SINGAPURA: Penurunan jangka hayat bagi penduduk Singapura dapat disaksikan dari 2020 hingga 2022, berpunca daripada kadar kematian yang lebih tinggi akibat pandemik COVID-19.
Namun begitu, jangka hayat rakyatnya bertambah baik sepanjang dekad lalu berdasarkan laporan "Complete Life Tables for Singapore Resident 2021-2022" yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Singapura (DOS) pada Isnin.
Pada 2022, laporan itu menggariskan jangka hayat semasa kelahiran bagi penduduk Singapura ialah 83.0 tahun, peningkatan 0.9 tahun sepanjang dekad yang lalu, daripada 82.1 tahun pada 2012.
"Bagaimanapun, ia mencatat penurunan sebanyak 0.2 tahun daripada 83.2 tahun pada 2021.
"Berbanding dengan jangka hayat pra-COVID sebanyak 83.7 tahun pada 2019, jangka hayat semasa kelahiran menurun sebanyak 0.7 tahun.
"Begitu juga, jangka hayat pada umur 65 tahun meningkat 0.5 tahun bagi tempoh 10 tahun lalu kepada 20.7 tahun pada 2022, walaupun menurun 0.2 tahun daripada 20.9 tahun pada 2021," menurut laporan itu.
DOS menyatakan bahawa data jangka hayat untuk 2020 hingga 2022 berdasarkan "tanggapan bahawa kadar kematian yang lebih tinggi akibat wabak itu berlaku sepanjang hayat."
Oleh itu, DOS memaklumkan bahawa data itu kemungkinan tidak mewakili jangka hayat individu, jika kadar kematian kembali ke tahap pra-pandemik.
Laporan itu juga menunjukkan bahawa peningkatan jangka hayat sepanjang dekad yang lalu dibuat berdasarkan kategori lelaki dan wanita.
"Jangka hayat lelaki dan wanita semasa lahir masing-masing adalah 80.7 tahun dan 85.2 tahun pada 2022.
"Berbanding dengan 2012, jangka hayat lelaki dan wanita semasa lahir meningkat sebanyak 0.9 tahun sepanjang dekad yang lalu.
"Berbanding tahun sebelumnya, jangka hayat semasa kelahiran bagi lelaki pada 2022 menurun 0.1 tahun daripada 80.8 tahun pada 2021. Bagi wanita, ia menurun 0.3 tahun daripada 85.5 tahun dalam tempoh yang sama," menurut DOS.
Trend yang sama dapat diperhatikan untuk jangka hayat lelaki dan wanita pada usia 65 tahun.
Laporan mengenai "Complete Life Tables for Singapore Resident 2021-2022" boleh didapati menerusi laman sesawang Singstat di https://www.singstat.gov.sg/publications/population/complete-life-table.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 22 2023

Pada 2022, laporan itu menggariskan jangka hayat semasa kelahiran bagi penduduk Singapura ialah 83.0 tahun, peningkatan 0.9 tahun sepanjang dekad yang lalu, daripada 82.1 tahun pada 2012. - Gambar fail/Reuters

Bantuan Wang Ihsan untuk mangsa banjir melalui BSN tahun ini - Ahmad Zahid
NADMA telah berunding dengan Kementerian Kewangan (MOF) mengenai kaedah penyaluran agihan Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa banjir, yang akan dibuat menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) tahun ini.

LKAN: Jumlah bayaran balik PTPTN RM3.553 bilion daripada tunggakan RM10.853 bilion
Jumlah bayaran balik pinjaman PTPTN yang diterima pada 2023 adalah RM3.553 bilion atau 32.7 peratus daripada jumlah tunggakan.

LKAN: Individu bertanggungjawab atas kerugian anak syarikat agensi kerajaan perlu dikena tindakan - MCW
MCW berpendapat tahap ketelusan pelaporan kewangan anak-anak syarikat kerajaan masih pada tahap rendah.

SME Corp belanja melebihi peruntukan diterima - Laporan Audit
SME Corp membelanjakan geran pembangunan melebihi peruntukan yang diterima mengakibatkan geran itu berbaki debit sejumlah RM7.96 juta.
Pantau Agenda Reformasi: RUU Perkhidmatan Parlimen, langkah terbaik reformasi institusi
Sejauh mana pembentangan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 dilihat sebagai langkah berkesan ke arah mereformasi institusi dan penambahbaikan kepada institusi demokrasi seperti parlimen?
Keanggotaan penuh ASEAN mungkin dicapai hujung tahun ini
Timor-Leste mungkin menjadi anggota ASEAN menjelang hujung tahun ini.
PM ke Vietnam esok, pengukuhan ASEAN agenda utama
Perdana Menteri akan menyampaikan ucaptama pada ASEAN Future Forum ke-2 pada Rabu, di mana beliau akan memberikan penekanan terhadap usaha memperkukuhkan ASEAN dalam mendepani beberapa isu penting ketika ini.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.
Sektor angkasa: Malaysia bekerjasama, tak bersaing dengan negara jiran ASEAN
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Mohammad Yusof Apdal memberitahu Dewan Rakyat bahawa Malaysia, sebaliknya bekerjasama dengan negara anggota mengenai kepentingan dan hala tuju sektor tersebut.
Pemukiman menteri ekonomi beri tumpuan cabaran geopolitik
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, ini memandangkan perkara tersebut membawa cabaran besar kepada pertumbuhan ekonomi di rantau ini.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.