SABAN tahun menjelang Ramadan, lebih sejuta manusia akan mengunjungi sebuah masjid yang berusia lebih 160 tahun di Istanbul, Turki.
Ramai yang mungkin bertanya, mengapa masjid tersebut yang dikenali dengan nama Masjid Hirka-i Sharif menjadi perhatian umat Islam setiap kali menjelang Ramadan sedangkan Turki terkenal dengan begitu banyak masjid yang mempunyai seni bina yang memukau.
Mereka yang pernah mengunjunginya pasti mengetahui rahsia sebenar kerana di situlah tersimpannya artifak yang dianggap antara yang paling berharga dalam warisan dunia Islam, lapor TRT.
Ini kerana di situlah tersimpannya sehelai jubah yang dikatakan sesetengah pihak adalah peninggalan insan pilihan paling agung di muka bumi iaitu Rasulullah SAW yang masih utuh tersimpan rapi sehingga ke hari ini.
Jubah itu yang dipanggil dengan nama Hirka-i Sharif itu dipercayai merupakan pemberian Rasulullah SAW kepada salah seorang pemuda terbilang yang pernah disebut baginda semasa hayatnya yang bernama Uwais Al-Qarni sebagai hadiah.
Dilaporkan lebih 20,000 umat Islam mengunjungi masjid berkenaan setiap hari untuk melihat jubah itu ketika Ramadan.
Sejak itu, jubah tersebut terus berada dalam jagaan keluarganya dan diwariskan kepada keturunan beliau sehingga ke hari ini yang kini dikatakan telah sampai ke generasi ke-59.
"Kami sedang menjalankan misi yang sangat mulia," kata Baris Samir, keturunan ke-59 Uwais Al-Qarni.
Jelas Samir, pada tahun 1851, Sultan Abdulmecid memerintahkan pembinaan masjid dan bulatan Hirka-i Sharif di sebelah masjid tersebut di mana jubah itu kini berada.
“Kami menganggap bulatan Hirka-i Sharif (di Masjid) sebagai tempat yang istimewa. Tempat orang rasa dekat dengan dia.
"Ia menggembirakan kami melihat kami adalah wahana hubungan rohani antara Nabi dan manusia,” katanya.
JENDELA RAMADAN AL-MUBARAK
Dalam hadith sahih dan sebahagian riwayat, kisah Uwais Al-Qarni sememangnya masyhur dan disebut oleh Rasulullah SAW sekalipun pemuda itu belum lagi muncul dan tidak pernah berjumpa dengan Rasul terakhir itu ketika hayat baginda.
Baginda pernah menceritakan tentang kemustajaban doa Uwais yang tidak pernah ditolak oleh Allah SWT disebabkan ketaatan luar biasa pemuda berkenaan kepada ibunya.
Bagaimanapun Uwais yang berasal dari Yaman dikatakan hanya muncul di Madinah ketika Rasulullah SAW telahpun wafat iaitu ketika zaman Umar Al-Khatab RA.
Rasulullah pernah memerintahkan sahabat-sahabat baginda agar meminta Uwais memohon keampunan untuk mereka seandainya ditakdirkan berjumpa dengannya.
Cerita pemberian jubah tersebut kepada Uwais yang berada di masjid tersebut telah dikisahkan oleh sebahagian ahli tasawuf sufi yang mendakwa kedua-dua mereka telah bertemu secara rohani.
Astro Awani
Mon Apr 11 2022
Dilaporkan lebih 20,000 umat Islam mengunjungi Masjid Hirka-i Sharif di Istanbul setiap hari untuk melihat jubah itu ketika Ramadan. - Foto TRT
Thaipusam: Tambang percuma KTM Komuter cermin nilai inklusif kerajaan MADANI - Exco
Keputusan berkenaan menunjukkan dasar kerajaan MADANI bukan sekadar retorik, tetapi benar-benar menitikberatkan kebajikan rakyat.
NSFC akan lakukan penstrukturan gaji pasukan musim depan
Tunku Syed Razman berkata pihaknya sedang menjalani fasa peralihan bagi membina semula struktur kelab.
Singapura lulus rang undang-undang perkukuh keharmonian kaum
Rang Undang-Undang RH dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan dibacakan bersama RUU Pindaan Perlembagaan Republik Singapura.
Uzbekistan cadang kumpulan pakar bersama tangani Islamofobia melalui dialog
Sarjana Islam Uzbekistan dan Malaysia dicadang anggotai kumpulan dialog bagi sampaikan sifat kemanusiaan dan keamanan Islam kepada masyarakat antarabangsa
Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Malaysia kalah lagi, kali ini kepada Argentina
Malaysia bermula baik membuka tirai dengan gol padang Shamie Irfan Suhaimi pada minit ke-12, bagaimanapun momentum itu gagal diteruskan.
Pilihan raya Delhi: Pemberian percuma jadi taruhan politik
Lebih 13,000 pusat mengundi akan dibuka di seluruh bandar bagi membolehkan pengundi memilih 70 anggota dewan negeri yang baharu.
Presiden Uzbekistan tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Ini adalah lawatan pertama Mirziyoyev ke negara ini sejak dilantik sebagai Presiden pada Disember 2016.
Dua bekas juruterbang Japan Airlines digantung tugas kerana berbohong minum arak
Kedua-dua mereka "memberikan penjelasan palsu kepada syarikat selepas tiba dan cuba menutup kesalahan pengambilan alkohol secara berlebihan."
Ciri baharu jadikan penjejakan pedati Thaipusam lebih menarik
Lebih 1.5 juta penganut Hindu dari seluruh negara serta pelancong dijangka membanjiri Pulau Pinang bagi sambutan Thaipusam tahun ini.
Ahli sains China bangunkan model baharu AI bagi ramalan siklon
Ramalan cuaca berangka dan pendekatan statistik sering gagal mengambil kira faktor persekitaran dan struktur yang kompleks.
Jubah Rasulullah tarikan utama Masjid Hirka-i Sharif sepanjang Ramadan
Dilaporkan lebih 20,000 umat Islam mengunjungi masjid berkenaan setiap hari untuk melihat jubah itu ketika Ramadan.