PRESIDEN Indonesia Jokowi Widodo atau Jokowi telah mengumumkan seluruh barisan kabinetnya bagi 2019-2024 yang diberi nama Kabinet Indonesia Maju di Istana Negara, Jakarta, pada Rabu.
Antara yang jadi tumpuan dan paling dinanti-nantikan ialah jawatan bagi pengasas Gojek, Nadiem Makarim, yang dilantik sebagai Menteri Pendidikan dan Kebudayaan.
Dalam satu kenyataan kepada portal berita TechCrunch, Gojek mengumumkan Andre Soelistyo, presiden Gojek Group dan Kevin Aluwi, seorang lagi pengasasnya akan mengambil alih jawatan Nadiem sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat itu.
Selain itu, Ketua Umum Parti Gerindra, Prabowo Subianto pula diumumkan sebagai Menteri Pertahanan.
Ramai yang bimbang terhadap pelantikan pemimpin parti pembangkang itu kerana gaya kempennya sewaktu bertanding sebagai calon Presiden dikatakan bersifat agresif.
Antara lain, Airlangga Hartarto diumumkan sebagai Menteri Koordinator Bidang Perekonomian sementara Wishnutama Kusubandio, CEO NET TV pula dilantik sebagai Menteri Pariwisata (Pelancongan) dan Ekonomi Kreatif.
Berikut adalah senarai penuh Kabinet Indonesia Maju:
1. Menteri Koordinator Bidang Polhukam: Mahfud MD
2. Menteri Koordinator Bidang Perekonomian: Airlangga Hartarto
3. Menteri Koordinator Bidang Pembangunan Manusia dan Kebudayaan: Muhadjir Effendy
4. Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman dan Investasi: Luhut B Pandjaitan
5. Menteri Pertahanan: Prabowo Subianto
6. Menteri Sekretaris Negara: Pratikno
7. Menteri Dalam Negeri: Jenderal (Pol) Tito Karnavian
8. Menteri Luar Negeri: Retno LP Marsudi
9. Menteri Agama: Jenderal Fachrul Razy
10. Menteri Hukum dan HAM: Yasonna Laoly
11. Menteri Keuangan: Sri Mulyani
12. Menteri Pendidikan dan Kebudayaan: Nadiem Makarim
13. Menteri Kesehatan: dr Terawan
14. Menteri Sosial: Juliari Batubara
15. Menteri Tenaga Kerja: Ida Fauziyah
16. Menteri Perindustrian: Agus Gumiwang Kartasasmita
17. Menteri Perdagangan: Agus Suparmanto
18. Menteri ESDM: Arifin Tasrif
19. Menteri PUPR: Basuki Hadimuljono
20. Menteri Perhubungan: Budi Karya Sumadi
21. Menteri Komunikasi dan Informasi: Johnny G Plate
22. Menteri Pertanian: Syahrul Yasin Limpo
23. Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan: Siti Nurbaya
24. Menteri Kelautan dan Perikanan: Edhy Prabowo
25. Menteri Desa dan PDTT: Abdul Halim Iskandar
26. Menteri ATR/Kepala BPN: Sofyan Djalil
27. Menteri PPN/Kepala Bappenas: Suharso Monoarfa
28. Menteri PAN-RB: Tjahjo Kumolo
29. Menteri BUMN: Erick Thohir
30. Menteri Koperasi dan UKM: Teten Masduki
31. Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif: Wishnutama
32. Menteri PPA: I Gusti Ayu Bintang Darmawati
33. Menristek Bambang Brodjonegoro
34. Menteri Pemuda dan Olahraga: Zainudin Amali
35. Kepala Staf Kepresidenan: Moeldoko
36. Sekretaris Kabinet: Pramono Anung
37. Kepala BKPM: Bahlil Lahadalia
38. Jaksa Agung: Burhanudin
Nailah Huda
Wed Oct 23 2019

Nadiem Makarim (kiri) dilantik sebagai Menteri Pendidikan dan Kebudayaan manakala Prabowo Subianto (kanan) sebagai Menteri Pertahanan.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Indonesia cadang pengurangan tarif perdagangan kepada AS
Inisiatif ini bertujuan sebagai langkah menghadapi dasar tarif import yang dijangka akan dilaksanakan oleh Trump.

Indonesia mahu bekerjasama dengan China demi kesejahteraan, kestabilan
Indonesia jangka kerjasamanya dengan China terus membangun dan membawa kemakmuran, kestabilan dan peluang kepada rakyat kedua-dua negara.

Tanah tak stabil, kos MRT fasa kedua Indonesia melebihi jangkaan - Menteri
Fasa kedua projek Transit Aliran Massa (MRT) Jakarta Utara Selatan melebihi kos asal berikutan masalah pembinaan yang rumit dan keadaan tanah yang tidak stabil.

Indonesia akan ratifikasi RCEP pada suku pertama 2022
Indonesia, Malaysia dan beberapa negara lain sedang memuktamadkan langkah-langkah dan pengaturan institusi.

COVID-19: Indonesia lanjutkan tempoh sekatan hingga 28 Jun
Maksimum 25 peratus pekerja dibenarkan berada di pejabat di zon merah sementara selebihnya perlu bekerja dari rumah.

Jokowi umum barisan Kabinet Indonesia Maju 2019
Pengasas Gojek, Nadiem Makarim dilantik sebagai Menteri Pendidikan dan Kebudayaan manakala ketua parti pembangkang, Prabowo Subianto pula sebagai Menteri Pertahanan.