MEDAN (Indonesia): Presiden Indonesia Joko Widodo menzahirkan keprihatinannya terhadap isu industri media pada masa ini yang dilihatnya "sedang tidak baik-baik sahaja" (dalam keadaan tidak baik).
Jokowi berkata isu utama media pada masa ini bukanlah soal kebebasan, tetapi soal kebertanggungjawaban pemberitaan dalam media sosial serta algoritma raksasa digital yang cenderung mementingkan kepentingan aspek komersial semata-mata.
"... saya ingin mengatakan bahwa dunia pers (media) tidak sedang baik baik saja.
"Saya ulang, dunia pers sedang tidak baik-baik saja," kata presiden yang lebih dikenali sebagai Jokowi ketika merasmikan Hari Pers Nasional (HPN) 2023 di sini pada Khamis.
HPN adalah sambutan memperingati perjuangan kewartawan di Indonesia dalam membangunkan bangsa dan tanah air, yang disambut setiap 9 Feb, di kota-kota berlainan setiap tahun di negara itu.
"Dulu isu utama dunia pers (media) adalah kebebasan pers. Sekarang apakah isu utamanya tetap sama? Menurut saya sudah bergeser (berubah), kerana kurang bebas apalagi kita sekarang ini?" kata Presiden Indonesia itu.
Jokowi berkata media ketika ini adalah meliputi seluruh media informasi yang tampil dalam bentuk digital, dan semua orang boleh membuat berita dengan "bebas".
Justeru Jokowi menegaskan isu utama dunia media atau kewartawanan ketika ini berkaitan pemberitaan yang bertanggungjawab.
Beliau berkata dunia kini dibanjiri dengan berita dari media sosial dan media digital lainnya, termasuk platform-platform asing yang tidak memiliki redaksi atau dikendalikan artificial intelligence.
"Algoritma raksasa digital cenderung mementingkan kepentingan sisi (aspek) komersial saja dan hanya akan mendorong konten-konten (kandungan) recehan (tidak penting) yang sensasional (sensasi)," katanya.
Baru-baru ini Direktur Jeneral Informasi dan Komunikasi Publik, Kementerian Komunikasi dan Informatika Indonesia, Usman Kansong berkata kementerian itu telah menghantar draf aturan berkaitan hak cipta kewartawan kepada Jokowi.
Draf itu bagi membolehkan ekosistem bisnis media yang sihat dalam hubungannya dengan platform digital global.
Sementara itu, Di JAKARTA, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang sedang dalam lawatan kerja tiga hari ke Indonesia bermula semalam mengucapkan selamat Hari Pers Nasional (HPN) 2023, kepada wartawan Indonesia yang disambut hari ini.
Beliau berkata media menjadi wadah yang penting dalam menyampaikan maklumat tepat dan terkini kepada masyarakat.
"Saya mengucapkan selamat Hari Pers Nasional kepada semua rakan-rakan media di Indonesia," kata Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi dalam sidang media selepas mesyuarat dua hala bersama Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia, Airlangga Hartarto.
"Saya tahu media memainkan peranan yang amat penting dalam memberi gambaran dan fakta yang sebenar dalam apa jua keadaan," tambah Fadillah yang tiba di sini bersama delegasinya kelmarin.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 10 2023
![Isu industri media dalam keadaan tidak berapa baik - Presiden Jokowi Isu industri media dalam keadaan tidak berapa baik - Presiden Jokowi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670586676_jokowi.jpg)
Presiden Indonesia Joko Widodo menzahirkan keprihatinannya terhadap isu industri media pada masa ini yang dilihatnya "sedang tidak baik-baik sahaja" (dalam keadaan tidak baik). - Gambar fail/Twitter/Jokowi
!['Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha 'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737583420_TBzaliha.jpg)
'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha
Inisiatif 'Barber Komuniti' akan diperluas ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
![Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738772325_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
![Usah bimbang terhadap AI - Wartawan veteran Usah bimbang terhadap AI - Wartawan veteran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736350888_DatukYongSooHeong.jpg)
Usah bimbang terhadap AI - Wartawan veteran
AI perlu dianggap sebagai rakan yang membantu individu dalam industri ini untuk menjadi wartawan, penulis dan penyampai yang lebih baik.
