TEL AVIV: Penyiar kebangsaan Israel, Kan News memuat naik lagu berbaur hasutan bertajuk 'kami akan memusnahkan semua orang di Gaza' di platform X sebagai sokongan untuk kempen pemusnahan besar-besaran tentera Israel ke atas rakyat Palestin di Genting Gaza.
Ia didendangkan sekumpulan enam kanak-kanak perempuan Yahudi dan berlatarbelakangkan pengeboman di Gaza serta serangan mengejut Hamas di penempatan haram Kfar Aza pada 7 Oktober lalu.
Lagu dan video tersebut dicipta oleh 'pakar komunikasi krisis' Ofer Rosenbaum yang mengetuai firma perhubungan awam, Rosenbaum Communcation.
Lapor The Electronic Intifada, Kan News menganggap lagu tersebut sebagai lagu persahabatan 2023 biar pun bait liriknya dipenuhi panggilan untuk genosid.
Berikut adalah antara bait lirik lagu tersebut: "Malam musim luruh jatuh di atas pantai Gaza, pesawat mengebom, kemusnahan, kemusnahan. Dalam masa setahun kami akan memusnahkan semua orang, dan kemudian kami akan kembali untuk membajak ladang kami."
Lirik lagu tersebut diterjemahkan oleh The Electronic Intifada dengan bantuan penulis bebas dan pembuat filem, David Sheen.
Kan News menyiarkan versi penuh lagu tersebut di akaun Xnya pada Ahad tetapi memadamkannya tidak lama selepas itu, di tengah-tengah bantahan daripada pengguna Israel lain.
Dua dekad lalu, stesen Radio Television Libre des Mille Collines (RTLM) telah disabitkan oleh tribunal antarabangsa kerana menghasut dan memperomosikan pemusnahan etnik Tutsi di Rwanda.
Pembunuhan beramai-ramai Tutsi oleh etnik Hutu berlaku pada 1994 dan meragut sekitar 500,000 hingga 800,000 nyawa dalam tempoh hanya 100 hari. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Tue Nov 21 2023
Kanak-kanak Yahudi menyanyikan lagu berbaur hasutan bagi menaikkan semangat tentera Israel di Gaza. - Foto agensi
Tipu umrah: Polis kesan terdapat unsur penipuan
Polis mengesan terdapat unsur penipuan berhubung kes sebuah syarikat yang didakwa melakukan penipuan pakej umrah membabitkan kerugian RM2.1 juta.
Kelewatan gencatan Gaza berpunca dari senarai nama tebusan Israel dibebaskan
Senarai nama-nama tebusan Israel di Gaza yang bakal dibebaskan pada hari pertama gencatan senjata akan dikeluarkan dalam waktu terdekat.
Malaysia atur hantar pulang 127 rakyat Palestin dalam tempoh gencatan senjata - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan sedang mengatur penghantaran pulang 127 rakyat Palestin termasuk 41 individu cedera yang dibawa ke Malaysia sebelum ini bagi menerima rawatan.
Hasrat untuk duet bersama Ziana Zain tercapai, Alyph rasa bertuah
Alyph menzahirkan rasa syukur selepas hasratnya untuk berkolaborasi dengan penyanyi legenda Ziana Zain menerusi album The Storm tercapai.
[TERKINI] Israel tunggu senarai tebusan, lengahkan laksana gencatan senjata
Prof Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof Dr Kamaruzzaman Yusof berkongsi analisis mengenai tindakan Israel melengahkan gencatan senjata, dan menggunakan alasan menanti senarai tebusan dari Hamas.
Perhilitan terima aduan kehadiran 'Pak Belang' di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan
Perhilitan) Perak mengesahkan menerima aduan berhubung serangan harimau belang terhadap lembu ternakan penduduk di kawasan berhampiran Kampung Kolam, Tanjung Rambutan.
Amaran hujan berterusantahap buruk di Sarawak sehingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) pada Ahad mengeluarkan amaran ramalan cuaca signifikan yang mengakibatkan amaran hujan berterusan (buruk) di Sarawak sehingga esok.
AISSE 25 inisiatif strategik sokong Malaysia pusat inovasi keselamatan, kerjasama dan kepimpinan
Persidangan dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AISSE 25) merupakan inisiatif strategik yang mendokong tujuan membariskan Malaysia sebagai pusat inovasi keselamatan, kerjasama dan kepimpinan.
[TERKINI] Polis tidak boleh periksa telefon bimbit tanpa alasan sah - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, pegawai polis tidak boleh memberhentikan individu secara sembarangan untuk memeriksa telefon bimbit mereka tanpa alasan yang sah.
ASEAN 2025: Visa tunggal pelancong antara agenda tumpuan
Pelaksanaan visa tunggal ASEAN diletakkan sebagai salah satu sasaran Malaysia selaku Pengerusi untuk 2025.
Letupan besar di Gaza selepas 30 minit gencatan senjata sepatutnya dilaksana
Satu letupan besar kedengaran di Gaza pada pada Ahad selepas perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas dipersetujui dilaksanakan pada hari ini.
Yang perlu kita tahu mengenai pertukaran tahanan dan tebusan di Gaza
Perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas, dijangka berkuat kuasa mulai 8.30 pagi waktu tempatan (2.30 petang waktu Malaysia) hari ini Ahad (19 Januari).
Israel berhak 'sambung perang di Gaza jika perlu' dengan sokongan Amerika - Benjamin Netanyahu
"Saya berjanji kepada anda bahawa kami akan mencapai semua matlamat kami dan membawa pulang semua tebusan."
Gencatan senjata Gaza bermula 8.30 pagi Ahad - Qatar
Kementerian Luar Qatar mengumumkan bahawa perjanjian gencatan senjata di Gaza akan berkuat kuasa pada 8.30 pagi waktu tempatan Ahad, 19 Januari.
Gencatan senjata Gaza: Janji Israel meragukan, sukar dipercayai - Tun M
Dr Mahathir meragui Israel yang terkenal kerana sering mengingkari undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB.
Masyarakat antarabangsa perlu hormati gencatan senjata di Gaza - PM Anwar
Masyarakat antarabangsa mesti memastikan gencatan senjata antara Hamas dan Israel dihormati.
Gencatan senjata di Gaza langkah pertama tamat konflik - Wisma Putra
Perjanjian gencatan senjata Hamas-Israel merupakan langkah pertama untuk menamatkan konflik yang telah mengorbankan banyak nyawa rakyat Palestin.
5 fakta penting perjanjian gencatan senjata Gaza-Israel
Berikut adalah lima fakta utama tentang perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas.
Gencatan senjata bukan tamatkan usaha cari keadilan - CENTHRA
Ini kerana sejarah telah berulang kali menunjukkan bahawa Israel melanggar perjanjian gencatan senjata tanpa sebarang tindakan balas.
Negara Arab mengalu-alukan perjanjian gencatan senjata Gaza
Negara Arab mengalu-alukan perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas.