KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyambut baik keputusan kabinet hari ini yang mempersetujui dua syor PAC berhubung projek perolehan kapal tempur pesisir (LCS), namun menyarankan supaya laporan pengauditan forensik projek itu dinyahklasifikasikan sepenuhnya.
Pengerusinya Wong Kah Woh dalam satu kenyataan hari ini berharap usaha tersebut dilakukan sepenuhnya dan tiada maklumat dihitamkan seperti yang berlaku dalam Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berkaitan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
“PAC ingin mengingatkan kerajaan dan menegaskan keputusan untuk menyahklasifikan laporan berkenaan perlu dilakukan sepenuhnya, bukan seperti yang berlaku terhadap Laporan JKSTUPKK berkaitan projek AES yang mana banyak maklumat telah dihitamkan dengan alasan menjaga kepentingan kerajaan,” kata Kah Woh.
Terdahulu, PAC mendapati penyumberluaran projek ASES kepada syarikat-syarikat swasta bagi penguatkuasaan trafik adalah tidak wajar dan projek tersebut sepatutnya dilakukan oleh JPJ sendiri.
Pada Ogos lalu, Kah Woh berkata, jawatankuasa itu kesal kerana laporan berkaitan AES diletakkan sebagai ‘Rahsia Besar’ dan tidak dinyahklasifikasikan sepenuhnya, dengan beberapa maklumat dan nama dalam laporan itu telah dihitamkan.
Beliau bagaimanapun menyifatkan keputusan Kabinet berhubung laporan LCS sebagai bukti bahawa cabang legislatif mampu memainkan fungsinya untuk semak dan imbang terhadap cabang eksekutif dalam suatu sistem demokrasi Parlimen yang sihat.
“Keputusan kabinet ini yang proaktif terhadap syor yang dikemukakan PAC membuktikan pentingnya usaha yang dilakukan jawatankuasa ini bagi memastikan segala tatacara dan perolehan kewangan kerajaan dipatuhi demi kepentingan rakyat dan negara,” ujarnya.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu mengumumkan bahawa jemaah menteri bersetuju supaya laporan pengauditan forensik projek LCS yang dijalankan pada tahun 2019 dinyahklasifikasikan.
Bagaimanapun, katanya, proses itu perlu mendapat nasihat dan pandangan Peguam Negara dan Ketua Audit Negara terlebih dahulu.
Nailah Huda
Wed Aug 10 2022
![Jangan hitamkan maklumat dalam laporan audit LCS - PAC Jangan hitamkan maklumat dalam laporan audit LCS - PAC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81659345163_PengerusiJawatankua.jpg)
Pengerusi PAC Wong Kah Woh berharap usaha menyahklasifikasikan dilakukan sepenuhnya dan tiada maklumat dihitamkan seperti yang berlaku dalam laporan berkaitan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).
![Scomi Energy dinyah senarai dari Bursa Malaysia pada 12 Feb kerana gagal kemuka pelan regularisasi Scomi Energy dinyah senarai dari Bursa Malaysia pada 12 Feb kerana gagal kemuka pelan regularisasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738893978_TBscomi.jpg)
Scomi Energy dinyah senarai dari Bursa Malaysia pada 12 Feb kerana gagal kemuka pelan regularisasi
Bursa Securities tolak permohonan Scomi Energy untuk lanjutan masa bagi mengemukakan pelan regularisasi dan mengekalkan tarikh akhir 31 Jan 2025.
Grab x GoTo: Gabungan Strategik atau Risiko Tinggi?
Penggabungan Grab dan GoTo dijangka mengubah landskap superapp di ASEAN. Adakah ini langkah strategik untuk keuntungan mampan atau sekadar usaha bertahan? Kupas cabaran, peluang, serta impaknya terhadap pengguna, pelabur, dan ekosistem digital serantau.
![Senarai muktamad peluasan skop, semakan kadar SST diwarta suku pertama 2025 - MOF Senarai muktamad peluasan skop, semakan kadar SST diwarta suku pertama 2025 - MOF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707719807_SST.jpg)
Senarai muktamad peluasan skop, semakan kadar SST diwarta suku pertama 2025 - MOF
Kerajaan sedang giat mengadakan sesi libat urus dengan kementerian dan pihak industri bagi memuktamadkan skop dan kadar cukai yang terlibat.
Masa depan sistem kesihatan Malaysia: Dari polisi ke transformasi
Kesihatan bukan sekadar rawatan, ia tentang inovasi, polisi yang kukuh, dan akses untuk semua. Future Healthcare Asia 2025 akan menghubungkan pemimpin kesihatan untuk membincangkan cabaran terbesar dalam sektor ini, daripada kekurangan tenaga kerja hingga kepada integrasi teknologi dalam sistem perubatan. Sertai perbincangan untuk mengetahui lebih lanjut bersama Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Galen Centre for Health and Social Policy, Azrul Mohd Khalib.
Grab dan GoTo percepat perbincangan penggabungan bagi atasi kerugian
Grab Holdings Ltd dan GoTo Group mempercepatkan perbincangan penggabungan dan mensasarkan untuk memeterai perjanjian tahun ini juga, bagi mengatasi kerugian yang berlarutan dalam pasaran Internet yang sangat sengit di Asia Tenggara.
![Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738891696_SultanIbrahimSulta.jpg)
Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.
