Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla menyertai ribuan orang di 'Blang Padang' di sini pagi tadi bagi memperingati ulang tahun ke-10 tragedi tsunami melanda Aceh.
Mereka berada di Blang Padang seawal pukul 8 pagi (waktu tempatan).
Tepat pukul 8.15 pagi (9.15 pagi waktu Malaysia), seluruh penduduk Aceh bertafakur selama seminit.
Solat Jummat khas turut diadakan di Masjid Raya Baiturrahman sempena hari Jumaat hari ini.
Tanah Perkuburan Masal Siron yang menempatkan kira-kira 47,000 mangsa tsunami turut dibanjiri ribuan orang yang dipenuhi suasana pilu dan sedih.
Bagi Cut Muliana Bunaga, 55, dari Nagan Raya Aceh yang terletak 300 kilometer dari Banda Aceh, setiap tahun dia akan mengunjungi tanah pekuburan ini bagi membacakan Yasin kepada kedua-dua anak perempuannya yang menjadi korban tsunami.
"Biarpun saya tinggal jauh dari sini, wajib bagi saya untuk datang setiap tahun. Bila masuk tanggal 26 Dis, saya dengan suami saya akan ke Banda Aceh dan datang ke kubur ini untuk anak saya," katanya kepada Bernama.
Cut Muliana turut menceritakan bahawa pada hari bencana, tiga anak perempuannya yang bersekolah di sebuah sekolah agama di utara Aceh dihanyut ombak tsunami.
Namun hanya anak perempuan pertamanya, Irfa Kurniawati, 18, yang terselamat manakala dua yang lain iaitu Rina Magasari, 13, dan Ului Yestari, 17, menjadi korban.
Dia sehingga kini tidak menemui mayat kedua-dua anaknya malah dia juga tidak pasti sama ada anak-anaknya itu dikuburkan di tanah pekuburan ini.
"Saya tidak tahu mana kedua-dua anak saya ditanam, sebab mayat mereka tidak dijumpai. Tapi saya yakin di sini, biarpun tidak ada dokumen sah yang menyatakan anak saya di tanah pekuburan ini, tetapi saya sebagai ibu, saya dapat merasai mereka di sini," katanya sambil mengalirkan air mata.
Bernama
Fri Dec 26 2014

Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla (2 dari kanan) dan Gabenor Aceh Zaini Abdullah berjabat tangan dengan 35 wakil dari negara-negara penderma di Banda Aceh. AFP PHOTO /DIDI
Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima, khususnya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

UNHCR gesa tindakan segera selepas cubaan usir pelarian Rohingya di Banda Aceh
UNHCR menggesa pihak berkuasa tempatan supaya mengambil tindakan segera bagi memastikan etnik Rohingya dilindungi.

Indonesia minta AirAsia buka semula penerbangan ke Banda Aceh - Anthony Loke
Kerajaan akan arahkan AirAsia untuk membuka semula laluan penerbangan ke Banda Aceh, Indonesia atas permintaan kerajaan republik itu.

Firefly lancar penerbangan terus Pulau Pinang-Banda Aceh
Syarikat penerbangan itu akan mengendalikan perkhidmatan dua kali seminggu ke BTJ dari PEN dan sebaliknya.

Belalai dipotong terkena jerat, anak gajah betina mati selepas dua hari dirawat
Jumlah gajah Sumatera yang maut akibat dijerat atau diracun kini telah mencecah sehinga 25 ekor sejak sembilan tahun lalu.

Beberapa siri gempa bumi gegarkan Banda Aceh dan Bali
Menurut BMKG, gempa terkuat dengan magnitud 4.8 itu berlaku pada jam 10.30 malam (waktu tempatan) pada Rabu yang sebelum itu turut berlaku beberapa siri gempa dengan magnitud 4.0 dan 4.2 skala Richter

Dua remaja disebat kerana berpelukan di tempat awam
Dua remaja di Banda Aceh dihukum sebat pada Khamis setelah ditangkap kerana berpelukan semasa berada di tempat awam.

Tiket pesawat mahal, warga Aceh terbang ke KL dulu sebelum ke Jakarta
Peningkatan harga tiket penerbangan domestik yang naik berkali ganda mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan penumpang.

Jusuf Kalla hadir majlis peringati mangsa Tsunami di Banda Aceh
Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla menyertai ribuan orang di 'Blang Padang' pagi tadi bagi memperingati ulang tahun ke-10 tragedi tsunami melanda Aceh.

Gempa bumi 6.2 magnitud landa Sumatera
Menurut laporan pusat pemantau gempa Amerika Syarikat, US Geological Survey, USGS gempa terjadi di kedalaman sembilan kilometer, kira-kira 300 kilometer ke barat Banda Aceh.