BANGKOK: Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn dilaporkan bergegas pulang ke Bangkok untuk berada di sisi anak perempuannya selepas menerima panggilan kecemasan.
Memetik laporan Royal Central, situasi terkini masih belum diketahui bagaimanapun difahamkan Puteri Bajrakitiyabha berusia 44 tahun dilaporkan mengalami masalah kesihatan serius.
Wartawan Keluarga Diraja Thailand, Andrew MacGregor Marshall, berkata Puteri Bajrakitiyabha jatuh sakit ketika berjalan bersama anjingnya manakala Raja Vajiralongkorn terbang pulang tidak lama selepas itu.
"Beberapa sumber diraja mengatakan Puteri Bajrakitiyabha mengalami serangan jantung hari ini ketika berlari bersama anjingnya di taman negara Khao Yai. Bapanya Raja Vajiralongkorn bergegas ke sana dengan helikopter,” kata MacGregor Marshall.
Sejurus kejadian, difahamkan, rawatan awal bantuan pernafasan cuba dilakukan ke atas Bajrakitiyabha selama sejam, sebelum kemudiannya beralih menggunakan alat bantuan pernafasan automatik. Namun, keadaannya tidak menunjukkan sebarang tanda positif.
Dalam pada itu, penduduk di Bangkok dilaporkan melihat tiga helikopter tentera pulang ke ibu negara Thailand dari arah Khao Yai.
Sementara itu, pelbagai spekulasi dan khabar angin mula kedengaran mengenai di media sosial sejak semalam.
Selain daripada media kepercayaan keluarga diraja, berita tentang Bajrakitiyabha belum mendapat liputan meluas di Thailand kerana menghormati institusi diraja.
Rata-rata rakyat Thailand yang mengetahui berita tersebut mendoakan agar Bajrakitiyabha segera sembuh dan berharap tiada khabar dukacita menjadi penutup tahun 2022 ini buat rakyat negara itu.
Agensi
Thu Dec 15 2022
![Jatuh sakit ketika berjalan bersama anjing di taman, puteri Thailand alami 'masalah kesihatan serius' Jatuh sakit ketika berjalan bersama anjing di taman, puteri Thailand alami 'masalah kesihatan serius'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61671082143_PrincessBajrakitiya.jpg)
Puteri Bajrakitiyabha jatuh sakit ketika berjalan bersama anjingnya manakala Raja Vajiralongkorn terbang pulang tidak lama selepas itu. - Foto: Facebook Monarchies Today - Royalty around the world
Menteri Luar ASEAN tegaskan sokongan terhadap hak Palestin
Menteri-menteri Luar ASEAN menegaskan sokongan berterusan terhadap hak rakyat Palestin yang tidak boleh dinafikan, termasuk hak menentukan nasib sendiri serta tanah air mereka.
Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Malaysia selaku pengerusi ASEAN mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai Rakan Dialog ASEAN.
Brazil tidak mahu mula perang dagang dengan Amerika Syarikat
Menteri Hubungan Institusi Brazil, Alexandre Padilha berkata, negaranya sentiasa komited untuk mengukuhkan perdagangan bebas di peringkat global.
Tarif terhadap keluli Mexico tidak munasabah
Menteri Ekonomi Mexico, Marcelo Ebrard berkata, negaranya mengimport lebih banyak keluli dari Amerika Syarikat berbanding mengeksport komoditi itu.
![Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739353845_KementerianPengajia.jpg)
Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT
Program Jom Masuk U 2025 (JMU 2025) bakal memulakan siri jelajah ke 10 zon di seluruh negara bermula pada 22 Feb hingga 18 Mei depan.
Harga minyak mentah menurun susulan lebihan simpanan di AS
Harga komoditi itu turut menerima tekanan menurun akibat kebimbangan mengenai tarif perdagangan yang dilaksanakan pentadbiran Presiden Donald Trump.
Sarawak mesti berkuasa dalam pengagihan sumber minyak dan gas - Abang Jo
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini walaupun kerajaan negeri telah bersetuju untuk mengiktiraf Akta Pembangunan Petroleum Malaysia 1974 yang memberikan kuasa itu kepada Petronas sebelum ini.
Perdagangan Malaysia melonjak 5.5 peratus pada 2024
Perdagangan borong dan runcit negara meningkat kepada RM1.77 trilion tahun lalu, didorong oleh permintaan kukuh, kestabilan persekitaran ekonomi dan aktiviti pelancongan yang meningkat.
Pengambilalihan muktamad, Maswings kini dikenali AirBorneo
Entiti baharu penerbangan Sarawak yang diambil alih daripada Maswings Sdn Bhd akan dikenali sebagai AirBorneo.
Premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bersedia untuk mengadakan sesi pendengaran awam berhubung kenaikan premium insurans kesihatan/takaful, dan caj hospital swasta.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
![Keadaan Puteri Thailand stabil Keadaan Puteri Thailand stabil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61671082143_PrincessBajrakitiya.jpg)
Keadaan Puteri Thailand stabil
Puteri Bajrakitiyabha menerima rawatan untuk "jantung, paru-paru dan buah pinggang".
![Parti Thai Raksa rancang Vote No di pilihan raya Parti Thai Raksa rancang Vote No di pilihan raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/41552018793_thairaksachart.jpg)
Parti Thai Raksa rancang "Vote No" di pilihan raya
Kemenangan yang sudah dilihatkan berada di dalam tangan TRC, musnah selepas Mahkamah Perlembagaan mengutuskan untuk membubarkan parti itu.
![Puteri Thai, Sirivannavari Nariratana atlet ekuestrian paling anggun! Puteri Thai, Sirivannavari Nariratana atlet ekuestrian paling anggun!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-08/81503504003_siri-header.jpg)
Puteri Thai, Sirivannavari Nariratana atlet ekuestrian paling anggun!
Selain Putera Brunei, Putera Abdul Mateen Bolkiah, Temasya Sukan Sea ke-29 turut menyaksikan pembabitan puteri kerajaan Thailand, Puteri Sirivannavari Nariratana.