ROME: Anggota Kabinet baharu Itali diketuai Perdana Menteri Giorgia Meloni memenangi undi percaya di dewan perwakilan pada Selasa, dengan 235 Ahli Parlimen menyokong, manakala 154 lagi menentang dan lima berkecuali, lapor Xinhua.
Bagaimanapun, anggota Kabinet berkenaan perlu memenangi usul undi percaya kedua di Senat pada Rabu sebelum dapat menjalankan tugas sepenuhnya.
Menjelang tempoh pengundian, Meloni menggariskan perkara utama yang bakal dilaksanakan kerajaannya, berikrar untuk memimpin negara sebaik mungkin dengan melalui apa yang disifatkannya sebagai detik paling sukar dalam tempoh beberapa dekad.
Beliau juga berjanji untuk mematuhi peraturan Kesatuan Eropah (EU).
Meloni, pemimpin Brothers of Italy merupakan wanita pertama dilantik sebagai perdana menteri di negara itu.
Beliau memperoleh 26 peratus undi dalam pilihan raya awal yang diadakan pada 25 Sept.
Oleh itu, Presiden Sergio Mattarella melantik Meloni memimpin kerajaan pada 22 Okt.
Dalam ucapan sulungnya menjelang undi percaya, Meloni menegaskan bahawa Itali akan terus bergerak seiringan dengan negara-negara Barat.
"Itali merupakan sebahagian daripada Barat, antara pengasas Kesatuan Eropah, eurozone dan pakatan Atlantik (Utara)," katanya.
Sementara itu di peringkat domestik, Meloni berkata keutamaan kerajaan termasuk pembaharuan perlembagaan dengan memperkenalkan sistem presiden, sistem "flat-tax" yang lebih luas, dan meningkatkan sokongan untuk isi rumah dan golongan wanita dalam pasaran pekerjaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 26 2022

Meloni, pemimpin Brothers of Italy merupakan wanita pertama dilantik sebagai perdana menteri di negara itu. - AP

Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion
Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion.
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Tindakan tegas terhadap sesiapa saja cuba timbul perpecahan dalam negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak sesekali cuba mencetuskan perpecahan di negara ini.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

Kabinet baharu Itali menang undi percaya di dewan perwakilan
Anggota Kabinet baharu Itali diketuai Perdana Menteri Giorgia Meloni memenangi undi percaya di dewan perwakilan pada Selasa.