DUBAI:Salah seorang daripada 'jetman' Dubai, Vincent Reffet, yang sering melakukan aksi lagak ngeri dengan menggunakan sut khas dan sayap gentian karbon, maut ketika sesi latihannya di gurun pada Selasa.
Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pihak organisasinya, namun tidak diberikan maklumat lanjut mengenai insiden itu.
"Vince (nama panggilannya) adalah seorang yang berbakat dan saling disenangi serta dihormati ahli kumpulan yang lain. Kami mendoakan keluarganya tabah hadapi dugaan ini," menerusi kenyataan itu.
Pihak polis Dubai bagaimanapun masih belum dimaklumkan mengenai perkara itu.
Pihak media juga sedang mendapatkan respons Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang ketika ini masih belum memberi sebarang ulasan.
Sebelum ini, Vince sering melakukan aksi dramatik dengan meluncur di udara di bandar negara Teluk itu, termasuk di sekitar bangunan tertinggi dunia, Burj Khalifa dengan ketinggian 828 meter dan terbang beriringan dengan pesawat komersial terbesar dunia, Emirates Airbus A380.
Beliau juga sebelum ini memenangi beberapa pingat emas dalam pertandingan 'free-flying skydiver' dan bertanding atas tiket atlet ekstrem tajaan Red Bull.
Keberaniannya itu diwarisi daripada ibu bapanya yang juga merupakan penerjun udara bebas.
Aksi Reffet awal tahun ini, tular, dengan video memaparkan dia terbang ke paras 1,800 meter (m) ke udara, di pesisiran pantai Dubai dan ia seakan babak dalam filem Iron Man.
Vince berlegar-legar di permukaan laut sebelum terbang ke pusat bandar.
Bagi melakukan aksi berkenaan, dia akan dilancarkan ke udara menerusi platform pada ketinggian tertentu.
Sayap gentian karbon yang digunakannya dikuasakan dengan empat enjin jet mini.
Peralatan itu mampu mencecah kelajuan sehingga 400 kilometer sejam.
Agensi
Wed Nov 18 2020

Sebelum ini, Vince sering lakukan aksi dramatik dengan terbang di Dubai termasuk di sekitar bangunan tertinggi dunia, Bur Khalifa (828m).
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

GP Olahraga Para Dunia: Muhammad Ammar Aiman sambar perak di Dubai
Atlet olahraga para Muhammad Ammar Aiman Nor Azmi menghadiahkan pingat perak pada Kejohanan Grand Prix Olahraga Para Dunia Dubai.

WEF 2025: Israel mahu jadikan Gaza seperti Dubai
Israel bersedia membolehkan UAE, Arab Saudi, dan pihak lain membina semula Gaza dengan syarat ia tidak mengancam Israel.

Lawatan kerja: Anwar bertemu PM UAE bincang pengembangan usahasama strategik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Perdana Menteri dan Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum pada Isnin di Dubai.

Jadual padat di hari terakhir lawatan kerja Anwar di UAE, dijadual bertemu presiden
Selepas perjumpaan itu Anwar dijadual menghadiri majlis perasmian Minggu Kelestarian Abu Dhabi (ADSW) 2025 di ADNEC Center di Dubai.

PM Anwar bertemu rakan sejawat di Dubai
Pertemuan berlangsung di Istana Za'abeel di Dubai.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tempat kediaman tertinggi dunia akan dibina di Dubai
Ia akan memintas menara Central Park Tower di New York yang berketinggian 472 meter.

UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.

Lee Chong Wei terkandas di Paris
Chong Wei berkunjung ke Paris untuk majlis 'The Paris 100 Sino-French Badminton Charity Gala' sejak hujung minggu lalu.

UAE alami hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun
Dalam peristiwa cuaca bersejarah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan taburan hujan paling lebat direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).