Mengangkat inspirasi daripada kitab dan kesusasteraan lama, arkitek tersohor Moshe Safdie pada Jumaat berkata tarikan terbaharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Jewel, dibina berdasarkan ilham ‘taman mitos’.
“Singapura sudah ada banyak taman. Bagaimana kita hendak hasilkan sesuatu yang unik dan istimewa? Saya memikirkan tentang taman yang mengambil ilham daripada kitab dan kesusasteraan lama.
“Setiap budaya mempunyai konsep taman syurga. Malah, dalam filem Avatar, kita dibawa ke suatu tempat yang tidak pernah kita lihat sebelum ini,” ujarnya dalam temuramah bersama Channel NewsAsia.
Safdie yang juga mereka bentuk Marina Bay Sands, berkata dia terfikir tentang idea mencipta ‘kehebatan alam semula jadi’ di tengah-tengah lapangan terbang, dengan kawasan beli-belah yang padat dan sibuk pada satu sisi.
"Kita mahukan kawasan bazar, pusat beli-belah dan taman dalam satu kawasan namun terasing. Masing-masing dengan persekitaran dan ruangnya yang tersendiri,” ujarnya.
Vorteks hujan
Tambah Safdie, dia sering terpesona dengan kemampuan bangunan untuk menghimpun air hujan dan menggarapnya ke dalam bangunan supaya air hujan itu boleh digunakan.
Itulah inspirasi di sebalik penghasilan keluk kubah terbalik yang besar di tengah-tengah Jewel. Ia menaungi keseluruhan kawasan, dan ia berfungsi memusatkan air untuk jatuh di pusat kompleks itu.
“Tapi kami terfikir, bagaimana kalau kita biarkan saja ia tergantung begitu, tanpa disokong sebarang tiang. Ia akan menjadi air terjun yang hebat,” ujar Sahdie.
Air terjun setinggi 40meter yang dinamakan HSBC Rain Vortex itu juga merupakan air terjun dalam bangunan yang tertinggi di dunia. Airnya mengalir jatuh dari bucu bumbung kubah dengan isipadu 10,000 gelen seminit.
Semasa pertunjukan cahaya dan bunyi pada sebelah malam, isipadu air itu dikurangkan kepada 1,500 hingga 2,000 gelen seminit.
Menelan belanja sehingga S$1.3 bilion (RM3.95 bilion), Jewel Changi bakal menjadi tarikan terkini bagi warga tempatan dan pelancong antarabangsa untuk menikmati keindahan taman yang digabung dengan idea seni bina moden yang luar biasa.
Santuari tertutup berkeluasan 137,000 meter persegi itu menambahkan lagi pengalaman tetamu yang singgah di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi. Ia adalah pembangunan bersepadu yang menggabungkan taman, tarikan, peruncitan, medan selera hotel dan kemudahan yang menyokong operasi lapangan terbang.
Para pencinta alam hijau dan seni bina moden, pasti tidak sabar untuk melihat sendiri hasil kejuruteraan Jewel Changi yang menyerlah di bawah naungan kubah kaca ini!
Agensi
Sun Apr 14 2019
Jewel adalah tarikan seni bina terbaharu di Singapura, terhubung dengan mereka yang singgah di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi. - Reuters
Saham Nvidia menjunam 17 peratus, capai paras saham AS terendah 'angkara' DeepSeek
Saham Nvidia susut 17 peratus pada 27 Januari, menyebabkan nilai pasarannya berkurangan sebanyak AS$589 bilion.
Gabungan Peguam Negara saman Trump beku pembiayaan persekutuan
Tuntutan berkenaan adalah bagi mendapatkan perintah mahkamah untuk menghentikan serta-merta penguatkuasaan dasar OMB.
Radu tetap radu! - Khairul Fahmi Che Mat dedah faktor sertai Sabah
Khairul Fahmi turut beranggapan, Ong Kim Swee umpama seorang 'bapa' ketika di luar padang.
AWANI Pagi: OP Selamat 23: Tahun Baharu Cina 2025
Diskusi 8.30 pagi Rabu bersama Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri membincangkan mengenai segalanya tentang trafik, Op Selamat dan usaha pihak polis menjaga keselamatan khususnya semasa musim perayaan.
E-Commerce: Tackling Malaysia’s logistics divide
CEO of Ninja Van Malaysia, Lin Zheng shares insights on tackling logistical bottlenecks, especially between Peninsular and East Malaysia, while driving innovation to transform the nation’s e-commerce landscape.
Rumah dikelilingi lebuh raya kerana pemilik keras kepala
Rumah tersebut yang dilihat seperti bentuk mata dari pemandangan udara kini dilingkungi tembok konkrit.
AWANI Ringkas: Selamat Tahun Baharu Cina
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Kemarahan Arteta berbaloi, hukuman kad merah pemain Arsenal dibatalkan
Terdahulu, pemain berusia 18 tahun itu menerima kad merah oleh pengadil selepas didapati mengasari Matt Doherty, Sabtu lalu.
#AWANIRingkas 29 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 29 Januari 2025
1️⃣ Selamat Tahun Baharu Cina
2️⃣ Kepentingan kerjasama IPT dan industri
3️⃣ Tanah runtuh di Sarawak
#awaniringkas
1️⃣ Selamat Tahun Baharu Cina
2️⃣ Kepentingan kerjasama IPT dan industri
3️⃣ Tanah runtuh di Sarawak
#awaniringkas
JPJ keluar 1,968 saman menerusi Op TBC 2025
JPJ Terengganu mengeluarkan 1,968 saman dalam tempoh lapan hari pelaksanaan Op Khas TBC 2025 yang bermula pada 20 Jan lepas.
Kalau ke Singapura, jangan lupa kunjungi 'taman mitos' Jewel ini!
Perekanya sering terpesona dengan kemampuan bangunan untuk menghimpun air hujan dan garapannya ke dalam fungsi bangunan.