NEW YORK:Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Amazon.com Inc, Jeff Bezos merampas semula 'takhta' sebagai individu paling kaya di dunia selepas gelaran itu jatuh kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc, Elon Musk untuk tempoh enam minggu.
CNet melaporkan, Bezos merangkul kembali kedudukan nombor satunya dengan kekayaan bersih AS$191.2 bilion (RM772.12 bilion) atau lebih AS$955 juta (RM3.86 bilion) berbanding Musk apabila saham Tesla Inc merosot 2.4 peratus pada Selasa.
Dengan itu, kekayaan bernilai AS$4.6 bilion (RM18.58 bilion) yang dimiliki CEO pengeluar kereta elektrik itu turut jatuh dalam kedudukan teratas ranking Indeks Billionaires Bloomberg.
Bezos yang sebelum ini memegang gelaran itu selama lebih tiga tahun hingga bulan lalu baru-baru ini mengumumkan untuk melepaskan jawatan sebagai CEO syarikat gergasi e-dagang itu pada suku ketiga untuk memberi tumpuan kepada projek lain.
Dalam pada itu, meskipun kemunculan Musk di media sosial kelihatan berterusan, namun saham Tesla merosot hampir 10 peratus dari paras puncak pada 26 Januari.
Beliau turut menyemarakkan rali GameStop Corp yang didorong oleh Reddit dan menyebabkan saham Etsy Inc, Shopify Inc, CD Projekt SA serta Signal Advance Inc melonjak menerusi ciapannya di Twitter yang mengujakan.
Baru-baru ini, beliau menaikkan harga Bitcoin dan juga Dogecoin, mata wang kripto yang kurang dikenali, juga menerusi 'tweet' awal bulan ini.
Agensi
Wed Feb 17 2021
Bezos merangkul kembali kedudukan nombor satunya dengan kekayaan bersih AS$191.2 bilion (RM772.12 bilion) atau lebih AS$955 juta (RM3.86 bilion) berbanding Musk. - Gambar fail
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina
Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.
Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar - Pakar, aktivis
Keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan adalah langkah wajar.
AWANI Ringkas: Kes kematian bayi dibawa ke mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.
Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
Kerja pembaikan lintasan Rafah sedang dijalankan menjelang pembukaan semula
Lintasan itu mengalami kerosakan yang besar semasa serangan Israel selama 15 bulan yang disokong Amerika Syarikat (AS).
Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.
GDA patuh sepenuhnya syarat Suruhanjaya Sekuriti bagi ambil alih MAHB
GDA menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan MAHB telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya peraturan SC.
Elon Musk catat kerugian RM719.4 bilion
Elon Musk menjadi manusia pertama dalam sejarah kerugian AS$165 bilion (RM719.4 bilion) daripada nilai kekayaan.
Elon Musk bukan lagi individu terkaya dunia
Ini disumbang kejatuhan mendadak nilai sahamnya dalam syarikat kereta elektrik, Tesla tahun ini.
Jeff Bezos rampas kembali status individu terkaya di dunia dari Elon Musk
Jeff Bezos merampas semula 'takhta' sebagai individu terkaya di dunia selepas gelaran itu jatuh kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc, Elon Musk hampir enam minggu.
Jumlah individu terkaya Malaysia bertambah
Bilangan individu amat kaya di Malaysia meningkat 11 peratus kepada 310 orang pada 2017 berbanding tahun sebelumnya, berdasarkan laporan The Wealth Report 2018 oleh Knight Frank.
INFOGRAFIK: Jeff Bezos hilang gelaran individu terkaya dunia selepas 24 jam
Pengasas Amazon itu berjaya merampas gelaran tersebut daripada pengasas Microsoft, Bill Gates pada Rabu 26 Julai, namun jatuh ke tempat kedua pada hari berikutnya.