Presiden Indonesia Joko Widodo berkata beliau sedang mempertimbangkan untuk membolehkan beberapa anggota kabinet dilantik daripada parti-parti politik yang baru dalam satu rombakan yang akan diadakan tidak lama lagi.
“Ianya kini dalam proses,” kata Joko Widodo atau Jokowi dalam satu wawancara khas di Istana Presiden seperti yang dilaporkan oleh Reuters.
Jokowi juga tidak menolak kemungkinan menyenaraikan anggota parti pembangkang daripada parti Golkar dalam barisan kabinet barunya nanti.
Golkar adalah parti politik kedua terbesar di Republik itu.
Kerajaan pimpinan Jokowi ketika ini dianggotai empat parti utama dimana kesemuanya mempunyai wakil dalam kabinet sedia ada.
Kali terakhir kabinet Jokowi dirombak adalah pada bulan Ogos tahun lalu dengan sasaran untuk meningkatkan sentimen pelaburan di negara ekonomi terbesar Asia Tenggara itu.
Rombakan itu dikatakan bebas daripada campur tangan parti-parti gabungan kerajaan.
Agensi
Thu Feb 11 2016

Jokowi tidak menolak kemungkinan memasukkan anggota parti Golkar dalam barisan kabinet barunya. - Foto AP/Vincent Thian
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.
Lebih 10,000 meriahkan majlis berbuka puasa bersama PM
Lebih 10,000 hadirin termasuk golongan agamawan dan asnaf berkesempatan berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, pada Isnin.
Inisiatif SMJ: Kerajaan negeri fokus bangunkan, perbaiki keperluan asas
Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan menampakkan hasil positif.
Sultan Nazrin rasmi Masjid Tuminah Hamidi
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi dan majlis berbuka puasa sempena bulan Ramadan di Bagan Datuk.
26 rakyat Malaysia diselamatkan di Myanmar dihantar pulang esok
Kumpulan kedua 26 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dijangka dihantar pulang esok, menurut Kedutaan Besar Malaysia di Thailand.
Mangsa banjir di sabah meningkat kepada 4,555 orang malam ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah meningkat kepada 4,555 orang daripada 1,493 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 4,159 orang daripada 1,362 keluarga pada 4 petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan lapan PPS di Tenom menempatkan 1,162 orang daripada 435 keluarga.
Dua tertuduh dakwa dipaksa buat pengakuan
Dua tertuduh dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan atau dikenali sebagai Ijat, memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau bahawa mereka telah dipaksa membuat pengakuan berhubung kematian mangsa.
Leraikan pergaduhan, pengawal keselamatan dilanggar kereta
Seorang pengawal keselamatan sebuah pusat hiburan mengalami patah di bahagian pinggul akibat dilanggar kereta ketika cuba meleraikan pergaduhan, di Bandar Botanik, Klang awal pagi semalam.
[TERKINI] Laman X berdepan gangguan, gagal diakses
Platform media sosial milik jutawan teknologi Elon Musk, X berdepan gangguan di beberapa bahagian dunia, termasuk malaysia, pada Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Downdetector melaporkan, bilangan laporan gangguan meningkat kepada lebih 40,000 selepas berkurangan pada petang Isnin.
Kenderaan barangan dilarang guna jalan raya
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan penguatkuasaan Larangan Pemanduan ke atas Kenderaan Barangan sempena sambutan Aidilfitri selama empat hari.

Indonesia berharap dapat 'gabung suara' dengan Malaysia
Malaysia adalah sebuah negara yang disegani negara-negara Islam lain kerana kelantangannya dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

Jokowi pertimbang rombakan kabinet dengan parti baru
Presiden Indonesia Joko Widodo sedang mempertimbangkan untuk melantik anggota kabinet daripada parti-parti politik baru.

PEMILU: Gandingan Prabowo-Hatta lemah di Indonesia Timur kata penganalisis
Gandingan Prabowo Subianto dan Hatta Rajasa dijangka akan menghadapi masalah untuk memenangi hati rakyat Indonesia Wilayah Timur.

Pemimpin Golkar ingkar keputusan parti, umum sokong Jokowi-Hatta
Krisis dalaman Parti Golkar terus memuncak apabila beberapa orang pemimpinnya secara terbuka dengan menyatakan sokongan kepada PDI-P.

Jokowi sah bertanding pilihan raya Presiden Indonesia
Pencalonan Gabenor Jakarta yang popular itu diumumkan oleh Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) pada Jumaat.