Warga Switzerland Andre Xavier Justo, yang dijatuhi hukuman penjara tiga tahun kerana cuba memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International, telah mendapat pengampunan diraja.
Menurut peguam Worrasit Piriyawiboon, anak guamnya mendapat pengampunan sempena ulang tahun ke-70 Raja Bhumibol Adulyadej menduduki takhta dan ulang tahun kelahiran Permaisuri Sirikit.
"Pengumuman mengenai Pengampunan Diraja disiarkan dalam laman web Warta Diraja malam tadi. Saya menghubungi pegawai pemulihan dan beliau mengesahkan bahawa nama Justo berada dalam senarai," kata beliau kepada Bernama hari ini.
Pengampunan itu bermakna bahawa Justo yang disifatkan sebagai seorang banduan yang sangat baik" oleh pihak berkuasa penjara Thailand akan menjalani hukuman penjara yang singkat kerana hukuman penjara ke atasnya dikurangkan sebanyak satu pertiga Worrasit berkata Justo telah menjalani hukuman penjara setahun daripada tempoh hukuman selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Jenayah Bangkok Selatan tahun lepas. Selepas diberi pengampunan Diraja, dia hanya akan menjalani hukuman penjara untuk setahun lagi.
Beliau berkata bekas eksekutif IT berusia 49 tahun itu mungkin akan menjalani baki hukuman penjara secara parol atau dipindahkan ke penjara lain bergantung kepada syarat-syarat di bawah Pengampunan Diraja.
Justo didapati bersalah pada 17 Ogos gtahun lepas selepas dia mengaku cuba memeras ugut PetroSaudi International, yang mempunai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad.
Mahkamah mengarahkan hukuman penjara bermula pada 22 Jun, hari Justo ditangkap di pulau peranginan Koh Samui di selatan Thailand.
Dia dituduh mengikut Seksyen 338 Kanun Keseksaan Thailand yang memperuntukkan hukuman penjara satu hingga 10 tahun dan denda antara 2,000 baht (RM222) dan 20,000 baht (RM2,223).
Bernama
Tue Aug 09 2016

Menurut peguam Worrasit Piriyawiboon, anak guamnya mendapat pengampunan sempena ulang tahun ke-70 Raja Bhumibol Adulyadej. - Gambar fail
Indonesia perkenal pelan kerja fleksibel atasi kesesakan
Kerajaan mengumumkan dasar pelan kerja fleksibel (FWA) bagi membantu mengurangkan kesesakan dalam tempoh perjalanan yang paling sibuk sepanjang tahun.
Jet Pejuang Filipina Hilang Semasa Operasi ‘Taktikal’
Sebuah jet pejuang FA-50 milik Tentera Udara Filipina (PAF) bersama dua anak kapalnya dilaporkan hilang semasa operasi semalaman selepas berlepas dari sebuah pangkalan berhampiran bandar Cebu, menurut pegawai tentera udara pada Selasa
Lima bidang utama digaris dalam Mesyuarat Pemukiman Jawatankuasa Pegawai Kanan SOCA
Lima bidang utama digariskan dalam Mesyuarat Pemukiman Jawatankuasa Pegawai Kanan bagi Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (SOCA).
Festival Makanan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Putrajaya bersedia menjadi hab cita rasa Asia Tenggara dengan penganjuran Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya (PRAFF) 2025 yang berlangsung bermula pada hari ini hingga 28 Mac.
Sidang kemuncak dengan Amerika Syarikat dalam peringkat perancangan
Sidang kemuncak yang dirancang asean bersama Amerika Syarikat (AS) kini berada dalam peringkat perancangan.
Pengendali kereta api Indonesia lihat peningkatan penumpang
Lebih 246,000 penumpang menggunakan perkhidmatan kereta api jarak jauh di seluruh Indonesia dalam beberapa hari kebelakangan ini, susulan peningkatan permintaan menjelang Ramadan
Manila gantung kelas bersemuka akibat indeks haba tinggi
Kerajaan Manila menggantung kelas bersemuka di semua peringkat bagi sekolah awam dan swasta akibat indeks haba yang tinggi, laporan dari Philippine News Agency.
Phuket perlu strategi pertumbuhan baru
Dewan perniagaan Phuket menggalakkan sektor swasta menetapkan strategi baharu bagi pembangunan ekonomi dalam menghadapi peningkatan persaingan serantau.
Pantau Agenda Reformasi: RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 bacaan kali kedua dibentangkan
Ikuti ulasan Pengarah Eksekutif, Institute for Political Reform and Democracy (REFORM), Idzuafi Hadi Kamilan mengenai Rang Undang-undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 yang telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada Selasa.

57 MP pembangkang khianati usaha reformasi institusi Parlimen - PM
Sokongan penuh dua pertiga Ahli Parlimen dalam meluluskan RUU berkenaan, adalah membuktikan betapa kukuh dan stabil Kerajaan Madani di bawah pimpinan Anwar.

'Saya bukan proksi Najib' - Bekas Pengerusi 1MDB
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu tidak dilantik dalam syarikat pelaburan strategik negara itu semata-mata untuk memastikan semua keputusan Najib dilaksanakan.

Bekas Pengerusi 1MDB diasak soalan berhubung kenyataan bukan proksi Najib
Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, 75, diasak dengan soalan pasukan pendakwaan berkaitan kenyataan beliau bukan proksi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

1MDB: SPRM ambil masa lebih sebulan rakam keterangan - Saksi
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi SPRM mengambil masa lebih sebulan untuk melengkapkan rakaman percakapannya.

1MDB: Jho Low tiada peranan dalam proses membuat keputusan - Saksi
Menurut saksi, beliau tidak pernah dimaklumkan dan tiada siapa dalam kalangan pengurusan yang memberitahunya bahawa Jho Low mempunyai pengaruh sedemikian.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.