NEW DELHI: Kanada pada Selasa menegaskan keperluan untuk mempunyai kehadiran diplomatik yang kukuh di India selepas muncul laporan bahawa kerajaan India mahu mengurangkan bilangan diplomat Kanada secara drastik di negara itu.
Tindakan India dilaporkan diambil ketika ketegangan Kanada-India berterusan susulan kes pembunuhan seorang aktivis Sikh di pinggir bandar Vancouver dan didakwa didalangi ejen India.
New Delhi telah memberitahu Ottawa bahawa pihaknya mesti menghantar pulang 41 daripada 62 diplomatnya menjelang 10 Okt atau kekebalan diplomatik mereka akan ditarik balik, menurut laporan media.
Menteri Luar Kanada, Melanie Joly berkata kerajaannya sedang berbincang dengan India dalam hal ini.
"Dalam saat-saat genting, kerana memang terdapat ketegangan antara kedua-dua kerajaan kita, lebih penting lagi bahawa diplomat berada di lapangan.
"Itulah sebabnya kami percaya bahawa pentingnya mempunyai wakil diplomatik yang kukuh di India. Jadi, kami sedang berbincang dengan kerajaan India," kata Joly pada Selasa.
Pertikaian memuncak selepas kejadian pembunuhan pemimpin pemisah Hardeep Singh Nijjar, yang merupakan warga Kanada yang berasal dari India.
Penyokong gerakan Khalistan berusia 45 tahun, dikehendaki di India atas tuduhan keganasan, ditembak mati pada Jun di luar sebuah gurdwara di Surrey di wilayah British Columbia. - BERNAMA
Bernama
Wed Oct 04 2023

Kanada pada Selasa menegaskan keperluan untuk mempunyai kehadiran diplomatik yang kukuh di India selepas muncul laporan bahawa kerajaan India mahu mengurangkan bilangan diplomat Kanada secara drastik di negara itu.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Kanada, India saling usir diplomat atas tuduhan membunuh
India telah memanggil pulang diplomat utamanya dari Kanada selepas dituduh terlibat dalam kes pembunuhan seorang pembangkang Sikh.

Kanada tegaskan perlu 'kehadiran diplomatik kuat' ekoran India mahu 41 diplomatnya dihantar pulang
Kanada mesti hantar pulang 41 daripada 62 diplomatnya di India menjelang 10 Okt atau kekebalan diplomatik mereka akan ditarik balik.