ROM: Anggota kabinet baharu Itali yang diketuai Perdana Menteri Giorgia Meloni memenangi undi percaya di Dewan Negara pada Khamis dengan margin selesa.
Seramai 115 Ahli Parlimen menyokong kerajaan Meloni, manakala 79 lagi menentang dan lima berkecuali.
Dalam perkembangan lebih awal pada Selasa di Dewan Rakyat, kerajaan diterajui Meloni memperoleh sokongan 235 Ahli Parlimen, manakala 154 lagi menentang dan lima berkecuali.
Dua usul undi percaya itu selaras dengan perlembagaan Itali bagi membolehkan kerajaan baharu beroperasi sepenuhnya.
Meloni, Perdana Menteri wanita pertama Itali, memberitahu Parlimen bahawa matlamatnya termasuk mengekang kos tenaga yang tinggi dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi lebih kukuh di negara Eropah itu.
Malah, beliau turut menyatakan sokongan berterusan untuk Ukraine selain mengukuhkan peranan Perdana Menterii.
Pada masa ini, kerajaan yang diterajui Meloni menghadapi rentetan cabaran menggerunkan, terutamanya kemelesetan yang tinggi, bil tenaga yang meningkat dan bagaimana untuk membentangkan barisan bersatu dalam perang Ukraine.
Parti Brothers of Italy pimpinan Meloni mendahului Pilihan Raya Umum Itali pada 25 September dengan memperoleh lebih 26 peratus undi.
Parti itu adalah sebahagian daripada gabungan merangkumi Forza Italia diketuai bekas Perdana Menteri, Silvio Berlusconi dan League dipimpin Matteo Salvini.
Kerajaan baharu itu akan mengangkat sumpah secara rasmi pada Sabtu di mana teknokrat membentuk seluruh skuad terdiri 24 orang, yang merangkumi hanya enam wanita.
Ia menggantikan pentadbiran perpaduan negara yang diketuai bekas Ketua Bank Pusat Eropah, Mario Draghi.
Astro Awani
Fri Oct 28 2022

Seramai 115 Ahli Parlimen menyokong kerajaan Meloni, manakala 79 lagi menentang dan lima berkecuali. - Foto AP

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion
Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion.
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

PM Itali Meloni disiasat berhubung pembebasan suspek warga Libya
ICC menuntut penjelasan, mengatakan bahawa pihaknya tidak dirundingkan mengenai keputusan tersebut.

Sidang G7: PM Itali Meloni, Presiden Perancis Macron bertelagah
Ketegangan memuncak antara Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni, dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron, semasa sidang kemuncak G7 di Itali.

Itali isytihar darurat susulan kebanjiran pendatang
Itali pada Selasa mengisytiharkan darurat selama enam bulan bagi menangani lonjakan kebanjiran pendatang asing yang tiba di negara itu melalui Laut Mediterranean, lapor media tempatan.

Tiga maut, empat cedera insiden tembakan di kedai kopi
Lelaki itu dipercayai menyasarkan ahli mesyuarat lembaga kondominium dan suspek berjaya ditahan.

Itali umum pakej bantuan 9.1 bilion Euro untuk tangani harga tenaga yang melonjak tinggi
Giorgia Meloni berkata pakej itu akan menyediakan tindak balas segera terhadap keperluan ekoran bil tenaga yang lebih tinggi.

Kabinet baharu Itali menang undi percaya
Kabinet baharu Itali yang diketuai Perdana Menteri Giorgia Meloni memenangi undi percaya.

Kabinet baharu Itali menang undi percaya di dewan perwakilan
Anggota Kabinet baharu Itali diketuai Perdana Menteri Giorgia Meloni memenangi undi percaya di dewan perwakilan pada Selasa.

PM baharu Itali Giorgia Meloni seru semua pihak bersatu tangani cabaran
Meloni menerima mandat membentuk kerajaan baharu selepas partinya memenangi 26 peratus undi dalam pemilihan baru-baru ini.

Giorgia Meloni bakal jadi Perdana Menteri wanita pertama Itali - Tinjauan
Ini berdasarkan tinjauan pasca pengundian yang berakhir dalam pilihan raya Itali, pada Ahad.