Ringkasan AI
- Kajian BBC mendapati bahawa mod gelap tidak semestinya menjimatkan bateri kerana 80% peserta meningkatkan keterangan skrin apabila menggunakan mod gelap.
- Sebarang penjimatan kuasa yang sepatutnya berlaku dengan mod gelap tidak dapat dinikmati jika keterangan skrin diubah.
- Untuk benar-benar mengurangkan penggunaan bateri, mod gelap hanya berkesan jika keterangan skrin tidak diubah.
Secara teorinya dalam mod gelap skrin tidak akan memaparkan warna putih yang lebih menggunakan bateri.
Tetapi kajian yang dilakukan oleh BBC mendapati mod gelap menyebabkan sebaliknya berlaku.
Ujian dilakukan dengan meminta peserta untuk menggunakan laman web BBC Sounds dalam mod gelap dan mod terang.
Sebanyak 80% peserta didapati meningkatkan keterangan skrin peranti apabila mengakses laman dalam mod gelap.
Oleh sebab itu sebarang penjimatan kuasa yang sepatutnya berlaku apabila menggunakan mod gelap tidak dapat dinikmati.
Oleh itu jika anda benar-benar ingin mengurangkan penggunaan bateri, penggunaan mod gelap hanya berkesan jika keterangan skrin tidak diubah. -Amanz
