WASHINGTON: Sebuah jet pejuang J-16 China melakukan "gerakan agresif yang tidak perlu" semasa memintas pesawat peninjau RC-135 Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) di Laut China Selatan minggu lepas, kata Markas Indo-Pasifik AS pada Selasa.
Insiden itu berlaku pada Jumaat, menurut Agensi Anadolu memetik kenyataan daripada markas berkenaan.
"Juruterbang PRC terbang terus di hadapan muncung RC-135 yang sedang menjalankan operasi selamat dan rutin di Laut China Selatan di ruang udara antarabangsa mengikut undang-undang antarabangsa," menurut kenyataan itu.
Menurut markas itu, AS akan "terus terbang, belayar dan beroperasi - dengan selamat dan bertanggungjawab - di mana sahaja undang-undang antarabangsa membenarkannya."
"Pasukan Bersama Indo-Pasifik AS akan terus terbang di ruang udara antarabangsa dengan mengambil kira keselamatan semua kapal dan pesawat mengikut undang-undang antarabangsa," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 31 2023

Menurut markas itu, AS akan "terus terbang, belayar dan beroperasi - dengan selamat dan bertanggungjawab - di mana sahaja undang-undang antarabangsa membenarkannya." - Gambar Reuters
Nasib 89 mangsa tanah runtuh Kampung Lereng Bukit terbela
Kebajikan bagi 89 mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri yang kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Kampung Sukan Petronas, Miri terus terpelihara, biarpun mereka telah berada di situ sejak 28 Januari lalu.
Kajian kebolehlaksanaan Projek Trans-Borneo Railway selesai tahun depan
Kajian Kebolehlaksanaan Projek Trans-Borneo Railway bagi menilai kebolehlaksanaan jaringan kereta api di Sabah dan Sarawak dijangka selesai pada 2026.
Kediaman musnah, kedai mencari rezeki pula tanggung rugi
Selain memusnahkan harta benda. Menambah pilu mangsa terjejas banjir sudah tentu apabila terpaksa pula menanggung kerugian di lokasi mencari rezeki.

Tujuh daripada 10 wanita di Selangor bekerja - Amirudin
Kira-kira tujuh daripada 10 wanita di Selangor atau 69.7 peratus berada dalam sektor pekerjaan.
Pemantauan, baik pulih laluan utama terjejas sedang dilaksana
Kerja-kerja pemantauan dan pemulihan laluan-laluan utama di beberapa kawasan di Sabah yang masih terjejas akibat kejadian tanah runtuh dan limpahan air sedang dilaksanakan.

'Saya mahu tuntut keadilan sewajarnya' - Ibu mangsa kemalangan
Haslinda Jupri berkata ini kerana kemalangan itu bukan sahaja menyebabkan dia kehilangan anak sulung tetapi turut melibatkan anak bongsunya.

Kes 1MDB: Pihak berkuasa masih tidak tahu keberadaan Casey Tang - Saksi
Sehingga kini, pihak berkuasa tidak mengetahui keberadaan bekas Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Casey Tang Keng Chee.

Brittany Renner kekal istiqamah selepas 7 bulan peluk Islam, syukur dapat bertemu Ramadan
Dia kini lebih istiqamah dan terus memegang ajaran Islam dengan baik dan kelihatan selesa mengenakan hijab sebagai pakaian harian.

MoU peruntukan pembangkang Kerajaan Madani mengekang, tidak transformatif - Bersatu
Memorandum persefahaman (MoU) yang ditawarkan Kerajaan Madani disifatkan sebagai mengekang dan tidak bersifat transformatif atau reformatif.
ASEAN 2025 | 11 Mac
ASEAN 2025 harini bersama Fauzi Zin membawa tumpuan berikut:
1. Indonesia dan Vietnam tingkatkan kerjasama pelbagai sektor
2. Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand
3. Brunei berjaya kurangkan pengeluaran gas rumah hijau 15 peratus
1. Indonesia dan Vietnam tingkatkan kerjasama pelbagai sektor
2. Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand
3. Brunei berjaya kurangkan pengeluaran gas rumah hijau 15 peratus

Jet China terbang agresif depan pesawat AS di Laut China Selatan
Sebuah jet pejuang J-16 China melakukan "gerakan agresif yang tidak perlu" semasa memintas pesawat peninjau RC-135 Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) di Laut China Selatan minggu lepas.