JURUGAMBAR Perancis berusia 30 tahun yang terkenal dengan aksi memanjat beberapa menara di seluruh dunia, menemui ajal apabila terjatuh dari aras 68 sebuah bangunan pencakar langit, ketika mengambil gambar.
Daily Mail melaporkan, Remi Lucidi atau dikenali sebagai 'Remi Enigma' dalam media sosial dilaporkan sampai di tingkat 68 pada ketinggian 219 meter di Menara Tregunter, sebuah blok kediaman mewah di Hong Kong.
Lucidi dilihat seorang pembantu rumah mengetuk tingkap untuk masuk semula dalam bangunan, bagaimanapun dia terjatuh dan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum bantuan tiba.
Sebelum kematiannya itu, jurugambar itu dilihat tiba di menara pada 7.30 petang (waktu tempatan) dan memberitahu pengawal keselamatan bahawa dia hendak melawat rakannya di tingkat 40 bangunan tersebut.
Rakaman kamera CCTV mendapati Lucidi keluar dari lif di tingkat 49 sebelum menaiki tangga ke bahagian paling atas tingkat 68.
Laporan menambah, dia berjaya membuka pintu atas bumbung menara itu walaupun dikunci.
Sehari sebelum kematiannya, Lucidi pernah menyiarkan gambar bangunan tinggi di Hong Kong menerusi akaun Instagram miliknya. - Sinar Harian/ Agensi
Sinar Harian
Mon Jul 31 2023

Remi Enigma maut selepas terjatuh dari aras 68 sebuah bangunan pencakar langit di Hong Kong. - Gambar/ Instagram Remi Enigma
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Jurugambar 'daredevil' Perancis maut jatuh dari tingkat 68 di Hong Kong
Seorang jurugambar Perancis yang terkenal dengan aksi memanjat beberapa menara di seluruh dunia, menemui ajal apabila terjatuh dari aras 68 sebuah bangunan di Hong Kong.