JAMES CAMERON yang juga pengarah filem Titanic tidak ketinggalan terkesan dengan berita kehilangan kapal selam Titan di Laut Atlantik sehingga mengorbankan nyawa lima penumpang.
Sutradara yang pernah menyentuh emosi sejumlah besar pencinta filem di seluruh dunia menerusi naskhah mega itu pada 1997 berkata kepada agensi berita BBC, kehilangan Titan dirasakan beliau sehingga ke tulangnya.
Masakan tidak perasaan tersebut menyelubungi Cameron kerana ketika mahu merealisasikan filem box-office itu, beliau telah melakukan 33 kali selaman ke lokasi Titanic karam.
Ahad lalu Cameron berada di sebuah kapal ketika Titan dilaporkan gagal dikesan dan sejak dari detik itu, beliau langsung tidak mendengar khabar terbaharu berhubung kejadian itu sehinggalah keesokan harinya tersiar berita di media massa.
Sebaik mengetahui kapal selam itu kehilangan sistem pemanduan dan komunikasi secara serentak, beliau serta-merta menduga terjadinya bencana.
"Saya dapat merasakan hingga ke dalam tulang apa yang telah berlaku. Kegagalan sistem elektronik dan komunikasi dan pengesan jejaknya gagal serentak - kapal selam itu hilang."
Tidak menunggu lama, Cameron segera menghubungi beberapa kenalannya yang juga pakar dalam komuniti kapal selam dan laut dalam bagi mendapatkan pandangan.
“Dalam tempoh masa sekitar sejam saya memperoleh fakta-fakta berikut. Mereka (kapal selam Titan) sedang turun. Mereka berada di kedalaman 3,500 meter dan menuju ke dasar pada kedalaman 3,800 meter.
"Komunikasi mereka terputus dan navigasi hilang… dan saya segera berkata, anda tidak boleh kehilangan komunikasi dan navigasi secara serentak tanpa bencana yang dahsyat atau peristiwa bencana yang sangat energetik. Dan yang pertama terlintas dalam fikiran saya ketika itu ialah letupan," ujar beliau lagi.
Pada Khamis, seorang pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat memberitahu CBS News, pasukan keselamatan itu mengesan berlaku sesuatu yang aneh sebaik Titan terputus hubungan dengan pusat kawalan.
Cameron juga memberitahu BBC News pada minggu lepas: "Terasa seperti sandiwara yang berpanjangan dan menakutkan apabila orang ramai berbicara mengenai bunyi bising dan berbincang mengenai oksigen dan perkara-perkara lain".
"Saya tahu bahawa kapal selam itu berada tepat di bawah kedalaman dan posisi terakhir yang diketahui. Di situ Itulah di mana mereka menemukannya," katanya.
Ujar Cameron, sebaik jentera kawalan jauh dihantar untuk mengesan Titan pada hari Khamis, anggota pencari sudah ‘menemukannya dalam masa beberapa jam atau mungkin dalam masa beberapa minit'.
Agensi
Fri Jun 23 2023
![James Cameron terkesan tragedi kapal selam Titan James Cameron terkesan tragedi kapal selam Titan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687485824_JamesCameron.jpg)
James Cameron (gambar kecil) terkesan dengan berita kehilangan kapal selam Titan di Laut Atlantik sehingga mengorbankan nyawa lima penumpang.
![MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739654077_TBAmirHamzah.jpg)
MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
![YouTuber terkaya dunia, Mr Beast dakwa diajak naik kapal selam Titan YouTuber terkaya dunia, Mr Beast dakwa diajak naik kapal selam Titan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71687768099_TBMRBEASTTITANIC.jpg)
YouTuber terkaya dunia, Mr Beast dakwa diajak naik kapal selam Titan
YouTuber terkaya dunia, Mr Beast mendakwa sempat dijemput menjadi tetamu yang ikut melakukan ekspedisi tersebut, awal bulan ini.
![Pencarian Titan: Pengawal pantai AS 'ambil langkah berjaga-jaga' jika mayat ditemukan Pencarian Titan: Pengawal pantai AS 'ambil langkah berjaga-jaga' jika mayat ditemukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51687760663_Titan.jpg)
Pencarian Titan: Pengawal pantai AS 'ambil langkah berjaga-jaga' jika mayat ditemukan
Penyiasat letupan kapal selam Titan "mengambil semua langkah berjaga-jaga" sekiranya mereka menemukan mayat di dasar laut.
![Tragedi Titan: Pengawal Pantai Amerika siasat punca kapal selam meletup Tragedi Titan: Pengawal Pantai Amerika siasat punca kapal selam meletup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687470522_FiveOceanExplorers.jpg)
Tragedi Titan: Pengawal Pantai Amerika siasat punca kapal selam meletup
Siasatan menyeluruh dilakukan bagi merungkai persoalan mengenai ketiadaan peraturan berhubung ekspedisi Titan ke lokasi bangkai Titanic.
![Kanada dan AS siasat insiden kapal selam Titan Kanada dan AS siasat insiden kapal selam Titan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687472297_TheTitan.jpg)
Kanada dan AS siasat insiden kapal selam Titan
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan AS menyatakan bahawa Pengawal Pantai AS akan memimpin siasatan mengenai insiden kapal selam itu.
![James Cameron terkesan tragedi kapal selam Titan James Cameron terkesan tragedi kapal selam Titan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687485824_JamesCameron.jpg)
James Cameron terkesan tragedi kapal selam Titan
Pengarah filem Titanic berkata, kehilangan Titan dirasakan sehingga ke tulangnya.
![Kapal induk Titan dakwa operasinya 'sangat selamat' Kapal induk Titan dakwa operasinya 'sangat selamat'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51687325207_TBTheTitansubmersi.jpg)
Kapal induk Titan dakwa operasinya 'sangat selamat'
Jurucakap kapal induk kepada kapal selam Titan yang kini hilang di luar pantai Kanada mempertahankan OceanGate dengan mendakwa syarikat itu menjalankan "operasi yang sangat selamat".