Seorang lelaki di Indonesia sanggup berjalan kaki secara mengundur sejauh 700 kilometer (km) dari rumahnya di Jawa Timur ke ibu negara dalam usahanya untuk menyelamatkan hutan di negara itu.
Medi Bostani, 43, memulakan perjalanan pada pertengahan Julai lalu dan menyasarkan untuk tiba di Jakarta pada 16 Ogos, sehari sebelum ulang tahun kemerdekaan Asia Tenggara.
Setiap hari, Medi berjalan mengundur 20 hingga 30 km di bawah terik matahari dengan bantuan cermin sisi yang diletakkan pada beg sandangnya bagi mengelakkan dia daripada terlanggar sebarang objek.
“Sudah tentu saya penat tetapi saya sanggup melakukannya untuk generasi akan datang.
“Rumah saya kini semakin gondol. Semua pokok telah ditebang. Jadi, saya perlu lakukan sesuatu,” katanya.
Menurutnya, berjalan mengundur merupakan isyarat kepada penduduk Indonesia untuk mengenang kembali masa lalu dan mengingati bagaimana wira negara berjuang untuk kebaikan negara.
Difahamkan, Medi mendapat sorakan gemuruh di sepanjang perjalanannya. Malah, ada juga penduduk setempat menawarkan makanan atau tempat untuk bermalam.
Setibanya di Jakarta, bapa kepada empat anak itu berhasrat untuk bertemu Presiden Joko Widodo bagi menekankan tentang penebangan hutan yang berleluasa di seluruh kepulauan Jawa Timur termasuk rumahnya di Gunung Wilis, sebuah kawasan gunung berapi tidak aktif.
Berdasarkan laporan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Greenpeace, Indonesia adalah salah satu negara yang mempunyai kadar pembasmian hutan paling tinggi di dunia. - Agensi
Sinar Harian
Tue Aug 06 2019
Medi berjalan mengundur 20 hingga 30 km sehari untuk menyelamatkan hutan di tempat tinggalnya. - Foto Sinar Harian/Agensi
5 fakta penting perjanjian gencatan senjata Gaza-Israel
Berikut adalah lima fakta utama tentang perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas.
Gencatan senjata bukan tamatkan usaha cari keadilan - CENTHRA
Ini kerana sejarah telah berulang kali menunjukkan bahawa Israel melanggar perjanjian gencatan senjata tanpa sebarang tindakan balas.
AWANI Ringkas: Pertemuan Anwar-Starmer
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANIRingkas 16 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 16 Januari 2025
1️⃣ Pertemuan Anwar-Starmer
2️⃣ Ingatan kepada rakyat di Sabah, Sarawak
3️⃣ Gencatan senjata Israel-Hamas dimeterai
#awaniringkas
1️⃣ Pertemuan Anwar-Starmer
2️⃣ Ingatan kepada rakyat di Sabah, Sarawak
3️⃣ Gencatan senjata Israel-Hamas dimeterai
#awaniringkas
JPJ Melaka keluar 275 notis babit pelbagai kesalahan
JPJ Melaka mengeluarkan 275 notis atas pelbagai kesalahan dilakukan pengguna jalan raya pada Operasi Bersepadu Khas di Batu Berendam.
Ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga tengah hari ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari, hari ini.
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar AS, di tengah-tengah sentimen memberangsangkan.
Protecting Financial Consumers: The role of fair contracts
Are financial contracts truly fair to consumers? Dr. Ong Tze Chin, Senior lecturer in the Faculty of Law, Universiti Malaya walks us through the regulatory landscape in Malaysia, the necessity of these laws, and real-life examples of unfair terms in practice.
Tawaran ambil alih MAHB dilanjutkan sehingga 24 Januari
Konsortium Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) yang diterajui Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melanjutkan tarikh akhir penerimaan tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) selama seminggu.
Mesyuarat jawatankuasa kerja ASEAN+3 gariskan keutamaan ekonomi utama ASEAN 2025
Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 menetapkan Keutamaan Ekonomi Utama (PEDs) bagi ASEAN 2025, antaranya peningkatan akses kepada pembiayaan peralihan mampan dan adil terhadap iklim, kata Kementerian Kewangan.
Warga emas 76 tahun sanggup berjalan kaki 3 kilometer untuk terima vaksin
Akibat motosikal rosak dan tidak mahu menangguhkan suntikan vaksin COVID-19, seorang warga emas sanggup berjalan kaki kira-kira tiga kilometer dari rumahnya di Kampung Pasir Hor.
Lebih 100 sukarelawan jayakan pendakian amal
Lebih 100 sukarelawan berjalan kaki sejauh 10 kilometer selama lebih enam jam bagi menyerahkan barangan keperluan, kepada para pelajar SK Longkogungan, sebuah sekolah pedalaman.
Wanita 73 tahun ini berjalan kaki 4km setiap hari sejak 14 tahun demi 'misi' khas
Umadevi akan ke perpustakaan pada setiap jam 3 petang untuk memilih buku-buku yang ada untuk disampaikan kepada orang ramai.
Jalan mengundur demi selamatkan hutan
Menurut Medi, berjalan mengundur merupakan isyarat kepada penduduk Indonesia untuk mengenang kembali masa lalu dan mengingati bagaimana wira negara berjuang untuk kebaikan negara.
Warga emas maut dilanggar ketika ke masjid
Seorang warga emas maut dlanggar oleh sebuah motosikal ketika sedang berjalan kaki ke masjid untuk solat Subuh di Felda Keratong Tiga, di sini hari ini.