TOKYO: Jepun memulakan fasa kedua pelepasan air tercemar daripada loji kuasa nuklear Fukushima yang musnah ke Lautan Pasifik pada Khamis, selepas fasa pertama dijalankan dalam had keselamatan yang ditetapkan antara 24 Ogos dan 11 Sept.
Fasa kedua pelepasan bermula kira-kira 10.30 pagi dan dijadualkan berterusan hingga 23 Okt, dengan anggaran jumlah pelepasan keseluruhan sebanyak 7,800 tan, hampir sama dengan jumlah fasa pertama.
Pelepasan harian dijangka sebanyak 460 tan, Agensi Berita Yonhap memetik laporan media Jepun.
Pengendali loji, Tokyo Electric Power Co. merancang untuk melepaskan air yang disimpan dalam tangki selepas dirawat melalui sistem penulenan khas dikenali sebagai Sistem Pemproses Cecair Lanjutan (ALPS) sejak kemusnahannya pada Mac 2011, melalui terowong laut yang memanjang sejauh 1 kilometer ke lautan.
ALPS boleh membuang 62 jenis bahan radioaktif, kecuali tritium yang boleh dikurangkan ke tahap keselamatan antarabangsa melalui pencairan dengan air laut.
Kerajaan Jepun, kerajaan wilayah Fukushima dan Tokyo Electric telah secara kerap menganalisis kepekatan tritium dalam air laut dan ikan di sekitar loji janakuasa nuklear sejak permulaan pelepasan pertama dan tidak melaporkan sebarang ketidaknormalan.
Pada Rabu, Tokyo Electric sekali lagi mengukur kepekatan tritium dalam air sisa yang dirawat dan dicairkan dan mendapati ia mencapai 87 becquerel seliter, lebih rendah daripada piawaian pelepasan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 05 2023

Pandangan dari udara loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi di Jepun. - Foto AP

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Jepun mulakan fasa kedua pelepasan air tercemar Fukushima
Fasa kedua pelepasan bermula kira-kira 10.30 pagi dan dijadualkan berterusan hingga 23 Okt.

Jumlah tritium dalam laut selepas pelepasan air Fukushima di bawah had: Korea Selatan
Kepekatan tritium dalam air laut susulan pelepasan air tercemar dari loji janakuasa nuklear Fukushima Jepun yang musnah adalah jauh di bawah had standard.

Keputusan Jepun teruskan pelepasan sisa air Fukushima 'mengecewakan' - Pakar
Jepun dilapor telah merawat tercemar nuklear yang dirawat ke tahap di mana pegawai mengatakan ia tidak lagi berbahaya, dan memutuskan untuk mula mengalirkannya ke Lautan Pasifik.