KESATUAN Eropah (EU) pada Jumaat memberi amaran kepada Rusia, negara itu akan menerima akibat jika menyerang Ukraine.
Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen pada sidang akhbar bersama Olaf Scholz berkata, Rusia berdepan risiko yang tinggi sekiranya bertindak agresif.
Pada masa sama, Canselor baru Jerman itu menggesa rundingan diadakan bagi menyelesaikan ketegangan selepas Moscow dilihat mengumpulkan tenteranya di sempadan.
Ukraine menuduh Rusia bersiap sedia dengan kemungkinan melancarkan serangan tentera berskala besar.
Kremlin bagaimanapun menafikan tuduhan itu.
Von der Leyen berkata, EU tidak akan membincangkan secara terbuka sebarang "sekatan dan langkah lain merentasi sektor ekonomi dan kewangan" yang akan diambil oleh blok itu terhadap Moscow sekiranya berlaku pencerobohan.
"Kami mahu jalinkan hubungan baik dengan Rusia, tetapi ia bergantung kepada sikap Rusia," katanya.
Rusia menunjukkan ancaman terbuka terhadap jirannya, Ukraine, dan ini menjejaskan keselamatan Eropah.
Terdahulu, dalam lawatannya ke Perancis, Scholz mendesak agar perbincangan "format Norman" dihidupkan semula antara Jerman, Perancis, Rusia dan Ukraine untuk menyelesaikan krisis itu.
"Kami amat bimbang berhubung angkatan tentera yang kami lihat di sepanjang sempadan Ukraine.
"Itulah sebabnya penting untuk Eropah bersikap tegas dalam hal ini dan menunjukkan dengan jelas bahawa sempadan Eropah tidak boleh dicabul," kata Scholz pada sidang media kemudiannya bersama Charles Michel, presiden Majlis Eropah EU.
Astro Awani
Sat Dec 11 2021

Olaf Scholz (kiri) dan Ursula von der Leyen ketika hadir satu sidang media di Brussels, Belgium, 10 Dis, 2021. (Foto AP)

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.
Kastam Perak bongkar taktik simpan rokok seludup di kubur
Meletakkan lori berisi kontraban di kawasan sunyi, termasuk tanah perkuburan. Satu taktik yang unik, namun Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak berjaya membongkar kegiatan sindiket penyeludupan itu selepas menangkap dua lelaki dalam serbuan pada 21 Januari lalu.

Imigresen nafi dakwaan dera di depot tahanan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan dakwaan berlakunya kejadian dera di depot tahanan jabatan terbabit di Selangor, seperti yang tular di media sosial hari ini.
JAS pasang alat ukur kualiti udara, kebakaran kilang karpet
JAS Negeri Sembilan memasang alat pengukur kualiti udara bagi memantau tahap kualiti udara di kawasan kebakaran kilang karpet di Nilai 3.
Pemukiman Jemaah Menteri tahun 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa prestasi sebahagian menteri Kabinet belum sempurna dan masih ada ruang untuk penambahbaikan.
Untuk mengetahui perkembangan lanjut terus bersama Umavathi Ramayah yang berada di lokasi Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan Madani tahun 2025.
Untuk mengetahui perkembangan lanjut terus bersama Umavathi Ramayah yang berada di lokasi Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan Madani tahun 2025.

Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.

Tarif AS ke atas keluli, aluminium cetus tentangan hebat di seluruh Eropah
Keputusan Donald Trump untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas import keluli dan aluminium yang memasuki negara itu, telah mencetuskan tentangan hebat di seluruh Eropah, lapor Xinhua.

EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine
Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) membelanjakan sejumlah EUR134 bilion (US$138.8 bilion) bagi menyokong serta membekalkan senjata kepada Ukraine.

EU digesa larang semua urus niaga dengan penempatan haram Israel
Lebih 150 organisasi hak asasi manusia, kesatuan pekerja dan kumpulan masyarakat sivil menggesa EU untuk mengharamkan perdagangan dengan penempatan Israel di Wilayah Palestin yang Diduduki.

Suruhanjaya Eropah suarakan kebimbangan terhadap sekatan AS ke atas eksport cip AI
Sekatan ini dilihat tidak selaras dengan kepentingan ekonomi dan keselamatan AS.

Undang-undang pengecas EU berkuatkuasa hari ini
Peraturan baharu ini menetapkan penyambung USB-C yang digunakan oleh peranti berasaskan android sebagai piawaian di EU.

Borrell gesa tekanan global ke atas Israel untuk gencatan senjata dengan Hezbollah
Menurut Borrell, tiada sebab untuk Israel menolak perjanjian semasa yang sedang dipertimbangkan, yang memberi semua jaminan keselamatan yang diperlukan.

EU terkejut dengan serangan udara terbaharu Israel di selatan, timur Lubnan
Pesawat tempur Israel pada awal pagi Khamis melancarkan beberapa siri serangan udara di seluruh Lubnan.

Ahli Parlimen EU protes terhadap Israel di sesi Parlimen dengan kod QR di baju
Della Valle kesal tindakan Israel menyerang pasukan UNIFIL tidak dikutuk oleh Kesatuan Eropah (EU).

Brussels umum undang-undang baharu usir migran tanpa hak untuk tinggal
"Dasar imigresen EU hanya boleh mampan jika mereka yang tidak mempunyai hak untuk tinggal di EU dikembalikan dengan berkesan."

Berdepan bantahan keras, EU tangguh peraturan penebangan hutan
Tindakan itu mencetuskan bantahan serta-merta daripada kumpulan alam sekitar yang memuji undang-undang itu sebagai satu kejayaan besar.