tempat di Sarawak sehingga jam 1 tengah hari ini.
Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO anjur program best
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata inisiatif itu bagi mendorong pembudayaan persekitaran bersih dalam kehidupan seharian masyarakat di Wilayah Persekutuan.
TikTok beritahu pengguna A.S perkhidmatan ditutup 'sementara'
TikTok memaklumkan kepada 170 juta penggunanya di Amerika Syarikat pada Sabtu bahawa perkhidmatan aplikasi itu tidak lagi tersedia buat sementara waktu.
Tidak realistik untuk runding semula protokol - Suruhanjaya Eropah
Badan eksekutif Kesatuan Eropah itu akan melancarkan prosedur pelanggaran bagi melindungi pasaran tunggal blok itu daripada risiko pencabulan protokol.
Pasca-Brexit: Kekurangan bekalan makanan dibimbangi di UK
Bermula 1 Jan, pengimport mesti membuat pengisytiharan kastam penuh mengenai barangan yang dibawa masuk ke UK dari EU atau negara lain.
Pemuda UMNO cadang pembentukan Kabinet Perang
Perdana Menteri boleh meletakkan jawatan atau menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen jika tidak lagi mendapat majoriti.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasca-Brexit: Kesatuan Eropah tidak akan runding semula perjanjian asal
Kerajaan UK sebelum ini menyatakan, pemeriksaan sempadan yang dikenakan terhadap barangan dari Ireland Utara terbukti tidak dapat dilaksanakan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hubungan dengan EU: UK minta runding semula babitkan peraturan dagang
Protokol itu perlu ditulis semula kerana ia melemahkan proses perdamaian dan mempengaruhi kehidupan rakyat di Ireland Utara.
Pasca-Brexit: Parlimen Eropah akan sahkan perjanjian perdagangan
Rancangan asal EU bertujuan mengelak pembukaan sempadan antara Ireland dengan Ireland Utara menjadi pintu belakang bagi bekalan vaksin.
Nelayan Britain berdepan risiko hilang pendapatan susulan larangan eksport EU
Larangan itu dibuat selepas Britain meninggalkan EU pada 1 Januari lalu, yang mana hasil laut yang berkenaan perlu dibersihkan sebelum digunakan dan tidak boleh dijual kepada 27 ahli blok berkenaan.
Kalau tidak politik, kami nak main apa, Mak Yong, congkak? - Salahuddin Ayub
Pakatan Harapan (PH) akan terus berpolitik demi memastikan suara rakyat terus didengari meskipun ada desakan supaya sebarang bentuk politik dihentikan buat masa ini.