TOKYO: Kementerian kesihatan Jepun pada Isnin meluluskan pengeluaran dan penjualan ubat untuk penyakit Alzheimer yang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal Jepun Eisai Co. dan firma Amerika Syarikat Biogen Inc.
Lecanemab, yang dikenali sebagai Leqembi, akan menjadi ubat pertama di Jepun bagi merawat punca penyakit neurodegeneratif yang memudaratkan dan memperlahankan perkembangan gejalanya, lapor Kyodo News.
"Kita telah membuka lembaran baharu dalam sejarah rawatan penyakit Alzheimer," kata Ketua Pegawai Eksekutif Eisai Haruo Naito dalam satu kenyataan.
Alzheimer bukan sahaja menyebabkan kemerosotan dan beban yang ketara bagi penghidap dan penjaga mereka, tetapi kami komited untuk menyampaikan Leqembi sebagai rawatan baharu yang menghapuskan punca penyakit itu, kata Naito.
Ubat itu adalah sejenis antibodi khas yang menyasarkan protein yang dipanggil amyloid beta, bertujuan untuk merawat Alzheimer pada peringkat awal dan gangguan kognitif ringan.
Protein berbentuk plak, yang terkumpul di dalam otak dan memusnahkan sel saraf, dianggap sebagai punca penyakit itu.
Ubat ini diberikan melalui suntikan intravena setiap dua minggu.
Eisai mengunjurkan bahawa kira-kira satu peratus daripada 5 juta hingga 6 juta individu dengan keadaan kesihatan khusus yang memenuhi syarat akan menggunakan ubat berkenaan.
Langkah itu dibuat selepas pengawal selia AS secara rasmi meluluskan Lecanemab pada Julai selepas memberikan kelulusan bersyarat pantas pada awal Januari.
Di Jepun, panel kementerian kesihatan memberi kelulusan rasmi pada akhir Ogos.
Eisai turut memohon kelulusan ubat itu di negara lain, termasuk China, Kanada dan Britain.
Kadar harga ubat itu di Amerika Syarikat ialah US$26,500 setahun, manakala harga di Jepun berkemungkinan tinggi.
Eisai menjelaskan bahawa berdasarkan ujian klinikal, ubat itu mengekang perkembangan gejala seperti hilang ingatan dan gangguan penilaian sebanyak 27 peratus berbanding plasebo.
Bagaimanapun, sesetengah pesakit turut mengalami kesan sampingan seperti edema otak dan pendarahan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 26 2023

Leqembi, akan menjadi ubat pertama di Jepun bagi merawat punca penyakit neurodegeneratif yang memudaratkan dan memperlahankan perkembangan gejalanya. - Foto Reuters

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
Trump kenakan tarif 25% ke atas kenderaan dan cip
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan hasrat untuk mengenakan tarif 25% ke atas import kenderaan serta kadar serupa terhadap cip semikonduktor dan produk farmaseutikal.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah
Semua 3,316 graduan perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tahun lalu, dilantik sebagai pegawai perubatan siswazah (PPS) di Hospital Latihan Siswazah (HLS) di seluruh negara.
KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang mempertimbang penggunaan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam pembinaan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Menurutnya Malaysia telah diletakkan di bawah kategori Tahap 2 menerusi sekatan baharu itu selain Singapura, Indonesia dan Vietnam, dengan negara-negara berkenaan diberikan akses yang terhad dan terkawal bagi eksport teknologi AI termaju.

Pemandu selamat palang pembahagi jalan tembus kereta
Seorang lelaki berdepan detik cemas setelah kereta jenis Mercedes dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan di Bukit Puchong di sini pada Selasa.

Jepun luluskan ubat Alzheimer yang dibangunkan oleh Eisai, Biogen
Kementerian kesihatan Jepun luluskan pengeluaran dan penjualan ubat untuk penyakit Alzheimer yang dibangunkan Eisai dan Biogen.