MAJALENGKA: Presiden Joko Widodo (Jokowi) menyatakan harapannya bahawa minat pelabur asing untuk mengurus Lapangan Terbang Antarabangsa Kertajati, Jawa Barat akan menggerakkan peningkatan trafik di lapangan terbang yang dibuka pada 2018 itu, lapor Agensi Berita Antara.
"Pelbagai negara menyatakan minat dan kami akan memutuskan pada Oktober depan mengenai pengendali baharu lapangan terbang itu yang sebahagiannya menjadi milik mereka," kata presiden itu pada sidang media di lapangan terbang di sini pada Selasa.
Walaupun Jokowi tidak mendedahkan butiran mengenai negara yang berminat untuk melabur di lapangan terbang itu, beliau mengakui bahawa lebih daripada satu negara telah menunjukkan minat.
"(Ia) dari beberapa negara, bukan satu, dan kami menjangkakan ia selesai menjelang Oktober. Semuanya dalam proses, dan sebaik sahaja mereka masuk, kami akan membincangkan peratusan ekuiti," katanya.
Presiden itu berkata pembabitan pelabur asing dalam pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Kertajati itu akan membantu meningkatkan trafik penerbangan.
"Kami berharap trafik akan lebih baik dan kami menjangkakan minat pelabur akan meningkatkan trafik di Lapangan Terbang Kertajati," katanya.
Sementara itu, pada sidang media pada Disember 2022, Menteri Pengangkutan Budi Karya Sumadi menamakan India dan Arab Saudi sebagai dua negara yang menyatakan minat untuk mengurus Lapangan Terbang Antarabangsa Kertajati.
Ia adalah hasil lawatan kerja beliau ke kedua-dua negara pada awal bulan yang sama.
Sehingga 28 Mei 2023, Lapangan Terbang Antarabangsa Kertajati berfungsi sebagai pusat pelepasan jemaah haji dan umrah di Jawa Barat.
Lapangan terbang itu, satu daripada Projek Strategik Nasional (PSN) di Jawa Barat, merupakan lapangan terbang kedua terbesar di Indonesia selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Banten.
Ia mempunyai kapasiti untuk mengurus 5.6 juta penumpang setiap tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 11 2023

Sehingga 28 Mei 2023, Lapangan Terbang Antarabangsa Kertajati berfungsi sebagai pusat pelepasan jemaah haji dan umrah di Jawa Barat. - FB Bandara Kertajati

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

'Biar masa menentukannya' - Jokowi ulas pemecatannya daripada PDI-P
Jokowi secara sinis berkata hanya waktu yang akan membuktikan sama ada keputusan dibuat ketua umum PDI-P, Megawati Soekarnoputri dan Setiausaha Agung parti, Hasto Kristiyanto benar atau salah.

Pintu Gerindra terbuka untuk bekas Presiden Jokowi - Muzani
Pada dasarnya parti politik pimpinan Presiden Prabowo Subianto itu terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertainya.

Kabinet ‘gemuk’ Prabowo perlu buktikan prestasi, bukan sekadar berbahagi kuasa - Pakar
Anggota Kabinet baharu yang diumumkan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto perlu membuktikan prestasi kerja yang jelas kepada rakyat.

PM Anwar ucap tahniah kepada Presiden Prabowo
Anwar turut menyampaikan penghargaan kepada bekas Presiden Joko Widodo atas khidmat beliau selama ini dan mengiktiraf usahanya dalam mengekalkan hubungan baik dua hala antara Malaysia dan Indonesia.

Mendepani cabaran Global: Strategi Prabowo untuk kestabilan dan kemakmuran
Presiden Terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan Prabowo Subianto menekankan kepentingan peralihan kepimpinan dan menggariskan visinya untuk masa depan negara.

Jokowi, menteri Kabinet luang masa di kafe berhampiran Istana Garuda
Jokowi menjemput beberapa menteri Kabinet meluangkan masa santai menikmati kopi di sebuah kedai di Istana Garuda, Ibu Kota Nusantara (IKN), Kalimantan Timur.

Kelas pertengahan Indonesia menyusut, kemiskinan kekal stabil - Pejabat Presiden
Edy Priyono mengesahkan penurunan kelas pertengahan, namun menegaskan bahawa golongan ini tidak jatuh ke dalam kancah kemiskinan.

Pentadbiran Prabowo tawar pemeriksaan kesihatan percuma mulai 2025
Peruntukan bagi menjayakan program berkenaan dianggarkan sekitar Rp5 trilion (kira-kira RM1.36 bilion).

Lapangan Terbang Nusantara sambut pendaratan sulung Jokowi
Jokowi menggunakan pesawat rasmi yang berlepas dari Pontianak, Kalimantan Barat.

Iriana mohon maaf andai Jokowi lakukan kesilapan ketika pimpin Indonesia
Isteri kepada Presiden Joko Widodo, Iriana Jokowi memohon maaf jika terdapat sebarang kesalahan sepanjang tempoh perkhidmatan suaminya sebagai Presiden Indonesia.