SEORANG ahli silap mata yang memang popular dengan aksi berbahaya, Limbad mengalami detik cemas selepas janggutnya terbakar sewaktu dia sedang melakukan persembahan di Madiun, Jawa Timur, Indonesia.
Janggut, yang memang menjadi salah satu identiti Limbad yang juga seorang pelakon itu, terbakar sewaktu ahli silap mata tersebut membuat aksi sembur api.
Video api menyambar janggut Limbad telah menjadi viral di media sosial, lapor Detik.com.
Ia memperlihatkan Limbad membuat aksi berbahaya tersebut tanpa memakai baju dan hanya mengenakan seluar panjang hitam melakukan aksi sembur api di depan penonton.
Sewaktu pembantu sedang menghulur obor, api tiba-tiba menyambar wajah dan janggutnya. Limbad malah dilihat berusaha memadamkan api yang marak.
Ekoran insiden tersebut, pemenang Master Magician dalam acara The Master yang ditayangkan di stesen RCTI tidak lama dulu dikejarkan ke dua buah hospital.
Ahli silap mata berusia 51 tahun tersebut kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan kecil selepas sebahagian janggutnya terbakar dan mengalami kecederaan pada bahagian dagu. - Gempak
Gempak
Wed Sep 06 2023

Ahli silap mata berusia 51 tahun tersebut kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan kecil. - Gempak
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.
UK akan umum pakej sekatan baharu, terbesar ke atas Rusia
Kerajaan Britain akan mengumumkan pakej sekatan baharu bagi terus menekan Rusia sempena tahun ketiga pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.
Fokus angkat martabat negara, bukan jatuhkan sesiapa - PM
Kata Anwar, peluang bulan Ramadan yang bakal tiba perlu digunakan dengan majlis ilmu untuk memperkasa individu dan masyarakat, dan bukannya diisi dengan tohmahan dan fitnah untuk menjatuhkan mana-mana pihak.
SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan dengan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu.
Waspada Akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Menurut Royal Press Office, akaun-akaun palsu tersebut sering digunakan oleh “scammers” untuk tujuan penipuan di laman Facebook dan platform media sosial lain.

Janggut ahli silap mata terbakar sewaktu buat aksi sembur api
Janggut, yang memang menjadi salah satu identiti Limbad itu, terbakar sewaktu ahli silap mata tersebut membuat aksi sembur api.