Malaysia akan memperkenalkan penggunaan teknologi telaga bawah tanah di kawasan tanah gambut kepada kerajaan Indonesia bagi mengatasi masalah pencemaran jerebu di rantau ini.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata penggunaan telaga bawah tanah di negara ini telah terbukti berkesan dalam mengatasi pembakaran di kawasan tanah gambut yang menyumbang dengan ketara kepada masalah jerebu.
"Kita mempunyai telaga bawah tanah di lokasi strategik di kawasan tanah gambut di seluruh negara," katanya kepada media selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dari Kuala Lumpur pada Rabu.
"Telaga bawah tanah ini diaktifkan semasa musim kemarau bagi melembapkan bahan vegetatif kering di kawasan tanah gambut yang boleh membakar di bawah permukaan tanah untuk sekian lama," katanya.
Katanya beliau akan berlepas ke Jakarta, Jumaat ini bagi mengemaskini terma dan kandungan dalam Memorandum Persefahaman (MoU) baharu berhubung masalah jerebu dengan rakan sejawatan dari Indonesia.
Mengenai situasi jerebu dalam negara, Wan Junaidi berkata keadaan itu diramal akan berterusan sehingga awal minggu kedua bulan depan berikutan perubahan arah tiupan angin barat daya.
Setakat semalam, katanya sebanyak 472 titik panas dikesan di beberapa kawasan di Kalimantan dan 26 di Sumatera di Indonesia.
Dalam pada itu, beliau menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dikeluarkan oleh kementeriannya telah diubahsuai atau dipalsukan untuk memberikan bacaan yang tidak tepat.
"Kami juga berkongsi maklumat dengan Pusat Meteorologi Khas ASEAN (ASMC) di Singapura bersama-sama dengan Thailand, Indonesia dan Brunei Darussalam.
"Bacaan juga dilakukan oleh ASMC, maka tidak ada cara atau sebab untuk kerajaan mengeluarkan bacaan dan maklumat yang diubahsuai," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata kementeriannya berharap untuk mewujudkan sebuah sistem yang lebih canggih dan komprehensif menjelang 2017 bagi mengukur bacaan IPU dalam negara.
Menurutnya, pihaknya kini sedang berusaha mendapatkan kelulusan peruntukan daripada kerajaan untuk sistem tersebut.
"Penggunaan cadangan sistem terkini itu bukan hanya tertakluk kepada proses mengukur tahap pengeluaran gas berbahaya dan zarah jerebu tetapi juga untuk memantau kenaikan paras air laut dan ramalan banjir," katanya.
Bernama
Thu Sep 24 2015
WAN JUNAIDI: Kementeriannya berharap untuk mewujudkan sebuah sistem yang lebih canggih dan komprehensif menjelang 2017 bagi mengukur bacaan IPU dalam negara.
Hamas sahkan rundingan fasa kedua perjanjian gencatan senjata Gaza bermula
Tumpuan rundingan kali ini adalah kepada perlindungan, bantuan serta usaha membangunkan semula kehidupan rakyat Palestin di Gaza.
Thaipusam: Tambang percuma KTM Komuter cermin nilai inklusif kerajaan MADANI - Exco
Keputusan berkenaan menunjukkan dasar kerajaan MADANI bukan sekadar retorik, tetapi benar-benar menitikberatkan kebajikan rakyat.
NSFC akan lakukan penstrukturan gaji pasukan musim depan
Tunku Syed Razman berkata pihaknya sedang menjalani fasa peralihan bagi membina semula struktur kelab.
Singapura lulus rang undang-undang perkukuh keharmonian kaum
Rang Undang-Undang RH dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan dibacakan bersama RUU Pindaan Perlembagaan Republik Singapura.
Uzbekistan cadang kumpulan pakar bersama tangani Islamofobia melalui dialog
Sarjana Islam Uzbekistan dan Malaysia dicadang anggotai kumpulan dialog bagi sampaikan sifat kemanusiaan dan keamanan Islam kepada masyarakat antarabangsa
Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Malaysia kalah lagi, kali ini kepada Argentina
Malaysia bermula baik membuka tirai dengan gol padang Shamie Irfan Suhaimi pada minit ke-12, bagaimanapun momentum itu gagal diteruskan.
Pilihan raya Delhi: Pemberian percuma jadi taruhan politik
Lebih 13,000 pusat mengundi akan dibuka di seluruh bandar bagi membolehkan pengundi memilih 70 anggota dewan negeri yang baharu.
Presiden Uzbekistan tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Ini adalah lawatan pertama Mirziyoyev ke negara ini sejak dilantik sebagai Presiden pada Disember 2016.
Dua bekas juruterbang Japan Airlines digantung tugas kerana berbohong minum arak
Kedua-dua mereka "memberikan penjelasan palsu kepada syarikat selepas tiba dan cuba menutup kesalahan pengambilan alkohol secara berlebihan."
Ciri baharu jadikan penjejakan pedati Thaipusam lebih menarik
Lebih 1.5 juta penganut Hindu dari seluruh negara serta pelancong dijangka membanjiri Pulau Pinang bagi sambutan Thaipusam tahun ini.
Jerebu: M'sia bakal cadang telaga bawah tanah kepada Indonesia
Malaysia akan memperkenalkan penggunaan teknologi telaga bawah tanah di kawasan tanah gambut kepada kerajaan Indonesia bagi mengatasi masalah pencemaran jerebu di rantau ini.