KUALA LUMPUR: Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) tiba di Istana Kremlin di Moscow, Rusia pada Khamis petang bagi mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia Vladimir Putin.
Media antarabangsa melaporkan, Jokowi tiba sekitar 3.30 petang waktu tempatan dan terus mengadakan perjumpaan dengan Putin di Ruang Upacara Kenegaraan Istana Kremlin.
Menerusi hantaran di laman Instagram, Jokowi berkata beliau telah menyampaikan pesanan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky kepada Putin.
"Saya juga menyatakan kesiapan (kesediaan) saya untuk menjadi jambatan komunikasi antara dua pemimpin tersebut," tulis Jokowi dalam entri tersebut, pada Jumaat.
BACA: Jokowi akan minta Rusia lakukan gencatan senjata segera
Terdahulu, pemimpin nombor satu Indonesia itu tiba di Kiev, Ukraine bagi mengadakan pertemuan dengan Zelenskyy sebagai membuka jalan perdamaian antara Rusia dan Ukraine serta memulihkan rantaian bekalan makanan global.
Jokowi dilaporkan turut bersedia berbincang dengan Putin untuk segera menamatkan peperangan di Ukraine.
Indonesia ketika ini menggalas tanggungjawab sebagai Presiden G20 dan akan menjadi tuan rumah sidang kemuncak berikutnya yang bakal berlangsung di Bali pada November.
Hasimi Muhamad
Fri Jul 01 2022

Joko Widodo mengadakan pertemuan dengan Vladimir Putin di Istana Kremlin di Moscow, Rusia. - Foto/Instagram Jokowi

Taklimat Harian PMO: PM arah segerakan usaha pemulihan bekalan beras putih tempatan
Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menyegerakan usaha itu.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.24 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.0 mata kepada 1,578.70 daripada 1,574.70 pada Jumaat lepas.
Program perumahan mampu milik di Kelantan: 3,268 unit siap, 2 lagi projek menyusul
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu memberitahu Dewan Rakyat sehingga 31 Disember 2024, pelaksanaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) ataupun Program Residensi Rakyat (PRR) di Kelantan melibatkan lapan buah projek telah diluluskan dengan 3,574 unit rumah.
Jelasnya daripada jumlah itu enam projek telah siap dibina, melibatkan 3,268 unit rumah. Manakala dua lagi projek masing-masing dalam pembinaan dan masih dalam peringkat perbincangan.
Jelasnya daripada jumlah itu enam projek telah siap dibina, melibatkan 3,268 unit rumah. Manakala dua lagi projek masing-masing dalam pembinaan dan masih dalam peringkat perbincangan.

5 faktor penting untuk menjamin dana persaraan mencukupi
Terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira bagi memastikan dana persaraan mencukupi.

Taklimat Harian PMO bukan pengganti jurucakap kerajaan MADANI - Tunku Nashrul
Taklimat Harian PMO sebaliknya, menjadi pelengkap dan memperkukuh struktur komunikasi kerajaan.
Taklimat Harian PMO bukan pengganti kepada jurucakap kerajaan
Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri bukan pengganti kepada sidang media jurucakap Kerajaan Perpaduan oleh YB Fahmi Fadzil. #AWANInews

Kerajaan komited teruskan agenda reformasi institusi - PM Anwar
Kerajaan komited untuk meneruskan agenda reformasi institusi dengan melaksanakan perubahan, bagi menjamin ketelusan dan kecekapan, kata Perdana Menteri.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4595/4650 berbanding dolar AS daripada 4.4600/4650 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Johor ambil tindakan batal lesen jika sewa tapak pada warga asing - Exco
Kerajaan Johor tidak mengeluarkan lesen bazar Ramadan dan Aidilfitri kepada warga asing, jika ada 'sewa atas sewa' (kepada warga asing), lesen itu akan dibatalkan segera.

Terminal feri Puteri Harbour bakal sedia perjalanan ke Singapura, pacu pertumbuhan di Iskandar Puteri
UEM Sunrise Berhad tidak menolak kemungkinan bersedia bagi menawarkan perjalanan menerusi laluan air ke Singapura dari Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour dalam masa terdekat.

Rusia pertimbang normalisasi hubungan dengan AS jika kepentingannya diiktiraf
Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov berkata bahawa negaranya akan mempertimbangkan cadangan Barat untuk menormalisasikan hubungan jika kepentingan Moscow turut diambil kira.

Tentera Ukraine berundur dari Avdiivka - Ketua Komander Syrskyi
Tentera Ukraine dilapor berundur dari bandar Avdiivka ekoran peperangan yang telah berlanjutan selama berbulan-bulan.

Krisis Rusia-Ukraine: Deruan jet pejuang cetus kebimbangan penuntut Malaysia
Bandar Kursk yang didiami Diyana hanya sekitar 100 kilometer dari sempadan Rusia-Ukraine, tidak sampai dua jam perjalanan menaiki kereta.