SEOUL: Jawatankuasa Presiden Korea Selatan khusus bagi menangani masyarakat menua, melancarkan pasukan perancang dasar pada Isnin, dengan matlamat untuk mengukuhkan hubungan antara kementerian mengenai dasar penduduk berikutan kadar kelahiran yang sangat rendah, lapor agensi berita Yonhap.
Langkah itu diambil ketika kadar kesuburan di Korea Selatan, dengan purata bilangan anak yang dilahirkan sepanjang hayat seorang wanita mencecah rekod terendah sebanyak 0.78 pada 2022, jauh lebih rendah berbanding tahap penggantian 2.1 yang akan mengekalkan populasi Korea Selatan stabil pada 51 juta.
Jawatankuasa Presiden mengenai Masyarakat Menua dan Dasar Penduduk menyatakan negara itu berada pada tahap untuk memasuki masyarakat "super-tua" pada 2025, dengan warga emas berumur 65 tahun ke atas mencecah 20 peratus daripada jumlah penduduk.
Pasukan baharu itu akan diketuai bersama oleh kementerian kewangan dan kesihatan.
Pasukan itu akan menyemak dan mempromosi dasar yang bukan sahaja menangani kadar kelahiran yang rendah dan cabaran yang timbul disebabkan masyarakat yang semakin tua, bahkan dapat mengurus perubahan dalam struktur populasi secara berkesan.
"Kami merancang untuk menganalisis secara menyeluruh dan menangani kesan sosioekonomi dan risiko perubahan struktur penduduk," menurut Naib Menteri Kewangan I, Bang Ki Sun.
Beliau berkata kerajaan akan mengumumkan butiran dasar-dasar yang sedang dirancang itu dalam masa terdekat.
Menurut data terkini kerajaan, hanya 21,138 bayi dilahirkan pada bulan Mac tahun ini, turun 8.1 peratus daripada tahun sebelumnya yang merupakan jumlah terendah bagi Mac sejak agensi statistik mula mengumpul data bulanan pada 1981.
Bilangan bayi yang dilahirkan di Korea Selatan merosot setiap tahun selama 88 bulan berturut-turut.
Menurut data terbaharu minggu lepas, warga Korea Selatan berumur 65 tahun ke atas dijangka membentuk 46.4 peratus daripada jumlah penduduk pada 2070. - BERNAMA
Bernama
Mon Jun 19 2023
![Kadar kelahiran rendah: Korea Selatan lancar pasukan baharu rangka dasar populasi Kadar kelahiran rendah: Korea Selatan lancar pasukan baharu rangka dasar populasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81654668519_seoulkoreaselatan.jpg)
Menurut data terbaharu minggu lepas, warga Korea Selatan berumur 65 tahun ke atas dijangka membentuk 46.4 peratus daripada jumlah penduduk pada 2070. - Gambar fail/AP
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Mahkamah Korea Selatan akan dengar permohonan batal penahanan Yoon minggu depan Mahkamah Korea Selatan akan dengar permohonan batal penahanan Yoon minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739223444_YoonSukYeolSouth.jpg)
Mahkamah Korea Selatan akan dengar permohonan batal penahanan Yoon minggu depan
Mahkamah Daerah Pusat Seoul menetapkan 20 Feb sebagai tarikh pendengaran bagi menyemak permohonan Yoon untuk membatalkan penahanannya dan membebaskannya.
![Kementerian luar, perdagangan dan pertahanan Korea Selatan halang akses ke DeepSeek Kementerian luar, perdagangan dan pertahanan Korea Selatan halang akses ke DeepSeek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738801773_tbTheDeepSeekapp.jpg)
Kementerian luar, perdagangan dan pertahanan Korea Selatan halang akses ke DeepSeek
Menurut beberapa sumber kementerian, akses kepada perkhidmatan itu disekat pada komputer kementerian yang disambungkan ke rangkaian luaran.
![Lee Joo Sil, bintang veteran Squid Game meninggal dunia Lee Joo Sil, bintang veteran Squid Game meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738567746_Leejoosil.jpg)
Lee Joo Sil, bintang veteran Squid Game meninggal dunia
Seorang bintang veteran Korea Selatan, Lee Joo Sil, meninggal dunia pada usia 81 tahun.
![Budaya Korea Selatan jadi tarikan kepada pelancong perubatan asing Budaya Korea Selatan jadi tarikan kepada pelancong perubatan asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738470245_VirusOutbreakSouth.jpg)
Budaya Korea Selatan jadi tarikan kepada pelancong perubatan asing
Empat daripada 10 warga asing yang melawat Korea Selatan untuk rawatan perubatan menyatakan bahawa budaya negara itu mempengaruhi keputusan mereka.
![Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51698831714_GenericBaby.jpg)
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
![ATF 2025: Malaysia dan Korea Selatan komited perkukuh kerjasama pelancongan ATF 2025: Malaysia dan Korea Selatan komited perkukuh kerjasama pelancongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737287240_YuInchon.jpg)
ATF 2025: Malaysia dan Korea Selatan komited perkukuh kerjasama pelancongan
Malaysia dan Korea Selatan terus mengukuhkan lagi komitmen kedua-dua negara dalam mempererat hubungan dua hala melalui pelancongan.
![Penyokong Presiden Korea Selatan serbu mahkamah di Seoul Penyokong Presiden Korea Selatan serbu mahkamah di Seoul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737257661_YoonSukYeol.jpg)
Penyokong Presiden Korea Selatan serbu mahkamah di Seoul
Puluhan penunjuk perasaan menyerbu sebuah bangunan mahkamah di Seoul awal pagi ahad selepas Mahkamah melanjutkan tempoh penahanan Presiden Yoon Suk Yeol sehingga 20 hari.
![Ketidakstabilan politik berterusan boleh jejas ekonomi Korea Selatan Ketidakstabilan politik berterusan boleh jejas ekonomi Korea Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735206198_koreaselatanahli.jpg)
Ketidakstabilan politik berterusan boleh jejas ekonomi Korea Selatan
Moody's Ratings menyatakan bahawa kesan ketidakstabilan politik terhadap ekonomi Korea Selatan setakat ini masih terhad.
![Tiada pergaduhan dalam cubaan tahan Yoon - Ketua Keselamatan Presiden Korea Selatan Tiada pergaduhan dalam cubaan tahan Yoon - Ketua Keselamatan Presiden Korea Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736243464_tbProYoonprotester.jpg)
Tiada pergaduhan dalam cubaan tahan Yoon - Ketua Keselamatan Presiden Korea Selatan
Ketua Perkhidmatan Keselamatan Presiden Korea Selatan (PSS) menegaskan bahawa sebarang usaha untuk menahan Presiden yang didakwa, Yoon Suk Yeol tidak seharusnya mengakibatkan pergaduhan.
![Petronas Terbuka Malaysia: Ee Yi-Yew Sin lolos ke suku akhir Petronas Terbuka Malaysia: Ee Yi-Yew Sin lolos ke suku akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736416678_TBBADMINTON.jpg)
Petronas Terbuka Malaysia: Ee Yi-Yew Sin lolos ke suku akhir
Beregu profesional negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin, membawa cabaran negara ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia, sebentar tadi.