SEOUL: Kepekatan tritium dalam air laut susulan pelepasan air tercemar dari loji janakuasa nuklear Fukushima Jepun yang musnah adalah jauh di bawah had standard, kata seorang pegawai Korea Selatan pada Isnin.
Sebanyak 246 bilion becquerel tritium, isotop radioaktif hidrogen yang masih boleh dikesan selepas rawatan melalui sistem penulenan khas dikenali sebagai ALPS, dilepaskan dari Khamis hingga Ahad, menurut timbalan ketua pertama Pejabat untuk Penyelarasan Dasar Kerajaan, Park Ku Yeon.
Pengendali loji, Tokyo Electric Power Company (Tepco) telah memantau kepekatan tritium dalam air laut berhampiran untuk menilai potensi kesannya ke atas lautan sejak pelepasan bermula Khamis lepas.
"Kepekatan dalam 3 kilometer dari loji nuklear adalah jauh di bawah had standard," Agensi Berita Yonhap memetik Park sebagai berkata semasa taklimat harian.
Kepekatan tritium yang diukur di mana air laut dan air terawat keluar daripada tangki K4 digabungkan juga berada di bawah hadnya, menurut Park. Tangki-tangki itu menyimpan air yang dirawat melalui ALPS.
Tritium, yang berlaku secara semula jadi tetapi juga boleh dihasilkan sebagai hasil sampingan reaktor nuklear, dianggap tidak stabil dan radioaktif. Ia diketahui meningkatkan risiko kanser jika diambil dalam kuantiti yang sangat banyak.
Park juga menyatakan tahap sinaran yang dijalankan oleh TEPCO berada dalam had yang dibenarkan, menunjukkan bahawa air laut sedang dicairkan dengan betul.
Beliau menyebut bahawa tiga pegawai Korea Selatan telah berlepas ke Jepun untuk melawat pejabat lapangan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa yang terletak di Fukushima.
Lawatan itu adalah sebahagian daripada langkah susulan selepas Presiden Yoon Suk Yeol meminta Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida untuk memasukkan pakar Korea Selatan dalam memantau pelepasan air Fukushima.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 28 2023
![Jumlah tritium dalam laut selepas pelepasan air Fukushima di bawah had: Korea Selatan Jumlah tritium dalam laut selepas pelepasan air Fukushima di bawah had: Korea Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692877599_FukushimaDaiichinu.jpg)
Kepekatan tritium dalam air laut susulan pelepasan air tercemar dari loji janakuasa nuklear Fukushima Jepun yang musnah adalah jauh di bawah had standard, kata seorang pegawai Korea Selatan pada Isnin. - Gambar fail/AP
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Jepun mulakan fasa kedua pelepasan air tercemar Fukushima Jepun mulakan fasa kedua pelepasan air tercemar Fukushima](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696477443_TBFukushimaDaiichi.jpg)
Jepun mulakan fasa kedua pelepasan air tercemar Fukushima
Fasa kedua pelepasan bermula kira-kira 10.30 pagi dan dijadualkan berterusan hingga 23 Okt.
![Jumlah tritium dalam laut selepas pelepasan air Fukushima di bawah had: Korea Selatan Jumlah tritium dalam laut selepas pelepasan air Fukushima di bawah had: Korea Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692877599_FukushimaDaiichinu.jpg)
Jumlah tritium dalam laut selepas pelepasan air Fukushima di bawah had: Korea Selatan
Kepekatan tritium dalam air laut susulan pelepasan air tercemar dari loji janakuasa nuklear Fukushima Jepun yang musnah adalah jauh di bawah had standard.
![Keputusan Jepun teruskan pelepasan sisa air Fukushima 'mengecewakan' - Pakar Keputusan Jepun teruskan pelepasan sisa air Fukushima 'mengecewakan' - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688620131_FukushimaDaiichinu.jpg)
Keputusan Jepun teruskan pelepasan sisa air Fukushima 'mengecewakan' - Pakar
Jepun dilapor telah merawat tercemar nuklear yang dirawat ke tahap di mana pegawai mengatakan ia tidak lagi berbahaya, dan memutuskan untuk mula mengalirkannya ke Lautan Pasifik.