KUALA LUMPUR: Berlatarbelakangkan cabaran keselamatan serantau yang semakin meningkat termasuk pembangunan nuklear oleh Korea Utara dan usaha-usaha unilateral untuk mengubah status quo di Laut Cina Timur dan Laut Cina Selatan, Jepun berhasrat bekerjasama lebih lanjut dengan Malaysia dalam mengekal serta meningkatkan kesalinghubungan maritim dan kestabilan di rantau itu.
Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida berkata usaha negaranya melalui visi Indo-Pasifik Bebas dan Terbuka (FOIP) akan memperkuat orde dunia yang akan membawa kepada keamanan, kestabilan, dan kemakmuran bukan hanya untuk kedua-dua negara itu tetapi juga untuk seluruh komuniti antarabangsa.
"Rancangan baru untuk FOIP, yang saya umumkan pada Mac tahun ini, mewarisi wawasan asal 'kebebasan', 'kedaulatan undang-undang', 'keterangkuman', 'keterbukaan', dan 'kepelbagaian', dan pada masa yang sama menekankan usaha memimpin komuniti antarabangsa ke arah kerjasama di sebalik perpecahan dan konfrontasi.
"Melalui pembentukan peraturan berdasarkan 'dialog', 'perkongsian saksama' di antara negara-negara, dan pendekatan yang memberi tumpuan kepada rakyat, Jepun mahu memastikan kebebasan dan kedaulatan undang-undang dihormati, dan yang negara-negara hidup bersama dan meningkat makmur bersama-sama di rantau Indo-Pasifik.
"Jepun juga sangat menyokong Pandangan ASEAN mengenai Indo-Pasifik (AOIP), yang berkongsi prinsip-prinsip asas dengan FOIP. Sambil menggalakkan usaha seperti ini, Jepun akan bekerjasama lebih lanjut dengan Malaysia yang terletak di laluan laut penting yang menghubungkan Lautan Hindi dan Lautan Pasifik."
Kishida memberitahu Perkhidmatan Berita Antarabangsa BERNAMA dalam satu temu bual bertulis sempena lawatan dua hari sulung ke Malaysia dari 4-5 Nov, sempena ulang tahun ke-50 Persahabatan dan Kerjasama ASEAN-Jepun tahun ini bertemakan "Persahabatan Emas, Peluang Emas" (Golden Friendship, Golden Opportunities).
Malaysia dan Jepun meningkatkan hubungan mereka dari Rakan Strategik Dipertingkat kepada Rakan Strategik penuh pada tahun 2015, ketika Kishida melawat Malaysia sebagai Menteri Luar.
Jepun adalah negara pertama di dunia yang menjadi rakan ASEAN pada tahun 1973.
Hubungan ini dimeterai dengan Siri Sidang Kemuncak ASEAN-Jepun pertama yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1977 dan terus dipertingkat berdasarkan kepercayaan, hormat, dan komitmen sejak itu.
Berikut adalah teks penuh temu bual bertulis dengan Kishida.
Soalan: "Bagaimana anda melihat kedudukan terkini hubungan Malaysia-Jepun dan apakah keutamaan anda dalam memperkukuhkan lagi hubungan ini?"
Pada tahun lepas, Jepun dan Malaysia telah meraikan ulang tahun ke-65 penubuhan hubungan diplomatik dan ulang tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur. Pada tahun ini, kita menandakan ulang tahun ke-50 Persahabatan dan Kerjasama Jepun-ASEAN. Saya amat berbesar hati kerana dapat melawat Malaysia sebagai Perdana Menteri Jepun.
Jepun dan Malaysia telah membina bersama-sama hubungan yang baik dan mesra sejak sekian lama. Sekarang ini, masyarakat antarabangsa menghadapi pelbagai krisis. Jepun dan Malaysia sebagai rakan strategik yang berkongsi pelbagai nilai dan prinsip asas, perlu bekerjasama untuk mengekalkan serta mengukuhkan orde antarabangsa yang bebas dan terbuka berdasarkan kedaulatan undang-undang serta memastikan "maruah manusia" dilindungi di dunia ini. Jepun ingin terus membina kerjasama yang utuh dalam pelbagai bidang termasuk daya tahan rantaian bekalan, digital dan industri hijau, yang juga merupakan bidang keutamaan bagi Malaysia.
Rancangan Universiti Tsukuba, salah sebuah universiti kebangsaan terkemuka Jepun, untuk menubuhkan kampus cawangan di Malaysia merupakan salah satu perkembangan baharu dalam Dasar Pandang Ke Timur. Usaha sedang dijalankan dengan tujuan membuka kampus cawangan itu pada September tahun depan. Saya berharap bahawa kampus cawangan itu akan berfungsi sebagai asas untuk pendidikan tinggi gaya Jepun di ASEAN dan negara jiran, serta melahirkan ramai anak muda berbakat yang akan terus memainkan peranan aktif dalam pelbagai bidang. Saya juga berharap ramai rakyat Malaysia akan belajar di kampus cawangan Universiti Tsukuba dan menjadi jambatan antara Jepun dan Malaysia pada masa hadapan, dan bekerjasama ke arah peningkatan berterusan hubungan dua hala.
Soalan: Dengan cabaran ekonomi yang terkesan dengan landskap global, bagaimana Jepun dan Malaysia boleh meningkatkan kerjasama ekonomi untuk menggalakkan inovasi dan perdagangan antara kedua-dua negara?
Kedua-dua Jepun dan Malaysia adalah penandatangan kepada Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pacific (CPTPP) dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP). Melalui perjanjian perkongsian ekonomi ini, Jepun dan Malaysia sedang berusaha meningkatkan kerjasama ekonomi di rantau Indo-Pasifik. Jepun dan Malaysia juga mengambil bahagian dalam rundingan Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF). Pada Mei lepas, rundingan IPEF mengenai perjanjian rantaian bekalan telah dimuktamadkan. Jepun akan bekerjasama rapat dengan Malaysia dan negara rakan lain untuk mencapai keputusan awal dalam membina susun atur ekonomi serantau dan menggalakkan kemakmuran, termasuk mengukuhkan rantaian bekalan yang merupakan isu penting yang dihadapi kedua-dua negara.
