BRUSSELS: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menggesa gencatan senjata di Gaza.
Guterres menggesa gencatan senjata di Gaza selain perang di Ukraine mengikut undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan dan berkata tidak sepatutnya ada "pilih kasih" berhubung kedua-dua konflik itu.
Beliau bercakap demikian ketika tiba untuk bertemu pemimpin Kesatuan Eeropah (EU) di Brussels, sambil menyatakan jumlah korban awam dalam konflik di Gaza itu "belum pernah terjadi" sejak beliau memegang jawatan.
"Adalah penting untuk menuntut keamanan bagi Ukraine. Tetapi keamanan sepenuhnya selaras dengan prinsip yang bermaksud keamanan menghormati piagam (PBB), undang-undang antarabangsa dan integriti wilayah dan kedaulatan Ukraine.
"Itulah sebab mengapa kami percaya atas sebab yang sama bahawa kami memerlukan gencatan senjata di Gaza kerana kami mengutuk serangan pengganas pada 7 Oktober, sambil kami mengutuk semua pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Hamas, kami juga mengutuk sejumlah korban awam di Gaza yang tidak pernah berlaku sebelum ini pada zaman saya sebagai Setiausaha Agung.
"Kita mesti berpegang pada prinsip di Ukraine dan juga di Gaza, tanpa pilih kasih," katanya.
Kritikan antarabangsa telah meningkat ke atas Israel atas sebab jumlah kematian perang, krisis kebuluran di Gaza dan dakwaan menyekat penghantaran bantuan ke kawasan tersebut.
Lebih 31,988 rakyat Palestin terbunuh dan 74,188 cedera dalam serangan tentera Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober.
Menurut Kementerian Kesihatan, kebanyakan yang terbunuh adalah wanita dan kanak-kanak.
Astro Awani
Fri Mar 22 2024
Guterres menggesa gencatan senjata di Gaza selain perang di Ukraine mengikut undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan. - Foto REUTERS
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025.
630 trak bantuan kemanusian masuk Gaza - PBB
Trak-trak tersebut memasuki Gaza pada hari pertama perjanjian gencatan senjata antara Israel dan pasukan pejuang Palestin, Hamas.
Presiden Lubnan tegaskan komitmen Guterres terhadap pengunduran Israel mengikut tarikh akhir
Pendirian Lubnan bahawa pengunduran pasukan Israel dari wilayah yang diduduki di selatan negara itu mesti dilaksanakan seperti dipersetujui pada 27 Nov.
Ketua UN kecam pembunuhan 3 kakitangan WFP di Sudan
Guterres mengutuk sekeras-kerasnya semua serangan ke atas kakitangan dan kemudahan PBB serta bantuan kemanusiaan.
Ketua PBB 'sangat bimbang' dengan serangan udara Israel yang berulang di Syria
Antonio Guterres mengecam sekeras-kerasnya "pelanggaran besar-besaran terhadap kedaulatan dan keutuhan wilayah Syria baru-baru ini,".
Ketua PBB seru gencatan senjata segera di Gaza
PBB akan terus berdiri bersama rakyat Palestin dan hak mereka yang tidak dapat dinafikan untuk hidup dengan aman, selamat dan bermaruah.
PBB desak tindakan segera tangani krisis iklim untuk lindungi negara pulau kecil
Antnio Guterres, menggesa dunia untuk meningkatkan pembiayaan bagi Dana Kerugian dan Kerosakan yang ditubuhkan bagi membantu negara-negara pulau kecil terjejas akibat perubahan iklim.
Masa kian suntuk dalam perjuangan menentang perubahan iklim - Ketua PBB
Guterres memberi amaran kepada para pemimpin dunia bahawa masa semakin suntuk dalam perjuangan menentang perubahan iklim.
Sistem amaran awal penting ketika dunia sambut Hari Kesedaran Tsunami
Ini amat penting kerana bencana terkini seperti banjir yang dahsyat di Sepanyol menunjukkan impak yang semakin besar akibat cuaca ekstrem.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tiada alternatif kepada UNRWA - Guterres
Antonio Guterres menyifatkan pelaksanaan undang-undang yang melarang UNRWA daripada beroperasi di wilayah itu boleh membawa kesan buruk terhadap pelarian Palestin dan ini tidak dapat diterima.