KUALA LUMPUR: Jumlah trafik global bagi perjalanan udara pada Julai 2022 yang diukur menerusi hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK) meningkat 58.8 peratus berbanding Julai 2021, dipacu terutamanya daripada pemulihan kukuh yang berterusan bagi trafik antarabangsa.
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) berkata trafik di peringkat global pada masa ini berjumlah 74.6 peratus daripada tahap sebelum krisis.
"Trafik domestik pada Julai 2022 menokok 4.1 peratus berbanding setahun lepas dan kini memacu pemulihan.
"Jumlah trafik domestik pada Julai 2022 sebanyak 86.9 peratus daripada tahap pada Julai 2019. China menyaksikan peningkatan bulan ke bulan yang kukuh berbanding Jun," katanya dalam kenyataan semalam.
Menurutnya trafik antarabangsa naik 150.6 peratus berbanding Julai 2021, manakala RPK antarabangsa Julai 2022 mencapai 67.9 peratus daripada paras Julai 2019 dengan keseluruhan pasaran mencatatkan pertumbuhan kukuh, diterajui Asia Pasifik.
Ketua Pengarah IATA Willie Walsh berkata prestasi Julai terus mengukuh dengan sebilangan pasaran menghampiri tahap sebelum COVID-19 walaupun mengalami kekangan kapasiti di negara-negara yang belum bersedia dengan kehadiran orang ramai yang kembali aktif melakukan perjalanan.
"Masih banyak aspek yang perlu dipulihkan, tetapi ini merupakan isyarat sangat baik memandangkan kita menuju ke kawasan musim luruh dan musim sejuk yang secara tradisinya lebih lewat di Hemisfera Utara.
Beliau berkata sektor penerbangan terus mencatatkan pemulihan berikutan orang ramai mengambil peluang untuk melakukan perjalanan.
"Pandemik menunjukkan bahawa penerbangan bukanlah satu kemewahan, sebaliknya adalah keperluan dalam dunia global dan saling berkait.
"Sektor penerbangan komited untuk terus memenuhi permintaan orang ramai dan perdagangan serta melaksanakannya secara mampan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 07 2022

IATA berkata trafik perjalanan udara di peringkat global pada masa ini berjumlah 74.6 peratus daripada tahap sebelum krisis. - Gambar hiasan/REUTERS
Mogok pekerja: hampir 300 penerbangan terjejas di Hamburg
Hampir 300 penerbangan terpaksa dibatalkan di Lapangan Terbang Hamburg pada Ahad selepas pekerja perkhidmatan darat melancarkan mogok tanpa notis awal.
Pasca perang : pemimpin Syria ikrar tumpaskan pemberontak Pro-Assad
Pemimpin baharu Syria, Ahmed Sharaa, berikrar untuk memburu pihak yang terlibat dalam pertempuran ganas antara penyokong setia bekas Presiden Bashar al-Assad dan kerajaan baharu negara itu.
Perang di Ukraine: tentera Rusia kuasai tiga penempatan baharu di Kursk
Tentera Rusia pada Ahad berjaya menawan semula tiga lagi penempatan di wilayah barat Kursk dalam usaha mengusir pasukan Ukraine yang menguasai sebahagian wilayah itu sejak tujuh bulan lalu susulan pencerobohan rentas sempadan.

Casteels angkat kaki, protes kepulangan Courtois
Casteels berang dengan tindakan Persatuan Bolasepak Diraja Belgium (KBVB) yang dilihat membuka pintu seluas-luasnya untuk Courtois.

EPL: Manchester United tak rela dicop 'park the bus'
Walaupun mendahului dalam babak pertama, mereka akhirnya terpaksa berpuas hati apabila Declan Rice menyamakan kedudukan.
Gencata senjata: Israel henti bekalan elektrik ke Gaza, tekan Hamas
Israel pada Ahad mengumumkan akan menghentikan bekalan elektrik ke Gaza.
Gencatan senjata: A.S dan Hamas runding bebas tebusan di Gaza
Pemimpin Hamas mengadakan beberapa pertemuan dengan perunding tebusan Amerika Syarikat, Adam Boehler, bagi membincangkan pembebasan seorang tahanan Amerika-Israel yang ditahan oleh kumpulan itu di Gaza.
Letupan di Golok: Thailand jamin tingkatkan keselamatan penduduk
Kementerian Pertahanan Thailand memberi jaminan bahawa agensi keselamatannya akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan keselamatan penduduk di selatan Thailand susulan beberapa insiden pengeboman dan tembakan, pada Sabtu.
Keselamatan: Tangguh perjalanan tak penting ke Yala, Narathiwat dan Pattani - Wisma Putra
Rakyat Malaysia yang akan dan sedang berada wilayah Yala, Narathiwat dan Pattani di Thailand dinasihat mengambil langkah berhati-hati dan sentiasa berwaspada susulan beberapa insiden keselamatan yang berlaku, baru-baru ini.

Parti Liberal Kanada pilih Mark Carney ganti Justin Trudeau
Walaupun Carney akan ambil alih kepemimpinan Parti Liberal, Trudeau, bagaimanapun, akan kekal sebagai PM Kanada untuk tempoh peralihan.

Permintaan penumpang global meningkat 10 peratus pada Januari - IATA
IATA berkata syarikat penerbangan di Asia-Pasifik merekodkan peningkatan 21.8 peratus tahun ke tahun dalam permintaan.

Kargo udara global melonjak 11.3 peratus tahun lepas, melangkaui rekod 2021 - IATA
Ini menandakan puncak bersejarah baharu, melangkaui volum 2021 sebanyak 0.5 peratus, sebelum ini merupakan rekod tertinggi.

Permintaan kargo udara, penumpang global naik lebih 8 peratus pada November 2024 - IATA
Willie Walsh berkata, setelah mempertimbangkan semua faktor, prestasi kargo udara dijangka menutup tahun 2024 dengan catatan menguntungkan.

Industri syarikat penerbangan akan pertingkat keuntungan pada 2025 - IATA
Jumlah pendapatan industri pula dijangka mencecah AS$1.01 trilion (RM4.46 trilion), peningkatan 4.4 peratus berbanding 2024.

AS$1.7 bilion dana syarikat penerbangan disekat di beberapa negara - IATA
Beberapa kerajaan bertindak menyekat penghantaran pulang dana syarikat penerbangan yang berjumlah AS$1.7 bilion setakat akhir Oktober 2024.

Permintaan penumpang global naik 7.1 peratus pada Oktober 2024 - IATA
IATA berkata jumlah kapasiti yang berdasarkan tempat duduk disediakan bagi setiap kilometer, menokok 6.1 peratus tahun ke tahun.

Permintaan penumpang global naik 7.1 peratus pada September - IATA
Jumlah permintaan penumpang global yang mengikut hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK) meningkat 7.1 peratus tahun ke tahun pada September 2024 berbanding tahun lepas

IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.

IATA tawar mata wang digital dalam sistem penyelesaian kewangan
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa akan menawarkan mata wang digital dalam sistem penyelesaian kewangan yang dikendalikannya untuk industri penerbangan.

IATA desak kerajaan lindungi penerbangan awam ketika peningkatan konflik global
Penting sekarang ini melindungi sektor penerbangan awam termasuk lapangan terbang dan infrastruktur navigasi udara ketika berada dalam tempoh konflik.