Selepas pelaksanaan Dasar Pandang Ke Timur pada tahun 1982, Malaysia telah menyaksikan sebilangan besar rakyatnya belajar dan menerima latihan di Jepun, fasih dalam bahasa negara itu, dan memperoleh pengetahuan yang luas tentang budaya dan tradisi kedua-dua negara. Banyak syarikat Jepun mendapati latar belakang ini menarik dan telah memperluaskan operasi mereka ke Malaysia serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi Malaysia. Kira-kira 1,600 syarikat Jepun kini beroperasi di Malaysia, menandakan hubungan ekonomi antara kedua-dua negara terus berkembang dan semakin kukuh, bukan sahaja dalam industri pembuatan tetapi juga dalam industri perkhidmatan dan runcit.
Dalam Jepun menghadapi globalisasi, terdapat banyak perkara yang perlu dipelajari oleh Jepun daripada Malaysia. Saya percaya bahawa Jepun boleh mengembangkan peluang perniagaannya dengan belajar daripada Malaysia dalam pelbagai aspek seperti kepelbagaian etnik, kewangan Islam dan industri halal, di mana Malaysia mempunyai kelebihan daya saing. Jepun berhasrat untuk memperluaskan lagi pasarannya. Jepun ingin perkembangkan pasarannya ke negara-negara Islam dan negara-negara ASEAN melalui Malaysia.
Soalan: "Dalam konteks perkembangan serantau terkini, bagaimana anda melihat kerjasama Jepun dan Malaysia dalam isu keselamatan dan kestabilan serantau, termasuk tidak terhad kepada keselamatan maritim dan Laut China Selatan? Apakah peranan yang anda percayai dimainkan oleh Malaysia dalam inisiatif FOIP Jepun?"
Keadaan keselamatan serantau di Asia semakin mencabar, termasuk percubaan unilateral untuk mengubah status-quo di Laut Cina Timur dan Laut Cina Selatan, serta pembangunan nuklear dan peluru berpandu oleh Korea Utara. Pada Sidang Kemuncak Kumpulan Tujuh (G7) di Hiroshima pada Mei lalu, saya telah menyampaikan mesej yang tegas kepada negara-negara rakan di luar rangka kerja G7 dengan menekankan kepentingan untuk memelihara orde antarabangsa yang bebas dan terbuka berdasarkan kedaulatan undang-undang.
Mengekal dan mengukuhkan peraturan antarabangsa ini akan menjamin keamanan dan kestabilan serta membawa kemakmuran bukan sahaja kepada Jepun dan Malaysia, tetapi juga kepada seluruh masyarakat antarabangsa. Berdasarkan pemikiran ini, Jepun juga mempromosikan usaha untuk merealisasikan Indo-Pasifik Bebas dan Terbuka (FOIP).
Pelan FOIP baharu yang saya umumkan pada Mac tahun ini meneruskan visi, iaitu "kebebasan," "kedaulatan undang-undang," "keterangkuman," "keterbukaan" dan "kepelbagaian." Hal ini menekankan kepada kerjasama, dan bukannya perpecahan dan konflik. Dengan membuat peraturan melalui "dialog," "perkongsian saksama" antara negara, dan pendekatan yang memfokuskan kepada "kemanusiaan," rantau Indo-Pasifik akan berkembang maju sebagai tempat di mana kebebasan dan kedaulatan undang-undang dihormati dan juga di mana pelbagai negara boleh wujud dan makmur bersama.
Pada masa yang sama, Jepun tegas menyokong "Tinjauan ASEAN ke atas Indo-Pasifik (AOIP)" yang berkongsi banyak prinsip penting dengan FOIP. Jepun akan terus berusaha dengan Malaysia untuk memastikan negara lain memahami dan bekerjasama dengan prinsip yang ditetapkan oleh AOIP.
Atas usaha ini, Jepun mahu bekerjasama dengan Malaysia yang terletak di kedudukan strategik di sepanjang laluan laut yang menghubungkan Lautan Hindi dan Lautan Pasifik, untuk mengekalkan dan meningkatkan kesalinghubungan maritim dan kestabilan serantau. Pada 2016, Jepun menyumbang dua kapal peronda besar kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang kini digunakan untuk melindungi perairan Malaysia. Selain itu, Jepun telah membantu dalam pembangunan kapasiti anggota pengawal perairan Malaysia sejak APMM ditubuhkan tahun 2005. Pada masa kini, anggota pengawal perairan Jepun dan Malaysia bertindak sebagai pengajar untuk membantu negara ketiga melalui latihan yang dijalankan berkaitan bidang keselamatan maritim.
Jepun ingin terus mengukuhkan lagi hubungan baik dengan Malaysia dan menjadi rakan kongsi yang strategik ke arah merealisasikan FOIP dan AOIP.
Soalan: "Perubahan iklim dan kelestarian adalah kebimbangan global. Bagaimana Jepun dan Malaysia boleh bekerjasama untuk mengatasi cabaran alam sekitar, menggalakkan pembangunan mampan, dan mencapai matlamat bersama dalam usaha melawan perubahan iklim?"
Pada Januari 2022, saya telah mencadangkan inisiatif 'Komuniti Pelepasan Sifar Asia (AZEC),' dengan harapan dapat menyumbang kepada penyahkarbon di Asia dengan menggunakan teknologi dan sistem Jepun. Inisiatif ini bertujuan untuk merealisasikan peralihan tenaga realistik yang disesuaikan dengan situasi sebenar di Asia. Hal ini bertujuan untuk menarik dana pelaburan dan juga mewujudkan projek-projek ke arah penyahkarbonan. Malaysia telah memberikan sokongan kepada inisiatif ini daripada peringkat awal lagi. Mesyuarat Sidang Kemuncak AZEC akan diadakan semasa Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Jepun pada Disember ini. Dalam Sidang Kemuncak itu, saya berharap dapat bertukar pelbagai pendapat mengenai penyahkarbonan di Asia dengan YAB Perdana Menteri Anwar dan pemimpin-pemimpin lain yang mengambil bahagian dalam inisiatif ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 04 2023