![Industri media perlu tingkat kemahiran, terima kehadiran teknologi AI Industri media perlu tingkat kemahiran, terima kehadiran teknologi AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716182713_Ashwad.jpg)
Industri media perlu tingkat kemahiran, terima kehadiran teknologi AI
Kecerdasan buatan (AI) dilihat mampu memperkasakan kandungan berita secara lebih kreatif dan menarik, khususnya penyampaian berita di media sosial.
![Industri media pada titik peralihan ke teknologi AI Industri media pada titik peralihan ke teknologi AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683555136_ChatGPTlogoAIArt.jpg)
Industri media pada titik peralihan ke teknologi AI
Maiden berkata, AI berkemungkinan meningkatkan pemikiran kreatif wartawan dalam penemuan sudut dan cerita di luar kelaziman.
![HAWANA: Pengumuman penting Anwar dinanti pengamal media HAWANA: Pengumuman penting Anwar dinanti pengamal media](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51682398881_AnwarIbrahim.jpg)
HAWANA: "Pengumuman penting" Anwar dinanti pengamal media
Perdana Menteri akan membuat beberapa pengumuman penting berkenaan hala tuju industri media petang ini.
![Masih kurang wanita pegang jawatan kanan editorial di Malaysia Masih kurang wanita pegang jawatan kanan editorial di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71613208170_WorkFromHome.jpg)
Masih kurang wanita pegang jawatan kanan editorial di Malaysia
Hanya 22 peratus daripada 180 editor kanan di 240 pertubuhan berita di seluruh dunia, terdiri daripada wanita.
![Isu industri media dalam keadaan tidak berapa baik - Presiden Jokowi Isu industri media dalam keadaan tidak berapa baik - Presiden Jokowi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670586676_jokowi.jpg)
Isu industri media dalam keadaan tidak berapa baik - Presiden Jokowi
Presiden Indonesia Joko Widodo menzahirkan keprihatinannya terhadap isu industri media pada masa ini yang dilihatnya "sedang tidak baik-baik sahaja" (dalam keadaan tidak baik).
![Sambutan HAWANA pengiktirafan Malaysia buat golongan wartawan Sambutan HAWANA pengiktirafan Malaysia buat golongan wartawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61653803330_TBHAWANA.jpg)
Sambutan HAWANA pengiktirafan Malaysia buat golongan wartawan
Bertemakan "Suara Jelata, Aspirasi Negara", acara itu dilihat sebagai perhimpunan terbesar wartawan dan pengamal media di negara ini.
![Astro lantik Euan Smith sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TV Astro lantik Euan Smith sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/71581473754_PhotoofEuanSmith.jpg)
Astro lantik Euan Smith sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TV
Pelantikan tersebut adalah sebahagian daripada pelan transformasi perniagaan dan sumber manusia, dengan mengambil kira perubahan dalam industri media dan hiburan semasa.
![Penggunaan bahasa penentu berita yang disampaikan? Penggunaan bahasa penentu berita yang disampaikan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/61574431867_FestivalSastera.jpg)
Penggunaan bahasa penentu berita yang disampaikan?
Industri media perlu mula melihat peranannya sebagai satu institusi dalam membangunkan negara dan mendidik masyarakat dan bukan hanya satu perniagaan semata-mata.
![COMMA 2017: Jangan bergantung kepada teknologi semata-mata - GCCCO Astro COMMA 2017: Jangan bergantung kepada teknologi semata-mata - GCCCO Astro](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/51510647827_HenryTan.jpg)
COMMA 2017: Jangan bergantung kepada teknologi semata-mata - GCCCO Astro
Bagi menghadapi gangguan digital serta Revolusi Industri 4.0, kecanggihan teknologi harus dijadikan sebagai pelengkap terutamanya dalam memahami dan memenuhi kehendak pengguna.