Malaysia Berpotensi Jadi Hab Semikonduktor Global
Menurut Pengarah & Penganalisis, Research Institute for Indonesia, Thailand and Singapore (ITS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Md Shukri Shuib.. ini kerana industri semikonduktor di negara ini berjaya menunjukkan kemajuan yang pesat sehingga mampu mengatasi negara Taiwan.
![Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735562009_ringgitduit.jpg)
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4230/4375 berbanding dolar AS daripada 4.4320/4385 semasa ditutup pada Khamis.
![Permohonan UPU sesi 2025/2026 dibuka 10 Feb - KPT Permohonan UPU sesi 2025/2026 dibuka 10 Feb - KPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695453945_PelajarUniversiti.jpg)
Permohonan UPU sesi 2025/2026 dibuka 10 Feb - KPT
Permohonan kemasukan pelajar bagi Sesi Akademik 2025/2026 melalui UPUOnline dibuka mulai 10 Februari hingga 14 Mac 2025 untuk Fasa Pertama.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [7 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong
- KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina
- Polis Indonesia sahkan pempengaruh Malaysia buat cerita palsu
- Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong
- KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina
- Polis Indonesia sahkan pempengaruh Malaysia buat cerita palsu
![Kelewatan pembinaan tidak jejas keupayaan LCS - Mohamad Kelewatan pembinaan tidak jejas keupayaan LCS - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61677103141_TBTOKMAT.jpg)
Kelewatan pembinaan tidak jejas keupayaan LCS - Mohamad
Mohamad Hasan berkata enjin diesel LCS yang diperoleh daripada MTU Services dari Jerman itu sentiasa diuji dan berada dalam keadaan baik tanpa sebarang masalah.
![Siasatan LCS mesti diteruskan, pendakwaan sebelum ini tidak cukup - Anwar Siasatan LCS mesti diteruskan, pendakwaan sebelum ini tidak cukup - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51678774228_AnwarIbrahim.jpg)
Siasatan LCS mesti diteruskan, pendakwaan sebelum ini tidak cukup - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan siasatan berhubung isu pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) mesti diteruskan.
![22 bulan apa mereka buat mengenai LCS? - Hishammuddin soal pembangkang 22 bulan apa mereka buat mengenai LCS? - Hishammuddin soal pembangkang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81666781515_HISHAMMUDDIN.jpg)
"22 bulan apa mereka buat mengenai LCS?" - Hishammuddin soal pembangkang
Cubaan pembangkang jadikan isu LCS sebagai bahan kebencian rakyat terhadap kerajaan tidak menjadi, tegas Menteri Pertahanan.
![Naval Group setuju teruskan rundingan harga LCS - Mindef Naval Group setuju teruskan rundingan harga LCS - Mindef](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81661189587_TLDM.jpg)
Naval Group setuju teruskan rundingan harga LCS - Mindef
Syarikat yang mereka bentuk Kapal Tempur Pesisir (LCS) untuk TLDM, Naval Group bersetuju meneruskan rundingan dengan Boustead Naval Shipyard berhubung harga kapal berkenaan.
![Kertas siasatan LCS lengkap, saran Jabatan Peguam Negara tuduh beberapa individu - SPRM Kertas siasatan LCS lengkap, saran Jabatan Peguam Negara tuduh beberapa individu - SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51606727348_TLDM.jpg)
Kertas siasatan LCS lengkap, saran Jabatan Peguam Negara tuduh beberapa individu - SPRM
SPRM berkata kertas siasatan berkenaan projek LCS telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
![Isu LCS: Mindef sambut baik keputusan Kabinet, jamin tiada apa hendak disembunyikan - Hishammuddin Isu LCS: Mindef sambut baik keputusan Kabinet, jamin tiada apa hendak disembunyikan - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81655497446_TBHishamudin.jpg)
Isu LCS: Mindef sambut baik keputusan Kabinet, jamin tiada apa hendak disembunyikan - Hishammuddin
Hishammuddin berkata, beliau dan Mindef akan lakukan apa sahaja bagi memastikan isu tersebut dapat diselesaikan.
![Isu LCS: Pelancaran, penamaan kapal belum siap adalah tradisi TLDM - Ahmad Kamarulzaman Isu LCS: Pelancaran, penamaan kapal belum siap adalah tradisi TLDM - Ahmad Kamarulzaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-04/61461556246_PanglimaTLDM.jpg)
Isu LCS: Pelancaran, penamaan kapal belum siap adalah tradisi TLDM - Ahmad Kamarulzaman
Ahmad Kamarulzaman berkata, penting untuk fakta sebenar didedahkan supaya orang awam tidak terus terkeliru dengan tindakan populis dan politiking.
![Projek perolehan LCS akan lalui proses telus - Hishammuddin Projek perolehan LCS akan lalui proses telus - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/71650462036_DatukSeriHishammud.jpg)
Projek perolehan LCS akan lalui proses telus - Hishammuddin
Kementerian Pertahanan memberi jaminan bahawa projek perolehan Kapal Tempur Pesisir (LCS) untuk memperkemas aset angkatan laut negara akan melalui proses yang telus.
![Boustead catat untung lebih RM1 bilion Boustead catat untung lebih RM1 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/71519804782_BousteadHoldings.jpg)
Boustead catat untung lebih RM1 bilion
Boustead raih Untung Sebelum Cukai (PBT) tertinggi berjumlah RM1.1 bil bagi tahun kewangan 2017