Fumio Kishida, Perdana Menteri Jepun. --fotoBERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole

Tinggalkan kerjaya selesa demi dakwah Islam di bumi Jepun
Jurutera kanan di sebuah syarikat di Jepun itu sanggup meninggalkan kerjayanya yang mencecah gaji lima angka, demi menyahut seruan menyebarkan agama Islam di sana.

2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.

China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia
Pasangan Jepun Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito menewaskan pasangan China, Gao Jiaxuan dan Wu Mengying untuk memperoleh mata pertama buat Jepun.

Rakyat Jepun diperdaya dengan jumlah rekod penipuan di media sosial pada 2024
Penipu mencuri kira-kira 126.8 bilion yen (US$833 juta), meningkat 81.3 bilion yen berbanding 2023.

Jepun pertimbang terima penduduk Gaza untuk rawatan - PM Ishiba
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba, pada Isnin berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menawarkan bantuan perubatan di Jepun kepada penduduk Gaza.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

Jepun lancar Roket H3 pembawa satelit navigasi Michibiki
Jepun pada Ahad melancarkan satelit navigasi Michibiki dengan menggunakan Roket H3 No. 5 dari Pusat Angkasa Tanegashima di Wilayah Kagoshima.

Kadar tarif AS cetus kebimbangan global - Jepun
Menteri Kewangan Jepun Katsunobu Kato pada Ahad melahirkan kebimbangan serius terhadap kemungkinan kesan kadar tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas China, Kanada dan Mexico.

Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.