Di Mexico, Jabatan Perlindungan Haiwan negara itu berjaya mematahkan cubaan menyeludup anak harimau dari negara itu menggunakan perkhidmatan pos.
Anak haiwan itu dipercayai diberi ubat pelali sebelum dibungkus di dalam bungkusan plastik.

Kegiatan itu terbongkar apabila pihak penguatkuasa menjumpai beberapa ekor haiwan berkenaan yang disorokkan di dalam kotak.
Selain di dalam kotak, ada juga anak harimau itu yang disumbat di dalam sampul surat besar.
Terdapat juga anak-anak harimau itu yang terlepas dan berkeliaran di lorong-lorong di sebuah kawasan kejiranan.
Kebanyakan haiwan berkenaan yang berada di dalam keadaan kekurangan air kemudian diserahkan kepada pusat pengurusan haiwan negeri.