KUALA LUMPUR: Jepun mengesahkan negara itu akan terus bersikap telus kepada masyarakat antarabangsa berhubung perancangan kontroversi Tokyo untuk melepaskan air terawat dari loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik.
Lebih 1.33 juta meter padu air yang terkumpul di tapak itu sejak bencana nuklear 2011 disebabkan oleh gempa bumi, mungkin boleh dilepaskan ke laut paling awal pada akhir bulan ini.
Bagaimanapun, pelan itu, mencetuskan kebimbangan di seluruh dunia termasuk dari negara dan komuniti di rantau Asia Tenggara mengenai implikasi jangka panjang terhadap kesihatan dan alam sekitar.
Duta Misi Jepun ke ASEAN Masahiko Kiya berkata kerajaan Jepun bertindak secara proaktif berkongsi maklumat terkini mengenai pengendalian air terawat itu dengan pelbagai pihak.
"Kerajaan Jepun akan terus memberi maklumat yang diperlukan kepada masyarakat antarabangsa secara telus berdasarkan rumusan Laporan Komprehensif IAEA.
"Kami akan terus berusaha untuk memberi pemahaman kepada masyarakat antarabangsa berhubung pengendalian air terawat ALPS (Sistem Pemprosesan Cecair Canggih)," katanya kepada Bernama menerusi mesyuarat dalam talian dari pejabatnya di Jakarta, Indonesia.
Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dalam laporan yang diterbitkan pada 4 Julai merumuskan bahawa pendekatan Jepun dalam pelepasan air terawat ALPS ke laut dan aktiviti berkaitan adalah konsisten dengan piawaian keselamatan antarabangsa yang berkaitan, dengan kesan radiologi terhadap manusia dan alam sekitar pada kadar yang rendah.
IAEA juga akan membuat semakan dan pemantauan tambahan seterusnya selepas pelepasan bermula.
Kiya berkata Jepun telah menganjurkan sesi taklimat untuk misi diplomatik di Tokyo, mengadakan sesi penerangan di persidangan antarabangsa termasuk yang dianjurkan oleh IAEA dan menyediakan maklumat dalam talian tentang keselamatan pelepasan air yang dirancang itu.
Di samping itu, Jepun juga menyediakan sesi taklimat individu kepada negara dan wilayah yang telah menyatakan minat yang mendalam mengenainya.
Di peringkat serantau, duta itu berkata misi itu juga sedang menjalankan taklimat dengan kerajaan dan komuniti di ASEAN serta menyebarkan maklumat terkini kepada penduduk secara lebih luas di media sosial untuk membantu meredakan kebimbangan mengenai isu itu.
Dalam perkembangan berkaitan, Kiya berkata "tiada perubahan dalam perancangan" pelepasan air mengikut jadual.
"Kerajaan Jepun akan membuat keputusan muktamad mengenai masa yang sesuai untuk pelepasan itu berdasarkan situasi jaminan keselamatan dan kemajuan tindakan balas terhadap reputasi kerosakan," katanya.
Walaupun tiada tarikh diumumkan setakat ini, media antarabangsa melaporkan Jepun sedang mempertimbang untuk melepaskan air antara akhir Ogos dan awal September.
Kyodo News melaporkan kerajaan Jepun dijangka menetapkan tarikh untuk mula melepaskan air selepas Perdana Menteri Fumio Kishida kembali daripada sidang kemuncak tiga hala dengan Amerika Syarikat dan Korea Selatan di Washington pada 20 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 19 2023

Lebih 1.33 juta meter padu air terkumpul di tapak itu sejak bencana nuklear 2011 disebabkan oleh gempa bumi.- Gambar fail/REUTERS
Kerjasama Indonesia-WWF jamin kelestarian industri marin
Pendekatan ini berupaya mengekalkan kelestarian industri perikanan di masa depan dengan memastikan pasaran mematuhi piawaian penangkapan hidupan laut.
BNPB tingkatkan pembenihan awan di kawasan terjejas banjir
Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) Indonesia meningkatkan usaha pembenihan awan bagi menangani bencana berkaitan hujan di kawasan yang terdedah kepada banjir dan tanah runtuh.
Automotif Thailand terhimpit akibat polisi Trump
Industri automotif Thailand berdepan rintangan jika Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meneruskan rancangan untuk mengenakan tarif ke atas import kereta.
![[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan [KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41735690196_TBmediasosial.jpg)
[KOLUMNIS] Ancaman media sosial: Fitnah, buli siber dan ketagihan
Ketagihan media sosial berkait dengan mekanisme ganjaran dopamine, menyebabkan pengguna menghabiskan masa berjam-jam dalam dunia maya.
KKM sambut baik larangan jual gula-gula bentuk vape di sekolah
Menteri Kesihatan menyambut baik langkah Kementerian Pendidikan (KPM) bagi larangan penjualan rokok gula-gula berbentuk peranti vape dan rokok di dalam kawasan sekolah.
[TERKINI] KPDN perkukuh SOP penyiasatan isu beras campuran
KPDN akan menggunakan kepakaran teknologi Pencapjarian DNA beras oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk analisis sampel beras beras putih import (BPI) dengan beras putih tempatan (BPT).
Insiden di Golok bimbangkan rakyat Malaysia
Orang ramai masih takut memasuki Thailad menjejaskan peniaga Malaysia.
AWANI Ringkas: Kutipan cukai meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis siasat video tular individu pandu kereta secara berbahaya di Genting Highlands
Polis akan menjalankan operasi bersepadu di lokasi tersebut pada hujung minggu dan cuti umum.

Wear OS 5.1 dilancarkan untuk Pixel Watch
Wear OS 5.1 Dilancarkan Untuk Pixel Watch

Jepun alami kekurangan pekerja sepenuh masa paling serius sejak COVID-19
Firma di Jepun kini menghadapi kekurangan pekerja sepenuh masa paling ketara sejak pandemik COVID-19, dengan lebih separuh daripada firma yang disoal selidik melaporkan kekurangan tenaga kerja.

Universiti Jepun perkenal program AI untuk latihan pelajar perubatan
Universiti Nagasaki di barat daya Jepun dan sebuah syarikat pembangunan sistem tempatan memperkenalkan program kecerdasan buatan (AI) yang membolehkan pelajar perubatan berlatih.

Trump persoal pakatan keselamatan, Jepun suarakan 'keyakinan penuh' kepada AS
Jepun pada Jumaat menyuarakan "keyakinan penuh" bahawa Amerika Syarikat (AS) akan memenuhi kewajipannya di bawah perjanjian keselamatan dua hala untuk mempertahankan negara Asia itu.

Ridzuan Ridzokumura tidak sangka dentuman yang kedengaran bunyi isterinya jatuh
Ridzuan Ridzokumura pada awalnya beranggapan bunyi dentuman itu datang dari lebuh raya berdekatan kediamannya.

Rusia larang kemasukan 9 warga Jepun, termasuk diplomat tertinggi
Sebagai tindak balas terhadap dasar sekatan Jepun, Rusia telah melarang sembilan warga Jepun daripada memasuki wilayahnya, termasuk Menteri Luar Jepun Takeshi Iwaya.

Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini, kediaman di Iwate dalam bahaya
Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak pada Isnin dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas.

Sybil Kathigasu bukan sekadar jururawat, memorial peringatan daif perlu baik pulih
Bangunan berusia kira-kira 100 tahun itu menyimpan khazanah dan maklumat tentang seorang jururawat yang juga wira Papan menentang pendudukan Jepun.

Sukan Asia 2026 tawar 11 pingat emas e-sukan
Pengumuman dibuat susulan mesyuarat tergempar Lembaga Eksekutif OCA yang sebulat suara meluluskan penyertaan acara itu bagi Sukan Asia 2026.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole

Tinggalkan kerjaya selesa demi dakwah Islam di bumi Jepun
Jurutera kanan di sebuah syarikat di Jepun itu sanggup meninggalkan kerjayanya yang mencecah gaji lima angka, demi menyahut seruan menyebarkan agama Islam di sana.